download lagu yuna,fesyen tudung yuna,gambar bogel yuna,lady yuna,lagu yuna,lirik lagu yuna,my yuna,penyanyi yuna,skandal yuna,who is yuna,youtube yuna,yuna,yuna artis,yuna bikini,yuna biodata,yuna costume,yuna download,yuna dress,yuna figure,yuna lirik,

DI awal kemunculannya di persada seni tanah air hampir dua tahun lalu, telah mencetus polemik dan perdebatan di kalangan pengamal media.
Semuanya tentang sikap dan personalitinya yang dikatakan sombong dan angkuh apabila pernah mengeluarkan kenyataan dia tidak perlukan sebarang publisiti untuk menjadi popular.
Mungkin ketika itu Yunalis Zarai atau lebih popular dengan panggilan Yuna menganggap dia boleh bergerak sendirian tanpa mengharapkan bantuan media untuk menaikkan namanya.
Barangkali juga, Yuna terlupa apabila sebaik sahaja melangkah kaki ke dunia seni - mahu atau tidak, dia pasti akan terkena percikan glamor dan populariti.
Mahu salahkan dirinya juga tidak patut kerana maklumlah, dia masih mentah dan tidak tahu tentang selok-belok dunia seni memandangkan selama ini dia bergerak secara indie.
Namun, Yuna belajar daripada kesilapan lalu sedikit demi sedikit dia mengubah strateginya dan akur dengan permintaan muzik arus perdana yang telah menerimanya dengan baik sekali.
Ternyata, lagu Dan Sebenarnya benar-benar telah melonjakkan nama anak kelahiran Alor Setar, Kedah ini di kedudukan teratas carta bakat baru terbaik yang tidak wajar dipandang enteng.
Yuna boleh dikatakan telah mencetus satu fenomena luar biasa apabila dia tampil bukan hanya sebagai seorang penyanyi tetapi juga komposer yang mencipta lagu-lagunya sendiri.
Mungkin akan ada yang berpendapat muzik dan vokal Yuna bukan sesuatu yang baru kerana pernah ditampilkan oleh artis-artis Barat sebelum ini.
Tetapi, apabila membicarakan tentang konteks hiburan Malaysia, perjuangan muzik Yuna dapat dilihat sebagai satu gerakan baru untuk terus merancakkan industri seni tanah air.
Harus diakui, kebangkitan kuasa baru seperti Yuna semuanya ada kaitannya dengan perkembangan teknologi moden hari ini seperti Internet dan laman sosial seperti YouTube, Facebook, MySpace dan sebagainya.
Daripada seorang yang hanya dikenali di alam maya, seterusnya Yuna mengorak langkah dalam arus muzik perdana sehingga menjadi seorang bintang yang mula rancak mengerdipkan sinarannya di jagat raya.
Malam Ahad lalu (2 Mei), bakat dan karya Yuna sekali lagi diiktiraf oleh anugerah muzik yang cukup berprestij di negara ini iaitu Anugerah Industri Muzik Ke-17 (AIM17).
Menggondol empat anugerah termasuk Artis Baru Terbaik seperti mana yang diramal banyak pihak, Yuna memang hilang kata-kata apabila diiktiraf dengan pengiktirafan yang dia sendiri tidak pernah menyangka.
Sebelum ini hanya sekadar mengikuti perkembangan AIM dari jauh, tetapi hari ini Yuna mampu tersenyum bangga apabila namanya kini sudah diletakkan sebaris dengan nama-nama besar yang lain.
Dengan penuh rendah diri, Yuna menganggap kemenangannya itu sebagai pembakar semangat untuknya terus bergiat aktif dalam bidang seni dan menghasilkan karya yang berkualiti.
"Memang saya tidak percaya dengan empat trofi yang saya menang ini kerana hadirnya saya di sini adalah untuk berkongsi bakat dengan masyarakat.
"Kalau lagu-lagu saya diterima dengan baik, itu sudah menjadi satu pengiktirafan buat saya dan ia menjadi perangsang untuk saya terus melakukan yang terbaik.
"Kerana itu, saya tidak putus memohon kepada Allah SWT agar terus memberikan saya kekuatan dan kesihatan yang baik untuk menghasilkan karya yang berkualiti," katanya ditemui selepas AIM17 berakhir yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu.
