mastika, majalah mastika, mastika online, kisah masyarakat,kisah artis
aim,aim 17,aim malaysia,anugerah industri muzik,anugerah industri muzik 2009,anugerah industri muzik 2010
ANUGERAH Industri Muzik Ke-17 (AIM17) yang baru sahaja berlangsung malam Ahad lalu meninggalkan perasaan yang bercampur baur.
Berbicara tentang keputusannya, secara keseluruhan ia boleh dianggap sebagai sesuatu yang cukup memuaskan hati semua pihak.
Pengiktirafan telah diberikan secara adil kepada mereka yang benar-benar layak untuk diberikan trofi pewter berbentuk mikrofon itu.
Kemenangan album Adrenalin milik Faizal Tahir yang menerima gelaran tertinggi AIM iaitu Album Terbaik dilihat sangat bertepatan dengan apa yang dimahukan oleh industri muzik tempatan masa kini.
Audi Mok, Faizal dan Ahmad Izham Omar dengan beraninya mengetengahkan jalur muzik rock yang cukup berbeza dengan apa yang pernah ditampilkan dalam album Aku.Muzik.Kamu dua tahun lalu.
Muziknya juga dilihat begitu jauh ke hadapan dan itulah yang dicari oleh industri iaitu karya yang segar dan sentiasa menampilkan pembaharuan demi perkembangan muzik tempatan.
Muzik yang ditampilkan segar dan bertenaga serta ditambah dengan kuasa vokal Faizal walaupun ketika rakaman album keduanya itu dia sedang menanggung kesakitan.
Kemenangan Yuna pula, rasanya tiada apa yang perlu dipertikaikan dengan empat trofi yang diraih komposer muda berbakat besar itu.
Begitu juga dengan kemenangan kali ke-11 oleh Datuk Siti Nurhaliza menerusi kategori Vokal Wanita Terbaik yang menewaskan penyanyi muda dan senior iaitu Dayang Nurfaizah, Jaclyn Victor, Juwita Suwito dan Yuna.
Jika selepas ini pun, pihak juri merasakan Siti tidak lagi layak untuk menerima gelaran itu, ia bukan satu masalah yang besar kerana rekod yang diciptanya itu sudah terbukti Siti tetap unggul sebagai salah seorang penyanyi wanita terbaik negara.
Kemenangan Hazami untuk Vokal Lelaki Terbaik juga dilihat bertepatan sekali dan sudah tiba masanya penyanyi serta komposer berbakat besar itu diiktiraf.
Jangan menganggap ia sebagai anugerah kasihan hanya kerana bakat Hazami sering diperlekehkan dan dipandang sebelah mata oleh segelintir pihak.
Sedangkan hakikatnya, Hazami memiliki mutu dan kualiti vokal yang cukup bagus sekali gus meletakkannya sebagai salah seorang penyanyi lelaki terbaik negara.
Komposer prolifik, Adnan Abu Hassan sememangnya layak untuk menerima Anugerah Wirama tahun ini atas sumbangan besarnya dalam industri seni tempatan.
Berkecimpung dalam bidang muzik sejak 1984, muzik yang dihasilkan Adnan memang memiliki kualiti yang tersendiri dan impak penghasilan lagu-lagu Adnan juga bukannya kecil.
Dia boleh diibaratkan sebagai pencetus kepada muzik sentimental dan balada yang memiliki sentuhan tersendiri sehingga sudah mencapai taraf malar segar (evergreen).
Nama-nama seperti Azlina Aziz, Aishah, Jamal Abdillah, Siti Nurhaliza, Fauziah Latiff, Liza Hanim, Dayang Nurfaizah dan Misha Omar semuanya pernah melagukan karya-karya komposer berusia 51 tahun ini.
Cuma, kemusykilan mula timbul apabila kumpulan Bunkface diumumkan sebagai penerima Anugerah Kembara yang membuatkan ramai mengerut dahi.
Kalau hendak diukur usia Bunkface dalam industri seni memang masih mentah lagi dan apakah kumpulan kegilaan remaja ini benar-benar layak untuk diberikan anugerah setinggi itu?
Tidak dinafikan impak yang terhasil daripada muzik Bunkface cukup besar dewasa ini malah mereka juga antara kumpulan muzik yang memiliki bakat tersendiri.
Tetapi bagaimana pula penerimaan muzik mereka di luar negara?
Adakah hanya dengan membuat konsert dan persembahan di luar negara sudah melayakkan anak-anak muda ini diiktiraf walaupun lagu-lagu mereka belum tentu memasuki carta lagu popular di luar negara.
Menyentuh segmen persembahan AIM17 pula, rasanya kali ini tiada yang benar-benar meninggalkan impak untuk menjadi persembahan yang dapat dikenang.
Siti Nurhaliza dan Krisdayanti membuka tirai AIM17 dengan lagu Jika Kau Tak Datang dengan susunan muzik yang cukup segar dan energetik.
Ditambah dengan tarian yang ditampilkan oleh dua diva ini cukup menyerlahkan kehebatan mereka di atas pentas.
Gandingan Yuna dan Aizat dilihat sebagai sesuatu yang cukup menarik tetapi untuk menggabungkan lagu popular mereka dalam satu segmen rasanya tidak memberi sebarang rasa.
Mengapa tidak gandingkan mereka untuk menyanyikan lagu-lagu yang mungkin sesuai untuk segmen tribute untuk Adnan?
