Showing posts with label harimau bengal. Show all posts
Showing posts with label harimau bengal. Show all posts

Maut dibaham tiga harimau putih




Nordin Montong, 30-an maut dibaham tiga harimau putih.







DALAM kandang inilah, Nordin maut dibaham tiga ekor harimau putih di Zoo Singapura semalam.

SINGAPURA - Zoo Singapura di Jalan Mandai di sini gempar apabila seorang pekerja mereka dari Sarawak, dipercayai terjatuh ke dalam kandang tiga ekor harimau putih sebelum maut dibaham semalam.

Polis Singapura mengesahkan mangsa dikenali sebagai Nordin Montong, 30-an, dijumpai dalam keadaan cedera di leher dan badannya.

Apa yang menimbulkan persoalan mengenai kejadian itu ialah mangsa yang mula bekerja di zoo itu sejak Jun lalu, tidak sepatutnya berada di situ memandangkan tugasnya membersihkan kandang monyet.

Ketiga-tiga ekor harimau berkenaan diberi nama Omar, Winnie dan Jippie dengan setiap seekor mempunyai berat melebihi 100 kilogram.

Polis menerima panggilan kecemasan pada 12.30 tengah hari semalam mengenai kejadian itu dan terus berkejar ke zoo berkenaan.

lihat video klip di bawah


Aksi macam pertunjukan


JOHOR BAHRU: Gambar kejadian ngeri membabitkan seorang lelaki warga Malaysia, Nordin Montong, 32, dibaham tiga harimau Bengal putih di Zoo Singapura mula tersebar luas di Internet.

Gambar berkenaan turut disiarkan di akhbar republik berkenaan, The New Paper yang menyebut ia disumbangkan beberapa pengunjung yang merakam kejadian itu menggunakan perakam video dan telefon bimbit.

Jumaat lalu, akhbar The New Paper dengan tajuk ‘4 Minutes of Terror’ melaporkan pengalaman sekumpulan tujuh remaja yang meluangkan masa bersama di zoo berkenaan.

Seorang saksi yang merakamkan kejadian itu, Nizam Zainal, 16, dilaporkan berkata pada mulanya mereka menyangka kejadian itu antara pertunjukan zoo kepada pengunjung.






Ketika itu, Nizam dan enam rakannya berehat selepas menjalani peperiksaan O-Level, tiba-tiba terkejut apabila terdengar percikan kuat dalam kolam di kawasan kandang haiwan terbabit.




“Saya melihat seorang lelaki berjalan perlahan-lahan dalam kolam itu sambil membawa sebatang penyapu dan satu baldi di tangannya.

“Lelaki itu kelihatan tenang dan menjerit ke arah harimau terbabit, seolah-olah ingin mendapatkan perhatian menyebabkan saya berfikir, dia kakitangan zoo yang mahir dengan pertunjukan harimau,” katanya.

Ketika itu, Nizam berkata, seekor daripada tiga harimau itu terus meluru ke arah kolam itu dipercayai tertarik dengan bunyi percikan air.

Nordin yang bekerja sebagai pencuci zoo dikatakan berjalan tenang ke arah harimau terbabit.

Mangsa kemudian berdiri di penghujung batu bertentang mata dengan haiwan terbabit.

Nizam menyangka harimau terbabit sudah biasa dengan kehadiran pencuci itu.

Bagaimanapun, haiwan itu itu tiba-tiba ‘menampar’ Nordin dengan kuat hingga mangsa jatuh melutut menyebabkan kira-kira 20 pengunjung ketakutan dan mula menjerit untuk mengalih perhatian.

Harimau itu membaham tengkuk arwah seakan-akan menjinjing mangsa ke kiri dan kanan sebelum harimau kedua datang.

Kedua-dua harimau itu mula mencium Nordin dan berjalan mengelilinginya.

Video Klip 3 Harimau putih atau Bengal yang telah menerkam pekerja Malaysia.


Ketika itu, kelihatan jelas wajah ketakutan mangsa apabila dia menjerit meminta pertolongan.

Rakan Nizam pula, Fadzil Ramlee, 16, menjerit menyuruh mangsa terjun dalam kolam, tetapi Nordin menutup kepala menggunakan baldi dan menjerit Allahuakbar.

