Iklan Raya, Iklan Raya TV3, Iklan Raya 2010,Iklan Raya TV3 2010

-

Iklan Raya, Iklan Raya TV3, Iklan Raya 2010,Iklan Raya TV3 2010

Scene1, Budak Lelaki Melayu Tilik Buku Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia denganbertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung... di sebelah kanan tingkap yang terbuka.

1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu

2.Buku - Bible

3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan

4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur

5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis

6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM

7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran

Scene2 - Close Up Muka Surat Bergambar Beca Scene2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)

2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan

3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus

4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)

5.Pokok Krismas - Simbol Paganism

Scene3 , Keluarnya Bintang-Bintang Kecil Beraura Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya darigambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

1.Bintang-bintang kecil beraura -Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.

2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih -POPE - Ketua Agama Kristian

3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian

Scene4, Budak Melayu Masuk Ke Dalam Beca Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)

1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu. - yusrizan usop

[Disamping scene-scene yang dinyatakan, ternyata gambaran beberapa orang mengacau dodol dan keluarnya pelita dari kelopak bungat Teratai pula jelas menunjukkan cahaya datang dari Tuhan Brahma (Budhha) untuk menerangi alam ini. Semua ini jelas menunjukkan yang ada agenda jahat pihak berkenaan untuk memesongkan minda umat Islam di negara ini. Maka itu, adalah jelas supaya pihak TV3 memohon maaf secara terbuka dan menghentikan penyiaran iklan tersebut dengan segera. Jika tidak, sudah pasti rakyat akan marah dengan apa yang dipaparkan. Apapun, semoga kejadian ini menjadi pengajaran berguna buat semua terutamanya TV3 agar lebih peka dan sensitif dengan isu agama seperti ini. Jika selama ini mereka banyak menyiarkan isu yang dimainkan oleh pihak lain, kini akhirnya perkara yang sama terkena atas batang hidung merek sendiri pula. Jangan sampai umat Islam di negara ini memboikot pula TV3 nanti!].






Taip dan cari Maklumat di bawah
Search Term:
Your Ad Here http:///sitemap.xml Share to your friends via email click the email button below.

Andartu Terlampau,Andartu Seksi,Andartu, Anak Dara Tua

"Orang bayar untuk menonton filem jadi kita perlu memberikan lebih banyak 'kejutan'. Kalau tidak lebih baik mereka menonton TV sahaja. Tapi ini tidak bermaksud kita perlu mengeksploitasi badan kita. Cuma saya eksploitasi sikit aset diri yang dianggap berharga buat saya" – HALIZA



MEMILIH judul Andartu Terlampau...21 Hari Mencari Suami untuk filem terbitan pertamanya, Haliza Misbun sedar ideanya itu akan mengundang pelbagai persepsi dan persoalan. Ramai yang akan memikirkan sama ada cerita itu terutama judulnya mempunyai sebarang kaitan dengan Haliza. Adakah dia sedang menceritakan perihal dirinya sendiri?
Ini kerana, Haliza yang sudah berusia 36 tahun masih bujang dan sudah 'layak' digelar andartu. Namun, aktres itu yang memegang watak utama sebagai Nikki tidak kisah dengan pandangan orang ramai. Malah, dia sudah biasa dengan soalan mengenai perkahwinan.
"Memang ramai orang selalu bertanya tidakkah saya takut untuk menjadi andartu. Jawapannya tidak kerana saya amat gembira sekarang. Lagipun saya belum bersedia untuk berkahwin. Siapa kata perkahwinan itu akan menjanjikan kegembiraan?
"Mungkin selepas kahwin saya tidak akan gembira seperti sekarang. Siapa yang tahu kan? Tapi ibu bapa saya tidak pernah menggesa saya untuk berkahwin. Jadi filem itu yang merupakan idea saya mempunyai sedikit kaitan dengan hidup saya.
"Mengenai judulnya, saya sedar ada ramai orang yang memberi komen negatif tetapi saya tidak boleh memuaskan hati semua orang. Apa yang penting adalah mengikuti naluri hati sendiri," kata Haliza.

TIDAK sabar menantikan reaksi penonton terhadap filem pertama terbitannya sendiri.