AIM17 menyaksikan Yuna menerima lima pencalonan termasuk Vokal Wanita Terbaik namun dia tewas kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza yang mengunggulinya untuk kali ke-11.
Selain Artis Baru Terbaik, Yuna turut menerima salah satu pengiktirafan tertinggi AIM iaitu Lagu Terbaik untuk Dan Sebenarnya.
Bukan itu sahaja, Dan Sebenarnya juga turut memenangi kategori Lagu Pop Terbaik dengan mengalahkan empat karya hebat yang lain iaitu Cinta Ada nyanyian Datuk Sheila Majid, Jaclyn Victor dan Karen Kong, Masih Jelas (Hafiz), Pergi (Aizat) serta Permaisuriku (Jay Jay).
Salah sebuah lagi lagu ciptaannya, Deeper Conversation menerima pengiktirafan menerusi kategori Lagu Inggeris Tempatan Terbaik.
Membicarakan tentang kemenangannya, Yuna memang langsung tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk menjulang trofi sebanyak itu.
Cuma katanya, dia ada meletakkan sedikit harapan dan keyakinan untuk melihat lagu Dan Sebenarnya dinobatkan sebagai Lagu Pop Terbaik.
Sebelum memenangi AIM, terlebih dahulu Yuna sudah diiktiraf di Anugerah Juara Lagu Ke-24 apabila lagu Dan Sebenarnya memenangi tempat kedua pada bulan Januari lalu.
Populariti Yuna sebagai bakat baru juga diakui oleh peminat seni suara apabila menobatkan dirinya sebagai Artis Baru Wanita Terbaik di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009, baru-baru ini.
Apabila seseorang artis itu memenangi trofi AIM, ia memberi dua petanda sama ada mampu memacu nama artis itu ke mercu atau menenggelamkan terus karier mereka.
Dalam erti kata lain, AIM juga sering dianggap sebagai badi untuk pemenang dan bukan semua yang pernah diiktiraf AIM mampu mencipta kejayaan yang gemilang serta mengekalkan prestasi yang unggul.
Sejarah telah membuktikannya
Bukan sengaja mahu berkata demikian tetapi dalam tempoh penganjuran AIM selama 17 tahun, sejarah telah membuktikannya apabila ada beberapa artis yang kecundang dan tidak mampu bangkit selepas memenangi AIM.
Bagi Yuna, dia tidak menganggap AIM sebagai satu badi kerana secara peribadi, dia melihat AIM sebagai platform terbaik untuk terus mendorongnya menghasilkan muzik yang lebih berkualiti.
Tetapi, Yuna juga tidak menolak tekanan yang perlu dihadapi apabila sudah diiktiraf oleh anugerah berprestij seperti AIM.
"Sudah pasti selepas ini masyarakat mahu melihat apa yang saya mahu lakukan demi perkembangan karier seni saya.
"Apa yang boleh saya katakan, saya akan terus tampil dengan muzik yang memperkenalkan nama saya tetapi sebagai seorang pengkarya, saya pasti akan menyelit elemen-elemen muzik yang baru.
"Semuanya demi memastikan muzik saya tidak statik," ujar Yuna yang baru sahaja pulang dari Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) untuk mencari peluang berkarya di negara Uncle Sam itu.
Dalam masa yang sama, Yuna berpendapat tidak salah untuk seseorang artis itu bersikap demanding selepas memenangi anugerah.
Bagi Yuna, ia adalah demi kebaikan artis itu dan ganjaran daripada kepayahan serta perit-jerih mereka dalam berkarya.
"Demanding bukanlah dalam konteks yang bukan-bukan sehingga menyusahkan pihak lain tetapi maksud saya yang berkaitan dengan perkara yang membabitkan kerja," ujarnya lagi.
Sebagai seorang komposer muda yang semakin mendapat perhatian, sudah pasti ramai artis yang mengejar Yuna untuk mendapatkan lagu-lagunya.
Dalam perkara ini, salah seorangnya ialah Siti Nurhaliza yang menyatakan keinginannya untuk menyanyikan lagu ciptaan Yuna seandainya diberi peluang.
"Ya Allah, betul ke dia kata begitu?" soal Yuna dalam nada teruja seperti tidak percaya tatkala diajukan hasrat Siti itu kepadanya.
Menyambung bicara, Yuna berkata: "Saya tidak kisah mahu mencuba dan memberikan lagu-lagu kepada penyanyi lain, tetapi identiti muzik saya itu haruslah dikekalkan."
 