Katanya, ada pengunjung membaling payung, tetapi tidak mengenai haiwan itu.

Dua harimau itu seolah-olah terganggu dengan jeritan orang ramai dan tepukan tangan mereka, namun tidak meninggalkan mangsa sebelum seekor harimau itu menerkam mangsa dan mengheretnya ke bahagian dalam kandang berkenaan.

Disebabkan jeritan kuat pengunjung, dua harimau itu melepaskan Nordin sebelum mangsa dilihat berdiri, malangnya tiba-tiba dia diterkam semula dua harimau itu.

Saksi lain, Aziz Ansari, 16, berkata mangsa mencuba sedaya upaya untuk melepaskan diri, termasuk menendang harimau berkenaan.

Katanya, dalam klip video yang dirakamnya menggunakan telefon bimbit, dia dapat melihat Nordin cuba terjun dalam kolam apabila pengunjung menjerit memintanya berbuat demikian.

Bagaimanapun, mangsa gagal kerana dua harimau itu menghalangnya walaupun dia menggunakan baldi yang dibawanya itu sebagai perlindungan.

Disturbed worker was mauled to death by three tigers



Singapore worker killed after jumping into tiger enclosure: zoo

An apparently disturbed worker was mauled to death by three tigers at the Singapore Zoo on Thursday when he deliberately jumped into their enclosure, the zoo said.

The white tigers pounced on the 32-year-old contract cleaner after he jumped into the moat surrounding their enclosure and then moved toward the animals, the zoo said in a statement.

The zoo, one of Singapore's most prominent tourist attractions, described the victim as "apparently disturbed and agitated".

Fellow workers reported that he "was acting a little bit erratic and odd, throwing papers around" before the incident, assistant director of zoology Biswajit Guha told Singapore's 938Live radio.

Guha said the cleaner worked at the chimpanzee area and was on his lunch break when the tragedy occurred.

"Goodbye, I won't be seeing you again," Guha quoted the victim as telling one of the zookeepers.

"And they saw him riding off on a bicycle and coming back in through the front entrance again, and then about five minutes later, the whole alert came on the walkie talkie," he said.

Horrified visitors screamed as zookeepers rushed into the tiger enclosure to try to rescue the victim.

They threw rocks to try to distract the animals, which dragged their victim toward a passageway, said Guha.

Zoo workers finally succeeded in luring the tigers away from the man and confining them to their pens, but paramedics later pronounced him dead.

The victim had injuries mainly to his head and neck, Lieutenant Colonel N. Subhas, the director of public affairs with the Singapore Civil Defence Force, told AFP.

The zoo identified the dead man as Nordin Bin Montong, a zoo contract worker from Malaysia.

"At no time was any visitor or Singapore Zoo staff exposed to any danger," the zoo said.

Police said they were called to the zoo about 12:30 pm (0430 GMT) and were investigating the "unnatural" death.

The zoo said the moat and other permanent safety features at the enclosure meant there was no risk to visitors or staff.

"Nonetheless, we have temporarily closed the White Tiger exhibit to visitors to facilitate investigations into this unfortunate incident," it said.

White Tiget profile


The white tiger (also known as the Bengal tiger) is about 3 meters long, and weighs approximately 180-285 kg (400-569 LB). It’s coat lies flatter than that of the Siberian tiger, the tawny color is richer and the stripes are darker.

White tigers are white colored bengals, they are not albinos and they are not a seperate subspecies of tigers.

They have blue eyes, a pink nose, and creamy white furr covered with chocolate colored stripes. White tigers are born to tigers that carry the unusual gene needed for white coloring. Wild white tigers are very rare.

They are usually located on the Mainland of Southeastern Asia and in central and southern India. The white Bengal tiger lives in grassy or swampy areas and forests, where they can be well camouflaged. Those living on islands have almost disappeared; most now live in zoo’s or special wildlife parks.

Even though it is illegal, white tigers are hunted by poachers in many Asian countries.

Tiger’s body parts are sought for use in traditional Chinese medicine and exotic recipes. As well as their body parts, their coats can be sold for a small fortune, so to many people this is the ideal animal to hunt if they want some fast money.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Click the Titles below for more details.