Erma Suhaimi, Siti Adira Suhaimi

 
 
JIKA Akademi Fantasia 8 (AF8) yang rancak diperkatakan ketika ini pernah menampilkan pasangan adik-beradik, Erma Suhaimi, 22, dan Siti Adira Suhaimi, 19. Persaingan Mentor 4 yang bermula sejak semalam turut mengetengahkan peserta bersaudara.
Berusia 23 tahun, anak muda kelahiran Kuching, Sarawak ini pemalu orangnya. Namun, dia memiliki keazaman tinggi untuk berjaya. Lebih-lebih lagi, akan bersaing dengan adik kandung sendiri untuk terus kekal dalam persaingan Mentor 4.

Bagi Adi Hamiz Johar, sudah rezekinya terpilih menyertai Mentor 4 dan mendapat bimbingan daripada mentor, Dayang Nurfaizah Awang Dowty. Manakala, adiknya, Ila Damia Johar, 21, pula menjadi protege pilihan penyanyi hip hop popular, Joe Flizzow.


Menurut Adi, memang menjadi impiannya untuk bergelar protege Dayang. Malah, kejayaannya itu dianggap umpama bulan jatuh ke riba dan dia menanam tekad untuk melakukan yang terbaik sehingga meraih kejayaan. Apapun, semua itu adalah rezeki.


"Saya meminati muzik R&B pop dan sejak menjadi protege Dayang, dia banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat. Bahkan, Dayang banyak membantu saya daripada aspek pemilihan lagu yang sesuai serta berkongsi pengalamannya. Ia sangat membantu saya.


"Mengenai Ila, saya gembira dia turut sama berjaya menyertai Mentor 4 ini. Saya melihat persaingan kami, perkara yang sihat dan saling menyokong. Ditambah lagi, kami seisi keluarga memang minat menyanyi termasuk ibu, bapa dan adik-beradik lain.


"Sejak kanak-kanak, saya dan Ila minat nyanyi bersama. Jadi, saya tak gentar berhadapan dengan Ila sebagai pesaing. Dalam soal ini, saya tidak memikirkan siapa layak menang atau sebaliknya. Cuma, saya mahu menguji tahap keupayaan diri.


"Andai kata Ila menang, itu rezekinya. Lagipun, kami memang selalu menyanyi karaoke bersama dan Mentor 4 ialah pertandingan nyanyian yang pertama kami sertai. Mengenali Ila, dia seorang yang tidak suka menyertai pertandingan menyanyi," katanya.


Memiliki Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Adi berkata selain adik sendiri, protege lain juga tak kurang hebatnya. Ujarnya, enam protege terpilih mengetengahkan genre muzik berbeza. Malah, nasib setiap peserta bergantung pada penilaian juri dan penonton.

"Masing-masing, antara kami semua pastinya mengimpikan kemenangan. Oleh itu, apa yang boleh dikatakan, saya hanya perlu melakukan persembahan terbaik. Saya harap penonton akan terhibur kerana tugas penyanyi untuk memberikan hiburan.


"Apa yang saya lakukan ini ialah demi sokongan keluarga dan rakan yang tak pernah jemu. Saya perlu membalas setiap sokongan mereka dengan persembahan yang bagus, mantap dan berkesan. Sudah menjadi tanggungjawab saya melakukannya," kata Adi.


Adi yang mengaku mengenali juara AF7, Hafiz berkata mereka adalah kawan baik dan saling minat menyanyi. Malah, Hafiz pernah mengajaknya untuk menghadiri uji bakat AF7 tahun lalu. Cuma, ketika itu dia tidak bersedia dan mungkin bukan rezekinya di AF.


Apapun, kata Adi, dia sebenarnya tak menyangka akan menyertai Mentor 4. Bagaimanapun, menyentuh pula mengenai kedatangan Harian Metro (HM) di Sarawak, Adi berkata sebagai orang baru yang ingin menceburi industri hiburan, dia sedia memberi sokongan.

"Pemasaran HM di Sarawak, boleh dianggap sebagai lembaran baru. Saya harap, akhbar ini akan berjaya bersaing di pasaran. Malah, secara tidak langsung ia turut memberi peluang kepada warga Sarawak membaca laporan berita disediakan HM," katanya.


Hotmail: Trusted email with Microsoft's powerful SPAM protection. Sign up now.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Click the Titles below for more details.