 
download lagu yuna,fesyen tudung yuna,gambar bogel yuna,lady yuna,lagu yuna,lirik lagu yuna,my yuna,penyanyi yuna,skandal yuna,who is yuna,youtube yuna,yuna,yuna artis,yuna bikini,yuna biodata,yuna costume,yuna download,yuna dress,yuna figure,yuna lirik,yuna malaysia,yuna malaysian,yuna yuna,yuna yuna panic


Hotmail: Free, trusted and rich email service. Get it now.

akan tiba alif,alif,alif af,alif music,alif video,astro ria,youtube alif

 
LEBIH 3,000 penyertaan berbentuk karangan berjudul 'Kenapa Saya Ingin Bercuti?' dihantar orang ramai bagi menyertai peraduan 'Saya Nak Cuti' anjuran Astro Ria dan Malaysia Airlines (MAS), baru-baru ini.
Justeru, tujuh pemenang dipilih iaitu Mohammed Amyrol Bakhri, 25, yang mahu bercuti di Bangkok, Thailand; Aliff Ashari, 20, (Jogjakarta, Indonesia); Affandi Abdul Hamid, 35, (Tawau, Sabah); Siti Nur Aishah Aleyes, 26, (Kota Kinabalu, Sabah); Madina Yahya, 31, (Ho Chi Minh, Vietnam); Juliana Niza Ismail Adnan, 31, (Bali, Indonesia) dan Nur Fadhilah Hasnawi, 21, (Sandakan, Sabah).

Sehubungan itu, dalam episod pertama yang akan ditayangkan di Astro Ria (Saluran 104), jam 10 malam ini (Rabu), Aliff diiringi petugas penerbitan merakamkan percutian impiannya di Jogjakarta untuk dikongsi bersama penonton. Berikut ialah catatan pengalaman Aliff sendiri.


"Saya bersama tiga saudara pernah menjadi sukarelawan dengan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) ke Jogjakarta ketika gempa bumi pada Mei 2006. Sejak itu, saya berhasrat untuk kembali melihat pembangunan dan keadaan penduduk malang di sana. "Selepas empat tahun, doa saya dimakbulkan menerusi pertandingan MAS, 'Saya Nak Cuti' apabila menjadi salah seorang daripada tujuh peserta terpilih ke percutian idaman. Lebih-lebih lagi, saya teruja dapat mengacarakan sendiri program ini.


"Ditayangkan di Astro malam ini, saya dapat berkongsi pengalaman mengembara selama lima hari di sana. Apabila bertanya mengenai gempa bumi 2006, kebanyakan penduduk berkata, bencana itu sebenarnya membawa berkat. "Walaupun lebih 5,000 orang kehilangan nyawa, banyak bantuan diterima dari seluruh dunia. Kini, Jogjakarta lebih maju seperti sebelum berlakunya gempa bumi itu. Dalam kembara ini, saya mengikuti badan bukan kerajaan (NGO), Persatuan Permastautin Antarabangsa (IOM).


"Menerusi IOM, bantuan dihulurkan kepada penduduk dan kawasan yang terjejas. Antara yang dibantu ialah membina bangunan serta memberi jentera kepada industri batik dan pertanian supaya penduduk dapat menyara diri. Saya juga dapat mencuba membuat batik.


"Selain itu, saya juga melihat penduduk bercucuk tanam secara organik dan mengikuti proses membuat 'pupuk' iaitu baja organik daripada najis lembu. Ternyata, kedatangan semula saya dialu-alukan penduduk," katanya.


Menurut Aliff, dia juga tidak melepaskan peluang mendaki gunung berapi yang masih aktif iaitu Gunung Merapi. Dia dapat merakamkan keindahan matahari terbit di samping awan yang mengelilingi menggunakan kamera sambil bersandar pada batu.


"Sekalipun penat mendaki, keindahan pemandangan yang dilihat membuatkan saya terlupa semua masalah. Saya sangat berterima kasih. Masa berlalu dan langit semakin cerah, saya terasa rendah diri memikirkan keagungan Tuhan Yang Maha Esa.

"Gunung Merapi memang tempat yang bagus untuk bertapa dan menjernihkan minda. Selepas itu, saya memulakan misi utama ke Jogjakarta iaitu mencari semula rumah anak yatim yang dikunjungi dulu. Saya ke sana bersama bantuan Palang Merah Indonesia pada 2006," katanya.


