Showing posts with label artis melayu. Show all posts
Showing posts with label artis melayu. Show all posts

Aksi bergambar Ekin dan Mawi




Aksi bergambar Ekin dan Mawi

Wanna to save picture ?
Browse mouse to picture Right click at mouse simple and fast.

Video Clip Ekin

Gambar Ekin Bertudung & Mawi 1




Ekin Manis bertudung dan berbaju kurung. Mawi kelihatan segak dengan baju putihnya.
Jodoh bertemu mereka berdua.

Latarbelakang / Profile Ekin

* Schools (Other):

Akademi Fantasia
* Occupation:

Student of Akademi Fantasia 3
* Hobbies and Interests:

Menyanyi, menari, melancong dan bersukan
* Favorite Movies:

Rosyam Nor, Hans Isaac, Maya Karin, Nasha Aziz
* Favorite Music:

Mariah Carey, Christina Aguilera, Siti Nurhaliza, Kau pergi Jua..
* About Me:

Nama Penuh : Norashikin binti Abd Rahman

Tarikh Lahir : 11 September 1984

Zodiak : Virgo

Tinggi/Berat : 148cm/42kg

Bangsa : Melayu

Agama : Islam

Hobi : Menyanyi, menari, melancong dan bersukan

Makanan/Minuman kegemaran : Nasi Ayam/Jus Honey Dew

Penyanyi Kegemaran : Mariah Carey, Christina Aguilera, Siti Nurhaliza

Pelakon Kegemaran : Rosyam Nor, Hans Isaac, Maya Karin, Nasha Aziz

Lagu Kegemaran : Kau pergi jua

Ringkasan diri : Ekin berminat untuk menyanyi sejak dari kecil lagi. Bakatnya telah diasah apabila Ekin mengikuti pertandingan menyanyi dan Ekin telah dipilih untuk menjadi penyanyi di bawah Unit Budaya Perbadanan Labuan. Mula-mula pernah membuat persembahan untuk Hari Kemerdekaan dan kemudian beransur ke persembahan yang lagi besar. Ekin pada mulanya seorang yang pemalu untuk membuat persembahan, tapi lama-kelamaan malunya itu menjadi semakin kurang apabila sudah mempunyai beberapa pengalaman.

Lagu yang telah dinyanyikan oleh ekin..
Konsert Prelude ~ Dialah Di Hati -Siti Nurhaliza
Konsert Pertama ~ Erti Cinta - Maya Karin
Konsert Kedua ~ Joget Sayang Disyanag - Anita Sarawak
Konsert Ketiga ~ Mimpi Sedih - Emylia Contessa
Konsert Keempat~ Antara Dua - Farah Af2
Konsert Kelima ~ Let's Get Loud - Jennifer Lopez
Konsert Keenam ~ Warna - Sheila Majid
Konsert Ketujuh ~ Maafkan Kepergianku - Ruth Sahanaya








Latarbelakang mawi (Melayu)
Asmawi Ani atau Mawi (lahir 25 Ogos 1981) merupakan juara rancangan realiti TV Akademi Fantasia Musim 3 di Malaysia pada tahun 2005. Pada mulanya, dia telah tersingkir daripada konsert prelude namun dia diserap kembali di akhir konsert minggu pertama berdasarkan pemilihan juri terhadap 8 pelajar yang tersingkir itu. Dia memulakan pembelajaran di Akademi Fantasia bersama Marsha di minggu kedua. Mawi telah melakar pelbagai kemenangannya terhadap kesemua pertandingan yang dimenanginya sehinggakan digelar Raja SMS kerana sering mengungguli anugerah melalui undian SMS sebelum timbul kontroversi terhadap dirinya daripada pihak media.

Dalam masa tiga bulan sepanjang pertandingan ini berlangsung, beliau terus menjadi seorang ikon negara setanding dengan penyanyi terkenal tanah air seperti Siti Nurhaliza. Asmawi memenangi Akademi Fantasia 3 dengan kemenangan yang mudah dan sudah dijangka lagi, tidak seperti juara-juara Akademi Fantasia sebelumnya. Akibat daripada kemenangannya, satu fenomena Mawi telah muncul di Malaysia.

Hanya memerlukan tidak kurang daripada setengah tahun sahaja, beliau telah berjaya menjadi seorang jutawan hasil daripada tajaan-tajaan yang mencurah-curah dan jualan album yang sangat memberangsangkan terhadapnya.