Memilih pelakon berdasarkan kesesuaian watak dan bukannya kerana populariti, filem itu turut dibintangi Ari Wibowo, Awie, Azhar Sulaiman, Fahrin Ahmad, Erra Fazira, Fizo Omar, Fara Fauzana dan Datuk Jalaludin Hassan.
Menyaksikan sedikit sedutan filem itu, ada pihak yang mungkin terkejut dengan pakaian Haliza yang agak terbuka. Beberapa babak menunjukkan aksi dia berpakaian terdedah, terutama di bahagian dada aktres serba boleh itu. Tapi, aktres itu memberitahu ada sebabnya mengapa dia begitu berani berpakaian sebegitu.
"Orang bayar untuk menonton filem jadi kita perlu memberikan lebih banyak 'kejutan'. Kalau tidak, lebih baik mereka menonton TV sahaja. Tapi ini tidak bermaksud kita perlu mengeksploitasi badan kita. Cuma saya eksploitasi sikit aset diri yang dianggap berharga buat saya.
"Sebenarnya hari ini juga merupakan kali pertama saya melihat sedutan filem dan saya amat berdebar. Takut juga 'aset' saya itu terlalu menonjol," kata Haliza yang berniat untuk menerbitkan sekuel filem itu.
Berharap Andartu Terlampau...21 Hari Mencari Suami dapat ditayangkan sekitar Mac depan, kali terakhir Haliza terlibat dalam filem adalah pada tahun 1996. Berganding dengan Hans Isaac dalam filem arahan Aziz M. Osman, Scoop, karya itu juga menjadi penyebab mengapa Haliza berhenti aktif dalam lakonan filem.

MEREKA di depan dan di belakang tabir filem pertama terbitan Haliza Misbun.


Disalahkan kerana menjadi salah satu faktor kepada kegagalan filem itu, Haliza takut untuk menerima tamparan sama. Itu yang menyebabkan dia hilang terus dalam arena perfileman selama 13 tahun.
"Ketika itu, ramai yang memberitahu bahawa saya bukan artis yang boleh jual. Saya bukan pelakon komersial dan hanya sesuai dengan watak serius. Tapi sebenarnya, zaman itu adalah zaman Erra Fazira. Jadi itu mungkin juga antara sebab mengapa filem Scoop itu gagal," jelas Haliza yang menjemput Erra pelakon jemputan dalam filemnya.
Haliza juga mengaku bahawa dia memang suka menjayakan watak berat semasa muda. Itu juga membataskan perkembangan kariernya dalam dunia perfileman.
Tetapi kini dia sedar sebagai seorang pelakon, dia perlu menjadi seorang yang versatil. Maka, Haliza mahu membuktikan kepada orang ramai bahawa dia juga boleh membuat orang ketawa.
"Apabila anda merupakan pelakon serius, anda boleh menjayakan watak komedi dengan senang. Dulu semasa berlakon dalam Scoop, saya hanya mahu menjadi serius. Itu telah membataskan luahan lakonan saya.
"Kini dengan pengalaman berlakon dalam drama, saya lebih terbuka. Bagi saya berlakon dalam drama adalah seperti belajar di sekolah. Maka, kepada pelakon-pelakon lain, jangan berasa segan untuk berlakon dalam drama," katanya.

HALIZA turut mengundang Erra Fazira, seorang pelakon senior yang disifatkannya mempunyai sikap yang cukup baik selama di lokasi.


Mula menyimpan impian untuk menjadi penerbit sejak terlibat dalam filem Abang 92, ada sebabnya mengapa Haliza menjemput kawan baiknya dari Indonesia, Ari Wibowo untuk berlakon sama dalam filem itu, bukan kerana perasaan cinta seperti yang dikatakan orang ramai.
"Dia kawan saya, kami serasi. Daripada saya menawarkan watak itu kepada orang lain, baik saya bagi kepada Ari. Saya mengajak Ari kerana mahu menarik lebih ramai penonton Indonesia yang menetap di Malaysia untuk menonton filem itu.
"Mana tahu mungkin ramai audiens Indonesia menyukainya dan mereka menyebarkan kepada penduduk Indonesia. Jadi filem itu berkemungkinan boleh menembusi pasaran Indonesia. Itu adalah angan-angan saya tetapi tidak menindakkan sebarang kemungkinan," ujar Haliza yang tidak berminat untuk menjadi pengarah.

ANTARA adegan menarik dalam filem Andartu Terlampau...21 Hari Mencari Suami.


