Bermula sebagai model, bakat lakon dalam diri Nasha memang sudah lama terbukti. Pada awal pembabitannya, dia sudah diberi kepercayaan pengarah Julie Dahlan membintangi filem Kad Cinta sebagai pelakon utama di sisi Hairie Othman.
Gandingan Nasha bersama Hairie bersambung menerusi drama bersiri, Hanya Dikau pada 1998 yang meraih sambutan hangat penonton. Dia kemudian menyerlahkan potensi diri apabila dinobatkan Bintang Harapan Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-14 menerusi filem Bara.
Lima tahun selepas itu, Nasha berjaya meraih anugerah Pelakon Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-17. Lakonannya menerusi filem Trauma arahan Aziz M Osman meninggalkan kesan pada penonton kerana membawakan watak antagonis yang membalas dendam atas kematian kekasihnya.
Kata Nasha, dia masih aktif dalam bidang seni tetapi fokusnya lebih tertumpu pada bidang peragaan.
"Ini tahun ketiga saya bersama jenama Polo. Buat masa ini, saya lebih menumpukan bidang peragaan dan terbabit dengan beberapa aktiviti pertunjukan pentas antaranya Pameran Baju Pengantin di Pulau Pinang pada penghujung bulan ini diikuti pertunjukan di Shanghai, China pada Jun nanti.
"Kali terakhir saya terbabit dengan lakonan pada Ogos lalu menerusi drama Kasih Tercipta arahan Rashid Sibir. Sebenarnya, saya masih berhasrat kembali berlakon tetapi kebanyakan tawaran yang muncul tidak memenuhi cita rasa.
"Mengambil contoh, drama Kasih Tercipta, saya berasakan ia karya terbaik yang pernah saya lakonkan. Saya sukakan skrip dan lakon layar drama ini termasuk komitmen semua pelakon dan kru yang memberikan kerjasama dengan baik.
"Malah, ketika berada di lokasi penggambaran, kami tidak berasa tertekan tetapi gembira untuk menjayakan drama ini bersama," katanya ketika ditemui, baru-baru ini.
Mengenai hasrat untuk kembali berlakon, Nasha menyatakan, dia melihat pada faktor skrip yang menarik perhatiannya. Sambil merujuk pada beberapa filem yang pernah dilakonkan seperti Bara dan Trauma, dia tidak beranggapan watak yang dibawa sebelum ini stereotaip.
Katanya, setiap watak yang dibawa mempunyai 'warna' dan kelainan tersendiri. Dalam pada itu, Nasha mengakui hubungan cintanya bersama Nur Iman Tang Abdullah makin bahagia. Selepas dua tahun menjalinkan hubungan istimewa itu, Nasha bersama kekasihnya mengambil keputusan untuk mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah pada 10 Mei nanti. Katanya, dia tidak mahu terburu-buru membuat keputusan untuk berumah tangga, sebaliknya lebih mengharapkan bakal suaminya itu mendekatkan diri dengan Islam ketika ini.
"Kami masih belum membuat persediaan untuk hari bahagia itu. Biarlah kami mengambil peluang mengenal diri satu sama lain dengan lebih mendalam dan berharap kami dapat hidup bersama sehingga akhir hayat. Saya mahu berkahwin sekali saja," katanya.
gambar bogel nasha aziz,nasha aziz,nasha aziz berbogel,nasha aziz bogel,video nasha aziz,video nasha aziz bogel
Hotmail: Free, trusted and rich email service. Get it now.
No comments:
Post a Comment