Mawi terkenal dengan frasa "World" dan seringkali disahut oleh peminatnya, "Mawi World!". Sungguhpun beliau kini popular, namun terdapat 1 perkara yang paling mengecewakan peminat-peminatnya malahan telah mencalarkan sedikit popularitinya ialah apabila beliau memutuskan ikatan pertunangannya dengan Nordiana Mohd Naim atau Ina Naim yang kini mengikuti jejak langkahnya sebagai penyanyi. Ibarat kata orang tua-tua, jodoh di tangan Tuhan. Akan tetapi, tindakannya untuk berpisah dengan Nurdiana tersebut bukan sahaja mengecewakan kedua-dua buah keluarga malahan kerabat diraja Johor iaitu Tengku Mahkota Johor, Tengku Ibrahim Ismail sendiri turut berasa kecewa kerana Mawi telah melanggar amanat baginda untuk menjaga tunangannya itu dan menjadikan beliau sendiri sebagai contoh dan ikon utama negeri Johor. Sungguhpun kedua-duanya sudah berpisah tetapi hubungan mereka masih amat baik. Malahan Mawi sendiri pernah mengingatkan bekas tunangnya supaya berhati-hati apabila hidup sebagai artis.

Mawi Background ( English )

Asmawi bin Ani (born August 25, 1981), better known as Mawi, is a Malaysian singer and winner of the Third Season of Malaysia's popular reality show, Akademi Fantasia. With his trademark "World" Mawi has created a new phenomenon in the Malaysian music industry by becoming one of the best-selling and influential singers of the last few years and his debut album sold more than 200,000 copies in Malaysia[citation needed]. Mawi is of Javanese descent.

Apart from singing, he is currently testing his skills in acting and performing magic acts. He is also a budding businessman.

ROZITA CHE WAN




Full Name : Rozita Che Wan
Place of birth : No Info
Race : Malay
Language : English, Malay


Career : Actor, Model
Skill : Acting, Model

PELAKON jelita dan berbakat, Rozita Che Wan disahkan menghidapi kanser usus. We wish Rozita well. Penyakit ni boleh 100% cure ke ?? I don't have much idea about it. Can anyone tell ?...........




Kecantikan yang dimiliki pelakon Rozita Che Wan

SEMUA wanita mahu kelihatan cantik. Tentunya kecantikan yang dimiliki pelakon Rozita Che Wan membuatkan ramai wanita mengimpikan bentuk badan sepertinya dan tidak kurang ada yang cemburu.

Namun, dalam aspek komersial di televisyen, kecantikan adalah aset penting yang menjamin masa depan, ditambah bakat dalam lakonan.

Bagi Rozita, dia bersyukur dengan apa yang dimiliki, apatah lagi laris menerima banyak tawaran berlakon. Pada usia muda, dia memastikan kudrat mampu bekerja dan mengumpul harta sebanyak mungkin untuk kebahagiaan bersama dua anak, Ammar Effendy, 12, dan Aniq Ezzra, 10.





Berhadapan dengan masa kerja tidak menentu hingga terpaksa berada di lokasi penggambaran pada dinihari membuatkan kesihatan terganggu.

Pada awal Ramadan lalu, Rozita terpaksa menjalani satu pembedahan kecil dan perkara itu sengaja dirahsiakan daripada pengetahuan peminat.

Katanya, dia tidak mahu peminat terlalu bimbang kesihatannya kerana penyakit yang dihidapi tidak terlalu serius.

Enggan bercerita lanjut jenis penyakit yang dihadapi, Rozita sekadar menyatakan tahap kesihatannya kini bertambah baik.

“Saya bersyukur kerana kesihatan saya semakin baik kebelakangan ini. Terima kasih pada mereka yang ambil berat mengenai saya tetapi tidak perlu rasanya untuk bercerita panjang penyakit yang saya hadapi.

“Cukup saya katakan, saya selamat menjalani pembedahan itu dan kembali semula berlakon. Ketika itu, saya terbabit dengan penggambaran drama Bara Yang Ku Genggam arahan Haizol bersama pelakon seperti Ako Mustapha, Azhar Sulaiman dan Dian P Ramlee.

“Mulanya doktor menasihatkan saya untuk menjalani pembedahan itu dan selepas beberapa hari, saya mula kembali bekerja. Tiada apa yang perlu dirisaukan kerana apa yang boleh saya katakan, buat masa ini saya tidak mempunyai sebarang penyakit serius.

“Walaupun masih berlakon ketika itu tetapi saya tetap ambil masa berehat. Ada beberapa majlis berbuka puasa yang tidak dapat saya hadiri kerana ingin berehat.

“Mengenai pemakanan, saya tidak banyak berpantang cuma mengelak makanan ringan dan bergoreng. Saya sebenarnya lebih gemar makan nasi dengan ikan dan itu sudah cukup buat saya.

“Rasanya apabila usia semakin meningkat, saya memikirkan kesihatan perlu lebih dititikberatkan. Ada juga terfikir mahu mengambil makanan sampingan seperti vitamin untuk menambah tenaga dan mengimbangi sistem badan tetapi masih belum mencuba.

“Sebagai wanita, saya risau apabila usia makin meningkat, perubahan pada bentuk badan akan berlaku dan perlu menjaga kesihatan serta mengambil vitamin. Kehidupan pelakon selalunya tidak mempunyai rehat yang cukup dan kadangkala hanya sempat tidur beberapa jam saja.