Memulakan penggambaran pada 1 hingga 18 September lalu di sekitar Kuala Lumpur, filem Andartu Terlampau...21 Hari Mencari Suami kini sedang disunting di Bangkok, Thailand. Menelan kos RM1.1 juta termasuk promosi, filem arahan Din CJ yang diterbitkan oleh Big Production Sdn. Bhd. itu menggunakan wang simpanan Haliza sepenuhnya.
"Walaupun ramai artis memilih untuk hidup mewah, saya lebih sukakan kehidupan sederhana. Bukannya apa, saya mempunyai syarikat dan perlu sentiasa membuat perancangan untuk masa depan. Jadi duit filem itu adalah simpanan saya sendiri," ujarnya yang yakin kutipan untuk filem itu mampu mencecah RM3 juta.
Menubuhkan Big Production Sdn. Bhd. pada bulan Ogos lalu khas untuk filem itu, Haliza berkongsi syarikat itu bersama adiknya, Amanda Misbun. Dia yang merupakan pemegang saham utama juga mempunyai satu lagi syarikat, Halle Pictures yang aktif dalam penerbitan drama.
"Jika berbicara pasal duit, saya seorang yang tegas dan garang. Jadi semua bajet dalam filem itu dikendalikan oleh saya seorang diri. Saya akan pergi bank dan sain cek setiap hari. Walaupun hanya membabitkan jumlah wang yang kecil, saya akan bertanya dan memastikan tiada duit yang dibazirkan," katanya dalam senyuman penuh keyakinan.


Andartu Terlampau,Andartu Seksi,Andartu, Anak Dara Tua



Hotmail: Trusted email with powerful SPAM protection. Sign up now.

aim,aim 17,aim malaysia,anugerah industri muzik,anugerah industri muzik 2009,anugerah industri muzik 2010

 