Mungkin pihak penganjur mahu menggabungkan mereka kerana status mereka sebagai penyanyi dan komposer dengan mempersembahkan lagu-lagu ciptaan mereka.
Tetapi tidak salah rasanya untuk mereka menyanyikan lagu-lagu ciptaan Adnan dengan gaya mereka yang tersendiri.
Malah, ia juga sebagai salah satu penghormatan dari komposer muda seperti mereka untuk Adnan.
Persembahan Faizal menerusi segmen Dalam Kenangan sewaktu menyampaikan lagu Selamat Malam boleh dianggap sebagai penyelamat malam itu.
Dengan gaya nyanyian mantap dan penuh perasaan, Faizal berjaya menterjemahkan emosi lagu itu dengan berkesan sekali.
Gabungan vokal mantap Datuk Sheila Majid, Jaclyn Victor dan Karen Kong menerusi lagu Cinta Ada juga antara persembahan yang cukup dinanti-nantikan.
Sementelah lagu Cinta Ada hanya diputarkan di corong radio dan itulah kali pertama lagu ciptaan Fred Chong dan Asmin Mudin dipersembahkan kepada khalayak.
Segmen tersebut berjaya meninggalkan nilai sentimental tersendiri apabila melihat gandingan penyanyi dari tiga generasi dan bangsa yang berbeza.
AIM17 diakhiri dengan persembahan lagu Satu Harapan yang digubah semula muziknya dan disampaikan dengan konsep seperti muzikal ala Glee.
Menampilkan barisan artis muda dan senior iaitu Mila, Dafi, Juwita Suwito, Iqwal, Riz, Ayu, Alif Satar dan Shila untuk mempersembahkan lagu tersebut, ia memberikan sedikit variasi kepada segmen persembahan AIM tahun ini.
Gandingan Afdlin Shauki dan Adibah Noor sebagai pengacara memang tidak apa yang perlu dipertikaikan kerana mereka memiliki keserasian sebagai pasangan pengacara yang cukup ideal.
Cuma, apa yang diharapkan agar AIM untuk tahun-tahun seterusnya dapat mencari formula mahupun strategi terbaik untuk menjadikan ia bukan sekadar acara anugerah biasa.
aim,aim 17,aim malaysia,anugerah industri muzik,anugerah industri muzik 2009,anugerah industri muzik 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Best Free Movie and Tv Online Streaming / Wayang dan Tv Online Percuma
Click the titles story for free review / Klik ditajuk cerita untuk tontonan segera.
Defiance ,Deadwater,30,000 Leagues Under the Sea ,10 Items or Less ,Mythbusters,Walt Disney Movie Dinosour,CicakMan 2 (Trailer) ,Capricorn One ,Sky Fighters (France) Movie Trailer,
Madagascar 2 Escape to Africa,Quarantine,Shrunken Heads,
Tropic Thunder,Eastern Promises,Dragons War,Stalingrad (German Movie War) ,Oan Hon 2 (Vietnam Ghost Movie),
Oan Hon (Vietnam Ghost Movie),Eyes of the werewolf,
Final Fantasy VII Dracula,HongKong Scary Movie,
Puppet Master,Russian War Movie ,The Bourne Ultimatum,
Black Water ( Australian Crocodile Movie ) ,Cars the Movie (Cartoon) ,Best movie Sarah Chronicles Terminator,
SpongeBob(cartoon)
2009 movie
miss march,antichrist,drag me to hell,finaldestination ,
The Haunting in Connecticut ,Land of the Lost ,Ghosts of Girlfriends Past ,Ace Ventura Jr Pet Detective ,17 Again 12-rounds,public enemies,star trek,duplicity,bruno,
Observe and Report ,The Ugly Truth,Dance Flick ,Aliens in the Attic ,Family Guy,The Hangover ,The Goods Live Hard Sell Hard,Harry Potter And The Half Blood Prince,G force ,short,
G I Joe The Rise of Cobra
Defiance ,Deadwater,30,000 Leagues Under the Sea ,10 Items or Less ,Mythbusters,Walt Disney Movie Dinosour,CicakMan 2 (Trailer) ,Capricorn One ,Sky Fighters (France) Movie Trailer,
Madagascar 2 Escape to Africa,Quarantine,Shrunken Heads,
Tropic Thunder,Eastern Promises,Dragons War,Stalingrad (German Movie War) ,Oan Hon 2 (Vietnam Ghost Movie),
Oan Hon (Vietnam Ghost Movie),Eyes of the werewolf,
Final Fantasy VII Dracula,HongKong Scary Movie,
Puppet Master,Russian War Movie ,The Bourne Ultimatum,
Black Water ( Australian Crocodile Movie ) ,Cars the Movie (Cartoon) ,Best movie Sarah Chronicles Terminator,
SpongeBob(cartoon)
2009 movie
miss march,antichrist,drag me to hell,finaldestination ,
The Haunting in Connecticut ,Land of the Lost ,Ghosts of Girlfriends Past ,Ace Ventura Jr Pet Detective ,17 Again 12-rounds,public enemies,star trek,duplicity,bruno,
Observe and Report ,The Ugly Truth,Dance Flick ,Aliens in the Attic ,Family Guy,The Hangover ,The Goods Live Hard Sell Hard,Harry Potter And The Half Blood Prince,G force ,short,
G I Joe The Rise of Cobra
No comments:
Post a Comment