akan tiba alif,alif,alif af,alif music,alif video,astro ria,youtube alif

 
LEBIH 3,000 penyertaan berbentuk karangan berjudul 'Kenapa Saya Ingin Bercuti?' dihantar orang ramai bagi menyertai peraduan 'Saya Nak Cuti' anjuran Astro Ria dan Malaysia Airlines (MAS), baru-baru ini.
Justeru, tujuh pemenang dipilih iaitu Mohammed Amyrol Bakhri, 25, yang mahu bercuti di Bangkok, Thailand; Aliff Ashari, 20, (Jogjakarta, Indonesia); Affandi Abdul Hamid, 35, (Tawau, Sabah); Siti Nur Aishah Aleyes, 26, (Kota Kinabalu, Sabah); Madina Yahya, 31, (Ho Chi Minh, Vietnam); Juliana Niza Ismail Adnan, 31, (Bali, Indonesia) dan Nur Fadhilah Hasnawi, 21, (Sandakan, Sabah).

Sehubungan itu, dalam episod pertama yang akan ditayangkan di Astro Ria (Saluran 104), jam 10 malam ini (Rabu), Aliff diiringi petugas penerbitan merakamkan percutian impiannya di Jogjakarta untuk dikongsi bersama penonton. Berikut ialah catatan pengalaman Aliff sendiri.


"Saya bersama tiga saudara pernah menjadi sukarelawan dengan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) ke Jogjakarta ketika gempa bumi pada Mei 2006. Sejak itu, saya berhasrat untuk kembali melihat pembangunan dan keadaan penduduk malang di sana. "Selepas empat tahun, doa saya dimakbulkan menerusi pertandingan MAS, 'Saya Nak Cuti' apabila menjadi salah seorang daripada tujuh peserta terpilih ke percutian idaman. Lebih-lebih lagi, saya teruja dapat mengacarakan sendiri program ini.


"Ditayangkan di Astro malam ini, saya dapat berkongsi pengalaman mengembara selama lima hari di sana. Apabila bertanya mengenai gempa bumi 2006, kebanyakan penduduk berkata, bencana itu sebenarnya membawa berkat. "Walaupun lebih 5,000 orang kehilangan nyawa, banyak bantuan diterima dari seluruh dunia. Kini, Jogjakarta lebih maju seperti sebelum berlakunya gempa bumi itu. Dalam kembara ini, saya mengikuti badan bukan kerajaan (NGO), Persatuan Permastautin Antarabangsa (IOM).


"Menerusi IOM, bantuan dihulurkan kepada penduduk dan kawasan yang terjejas. Antara yang dibantu ialah membina bangunan serta memberi jentera kepada industri batik dan pertanian supaya penduduk dapat menyara diri. Saya juga dapat mencuba membuat batik.


"Selain itu, saya juga melihat penduduk bercucuk tanam secara organik dan mengikuti proses membuat 'pupuk' iaitu baja organik daripada najis lembu. Ternyata, kedatangan semula saya dialu-alukan penduduk," katanya.


Menurut Aliff, dia juga tidak melepaskan peluang mendaki gunung berapi yang masih aktif iaitu Gunung Merapi. Dia dapat merakamkan keindahan matahari terbit di samping awan yang mengelilingi menggunakan kamera sambil bersandar pada batu.


"Sekalipun penat mendaki, keindahan pemandangan yang dilihat membuatkan saya terlupa semua masalah. Saya sangat berterima kasih. Masa berlalu dan langit semakin cerah, saya terasa rendah diri memikirkan keagungan Tuhan Yang Maha Esa.

"Gunung Merapi memang tempat yang bagus untuk bertapa dan menjernihkan minda. Selepas itu, saya memulakan misi utama ke Jogjakarta iaitu mencari semula rumah anak yatim yang dikunjungi dulu. Saya ke sana bersama bantuan Palang Merah Indonesia pada 2006," katanya.


Aliff berkata, perjalanan kembara di Jogjakarta itu banyak memberikannya pengajaran. Malah, tidak terkecuali ia turut membuka matanya melihat budaya baru yang dipupuk masyarakat tempatan. Mereka saling menghormati dan menyayangi antara satu sama lain.


Pelbagai maklumat terkini mengenai Jogjakarta dapat diketahui penonton dengan menyaksikan bingkisan paparan dirakamkan Aliff. Pastinya, kenangan indah Aliff itu bukan saja memberi seribu pengalaman kepadanya tetapi buat semua penonton.
 
akan tiba alif,alif,alif af,alif music,alif video,astro ria,youtube alif


Hotmail: Powerful Free email with security by Microsoft. Get it now.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Click the Titles below for more details.