 
ANUGERAH Industri Muzik Ke-17 (AIM17) yang baru sahaja berlangsung malam Ahad lalu meninggalkan perasaan yang bercampur baur.
Berbicara tentang keputusannya, secara keseluruhan ia boleh dianggap sebagai sesuatu yang cukup memuaskan hati semua pihak.
Pengiktirafan telah diberikan secara adil kepada mereka yang benar-benar layak untuk diberikan trofi pewter berbentuk mikrofon itu.
Kemenangan album Adrenalin milik Faizal Tahir yang menerima gelaran tertinggi AIM iaitu Album Terbaik dilihat sangat bertepatan dengan apa yang dimahukan oleh industri muzik tempatan masa kini.
Audi Mok, Faizal dan Ahmad Izham Omar dengan beraninya mengetengahkan jalur muzik rock yang cukup berbeza dengan apa yang pernah ditampilkan dalam album Aku.Muzik.Kamu dua tahun lalu.
Muziknya juga dilihat begitu jauh ke hadapan dan itulah yang dicari oleh industri iaitu karya yang segar dan sentiasa menampilkan pembaharuan demi perkembangan muzik tempatan.
Muzik yang ditampilkan segar dan bertenaga serta ditambah dengan kuasa vokal Faizal walaupun ketika rakaman album keduanya itu dia sedang menanggung kesakitan.
Kemenangan Yuna pula, rasanya tiada apa yang perlu dipertikaikan dengan empat trofi yang diraih komposer muda berbakat besar itu.
Begitu juga dengan kemenangan kali ke-11 oleh Datuk Siti Nurhaliza menerusi kategori Vokal Wanita Terbaik yang menewaskan penyanyi muda dan senior iaitu Dayang Nurfaizah, Jaclyn Victor, Juwita Suwito dan Yuna.
Jika selepas ini pun, pihak juri merasakan Siti tidak lagi layak untuk menerima gelaran itu, ia bukan satu masalah yang besar kerana rekod yang diciptanya itu sudah terbukti Siti tetap unggul sebagai salah seorang penyanyi wanita terbaik negara.
Kemenangan Hazami untuk Vokal Lelaki Terbaik juga dilihat bertepatan sekali dan sudah tiba masanya penyanyi serta komposer berbakat besar itu diiktiraf.
Jangan menganggap ia sebagai anugerah kasihan hanya kerana bakat Hazami sering diperlekehkan dan dipandang sebelah mata oleh segelintir pihak.
Sedangkan hakikatnya, Hazami memiliki mutu dan kualiti vokal yang cukup bagus sekali gus meletakkannya sebagai salah seorang penyanyi lelaki terbaik negara.
Komposer prolifik, Adnan Abu Hassan sememangnya layak untuk menerima Anugerah Wirama tahun ini atas sumbangan besarnya dalam industri seni tempatan.
Berkecimpung dalam bidang muzik sejak 1984, muzik yang dihasilkan Adnan memang memiliki kualiti yang tersendiri dan impak penghasilan lagu-lagu Adnan juga bukannya kecil.
Dia boleh diibaratkan sebagai pencetus kepada muzik sentimental dan balada yang memiliki sentuhan tersendiri sehingga sudah mencapai taraf malar segar (evergreen).
Nama-nama seperti Azlina Aziz, Aishah, Jamal Abdillah, Siti Nurhaliza, Fauziah Latiff, Liza Hanim, Dayang Nurfaizah dan Misha Omar semuanya pernah melagukan karya-karya komposer berusia 51 tahun ini.
Cuma, kemusykilan mula timbul apabila kumpulan Bunkface diumumkan sebagai penerima Anugerah Kembara yang membuatkan ramai mengerut dahi.
Kalau hendak diukur usia Bunkface dalam industri seni memang masih mentah lagi dan apakah kumpulan kegilaan remaja ini benar-benar layak untuk diberikan anugerah setinggi itu?
Tidak dinafikan impak yang terhasil daripada muzik Bunkface cukup besar dewasa ini malah mereka juga antara kumpulan muzik yang memiliki bakat tersendiri.
Tetapi bagaimana pula penerimaan muzik mereka di luar negara?
Adakah hanya dengan membuat konsert dan persembahan di luar negara sudah melayakkan anak-anak muda ini diiktiraf walaupun lagu-lagu mereka belum tentu memasuki carta lagu popular di luar negara.
Menyentuh segmen persembahan AIM17 pula, rasanya kali ini tiada yang benar-benar meninggalkan impak untuk menjadi persembahan yang dapat dikenang.
Siti Nurhaliza dan Krisdayanti membuka tirai AIM17 dengan lagu Jika Kau Tak Datang dengan susunan muzik yang cukup segar dan energetik.
Ditambah dengan tarian yang ditampilkan oleh dua diva ini cukup menyerlahkan kehebatan mereka di atas pentas.
Gandingan Yuna dan Aizat dilihat sebagai sesuatu yang cukup menarik tetapi untuk menggabungkan lagu popular mereka dalam satu segmen rasanya tidak memberi sebarang rasa.
Mengapa tidak gandingkan mereka untuk menyanyikan lagu-lagu yang mungkin sesuai untuk segmen tribute untuk Adnan?
Mungkin pihak penganjur mahu menggabungkan mereka kerana status mereka sebagai penyanyi dan komposer dengan mempersembahkan lagu-lagu ciptaan mereka.
Tetapi tidak salah rasanya untuk mereka menyanyikan lagu-lagu ciptaan Adnan dengan gaya mereka yang tersendiri.
Malah, ia juga sebagai salah satu penghormatan dari komposer muda seperti mereka untuk Adnan.
Persembahan Faizal menerusi segmen Dalam Kenangan sewaktu menyampaikan lagu Selamat Malam boleh dianggap sebagai penyelamat malam itu.
Dengan gaya nyanyian mantap dan penuh perasaan, Faizal berjaya menterjemahkan emosi lagu itu dengan berkesan sekali.
Gabungan vokal mantap Datuk Sheila Majid, Jaclyn Victor dan Karen Kong menerusi lagu Cinta Ada juga antara persembahan yang cukup dinanti-nantikan.
Sementelah lagu Cinta Ada hanya diputarkan di corong radio dan itulah kali pertama lagu ciptaan Fred Chong dan Asmin Mudin dipersembahkan kepada khalayak.
Segmen tersebut berjaya meninggalkan nilai sentimental tersendiri apabila melihat gandingan penyanyi dari tiga generasi dan bangsa yang berbeza.
AIM17 diakhiri dengan persembahan lagu Satu Harapan yang digubah semula muziknya dan disampaikan dengan konsep seperti muzikal ala Glee.
Menampilkan barisan artis muda dan senior iaitu Mila, Dafi, Juwita Suwito, Iqwal, Riz, Ayu, Alif Satar dan Shila untuk mempersembahkan lagu tersebut, ia memberikan sedikit variasi kepada segmen persembahan AIM tahun ini.
Gandingan Afdlin Shauki dan Adibah Noor sebagai pengacara memang tidak apa yang perlu dipertikaikan kerana mereka memiliki keserasian sebagai pasangan pengacara yang cukup ideal.
Cuma, apa yang diharapkan agar AIM untuk tahun-tahun seterusnya dapat mencari formula mahupun strategi terbaik untuk menjadikan ia bukan sekadar acara anugerah biasa.
 
 

Search Term:























aim,aim 17,aim malaysia,anugerah industri muzik,anugerah industri muzik 2009,anugerah industri muzik 2010

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Comments

Click the Titles below for more details.