“Kata orang jika tidur tidak cukup, kita boleh cepat mati. Hingga kini, masa kerja saya tidak lagi mengganggu kesihatan, cuma saya tidak mempunyai masa tidur yang cukup.

“Selalunya pada masa hujung minggu, saya meluangkan masa bersama anak-anak. Bagaimanapun, apabila terpaksa bekerja pada hujung minggu, saya tidak menolak.

“Jika diikutkan selepas penggambaran drama Bara Yang Ku Genggam yang habis penggambaran pada Isnin minggu lalu, keesokan harinya pula saya sepatutnya terbabit dengan sebuah drama sebanyak 26 episod yang mengambil masa penggambaran selama 75 hari.

“Bagaimanapun, saya menolak tawaran itu kerana saya mahu mengambil masa untuk berehat. Memang penat jika berlakon tanpa henti dan saya takut jika tidak dapat berikan lakonan yang baik disebabkan badan tidak mampu bekerja,” katanya.

Berkongsi tip kecantikan, Rozita berkata, dia sebenarnya tidak mengamalkan diet yang keterlaluan tetapi sekadar menjaga jenis makanan yang diambil. Makan nasi sebanyak dua kali sehari sudah memadai di samping meluangkan masa untuk berehat secukupnya pada masa cuti.

Selain faktor pemakanan dan tidur, Rozita berusaha memastikan dia melakukan senaman pada setiap hujung minggu. Menariknya, dia bersama anggota keluarga yang lain berpakat bermain futsal bersama. Menjadi riadah untuk kesihatan badan, aktiviti ini mewujudkan hubungan akrab antara anggota keluarga sendiri.

“Dulu ketika bekerja di pejabat, saya sering kali pergi ke gimnasium selepas habis masa kerja. Sebaliknya, selepas menjadi pelakon, saya kurang pula ke sana.

“Kini, saya mempunyai aktiviti bersama adik-beradik dan anggota keluarga lain untuk bermain futsal. Sebenarnya sudah dua tahun saya aktif bermain futsal.

“Walaupun ada masa kerja saya habis lewat, tetapi kami tetap memastikan agar aktiviti ini diteruskan pada setiap hujung minggu. Sebenarnya apabila bersukan, badan menjadi lebih segar untuk bekerja pada hari seterusnya.

“Hingga kini saya bersyukur kerana mendapat banyak tawaran berlakon. Selalunya apabila dapat tawaran, rasa sayang untuk ditolak.

“Namun, dalam memenuhi komitmen berlakon, saya tidak boleh berlakon sekadar boleh. Saya perlu bersedia untuk menggalas tanggungjawab selepas bersetuju berlakon.

“Walaupun orang beranggapan saya bertuah kerana banyak tawaran diterima, ada perkara yang saya seronok dan tidak.

“Peminat melihat berlakon adalah kerja menyeronokkan dan penuh glamor tetapi hakikatnya, pelakon terpaksa berkorban banyak masa hingga jarang bersama keluarga dan anak-anak,” katanya.

Mengimbangi kehidupan antara karier dan keluarga, Rozita masih merasakan hidupnya belum cukup sempurna. Pada usia 35 tahun, dia pernah berniat untuk berumah tangga semula tetapi masih belum bertemu jodoh. Katanya, azam pada tahun depan, dia berharap niat yang sama dapat ditunaikan.

“Saya berharap sinar lebih baik menyinari hidup saya pada tahun depan. Saya tidak terlalu mengharapkan jodoh tetapi terima jika jodoh sampai.

“Tidak dinafikan tanpa insan bergelar suami, kesunyian terasa. Ada perkara yang dapat kita kongsi bersama adik-beradik tetapi ada perkara yang kita rasa lebih selesa untuk meluahkan bersama suami,” katanya.

Mengenai lakonan, Rozita akan terbabit dalam sebuah drama arahan Sabri Fadzil di Kelantan pada 20 November ini.

Baru-baru ini, Rozita juga hadir pada majlis prapelancaran filem Dimensi Cinta arahan Eddie Pak yang bakal memulakan penggambaran pada Februari tahun depan dan menantikan tayangan tiga filem barunya iaitu Jangan Tegur, Kantoi dan Sifu & Tongga.

Rozita Che Wan berlakon dalam Cinta Dalam Hati


Profil

NAMA: Rozita Che Wan

ASAL: Alor Star, Kedah

UMUR: 35 tahun

FILEM: Dunia Baru The Movie, Sepi, Jangan Tegur, Kantoi dan Sifu & Tongga

DRAMA: Susuk, Ai Di Beijing, Diari Ramadan Raffique, Ayyad dan Baraku Genggam

Gambar Rozita Che Wan


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Click the Titles below for more details.