Aliff berkata, perjalanan kembara di Jogjakarta itu banyak memberikannya pengajaran. Malah, tidak terkecuali ia turut membuka matanya melihat budaya baru yang dipupuk masyarakat tempatan. Mereka saling menghormati dan menyayangi antara satu sama lain.


Pelbagai maklumat terkini mengenai Jogjakarta dapat diketahui penonton dengan menyaksikan bingkisan paparan dirakamkan Aliff. Pastinya, kenangan indah Aliff itu bukan saja memberi seribu pengalaman kepadanya tetapi buat semua penonton.
 
akan tiba alif,alif,alif af,alif music,alif video,astro ria,youtube alif


Hotmail: Powerful Free email with security by Microsoft. Get it now.

ahmad shahir zawawi,akademi fantasia,shahir,shahir af 8,shahir af8,shahir akademi fantasia 8

 
TUJUH minggu lamanya Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir berusaha menambat hati penonton untuk meraih undi khidmat pesanan ringkas (SMS). Namun, pada program Debaran Akademi Fantasia 8 (AF8) Ahad lalu, dia gagal untuk terus mara.
Shahir, 21, menjadi peserta keenam tersingkir selepas Nadia Emilia Roselan (Nadia), Muhammad Alid Kadim (Alif), Dayang Nor Anum Arjuna Aharun (Anum), Erma Suhaimi (Ema) dan Muhammed Shahril Mohd Salleh Hussein (Shah).

Di sebalik penyingkiran itu, Shahir masih tersenyum bangga kerana kehadirannya dalam program itu sudah mencipta aura tersendiri hinggakan Pengetua AF8, Norman Abd Halim mengakui dia peserta kegemaran ramai.


Norman berkata, pada persembahan minggu ketujuh, Shahir memberikan persembahan terbaik dan tidak sepatutnya tersingkir. Dia beranggapan Muhd Shahril Firdaus El (Daus) yang mungkin menamatkan saingan.


"Daus memberikan persembahan terbaik tetapi mengikut ranking SMS terendah, saya ingat dia yang terkeluar. Saya terkilan apabila Shahir tersingkir kerana saya percaya dia sekurang-kurangnya berpeluang melangkah ke final.


"Namun, saya terima keputusan yang dibuat penonton. Walaupun Shahir tersingkir, dia akan tampil dengan single terbaru Kebahagiaan Dalam Perpisahan ciptaan Edry tidak lama lagi," katanya.


Berbanding lima peserta yang tersingkir sebelum ini, Shahir mendapat lebih 'keistimewaan'. Apa tidaknya, dia sudah menyiapkan rakaman klip video single barunya itu.


Norman berkata, perjalanan karier Shahir sebagai artis selepas tersingkir berlaku secara kebetulan. Shahir bukan saja peserta kegemaran ramai tetapi berpeluang merakam klip video pertamanya.


"Shahir ada pakej seperti kata Adlin Aman Ramlie, dia bersuara jantan, lantang dan kacak. Malah, dia mempunyai sifat personaliti dalam diri yang jarang ada pada generasi muda sekarang.

"Dia membawa perwatakan yang baik dan berbudi bahasa hingga membuatkan ramai mudah menerimanya. Mengikut single barunya ini, dia bukanlah tampil dengan lagu rock 90-an tetapi lebih kepada elemen progresif.


"Sebenarnya, bukan Shahir saja yang diberi peluang merakam klip video single pertama, tetapi semua peserta lain akan terbabit dalam rakaman secara berperingkat. Cuma Shahir bertuah kerana terlebih dulu membuat rakaman selepas tersingkir," katanya.


Bagi Shahir, dia tidak menganggap penyingkiran ini sebagai kegagalan untuk terus mencapai impian sebagai penyanyi, cuma terkilan kerana tidak berpeluang ke final.


"Semua peserta tentunya terkilan apabila gagal ke peringkat akhir. Saya anggap apa yang tertulis itu rezeki saya. "Tapi sepanjang berada di AF8, tenaga pengajar banyak membantu saya. Paling utama, saya bersyukur kerana pengetua sendiri ikon saya.
 
 
ahmad shahir zawawi,akademi fantasia,shahir,shahir af 8,shahir af8,shahir akademi fantasia 8


Hotmail: Powerful Free email with security by Microsoft. Get it now.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Click the Titles below for more details.