Penulis & Pencipta lagu Sepanjang Zaman.


Saari Amri


Rindukan Sentuhan Saari Amri.

"Gerimis Mengundang", "Di sana Menunggu Di sini Mananti", "Lamunan Terhenti","Butakah Cinta" pasti kita mengenali lagu-lagu tersebut yang pernag popular sekitar era 90'an yang lalu. Sentuhan berbisa dari Saari Amri itu cukup memeriahkan idustri muzik kita suatu masa dahulu.
Saari Bin Jusoh insan yang berasal dari Kelantan itu memang menjadi buruan dikalangan artis baru yang ingin merakamkan album untuk menghiasi album baru mereka. Bayangkanlah dengan berbekalkan satu atau dua lagu ciptaan Saari Amri dalam satu album pasti menjadi popular.

Asalnya Saari Amri hanya ingin menggunakan nama Saari AM (AM itu singkatan kepada Anak Mak) tetapi atas cadangan dari rakan pena beliau telah mensarankan agar ditambah menjadi Amri dan sehingga kini Saari dikenali dengan nama Saari Amri.

Bermula dengan lagu Kumpulan Mega "pasti" nama Saari Amri mula di beri perhatian dikalangan penggiat seni hiburan tanahair. Saari Amri yang pernah bekerja sebagai penjaga store di sebuah kilang suatu masa dahulu terus gigih bekarya sehinggakan beliau mampu memilikki studio rakaman sendiri yang di beri nama Menora Studio.

Saari Amri juga telah menerima tawaran dari syarikat gergasi ketika itu iaitu BMG Music sebagai pencipta lagu eksklusif bagi memastikan karya Saari Amri terjamin dan dilindungi oleh akta cipta terpelihara.

Saari Amri juga tidak terlepas dari menggunakan nama samaran yang lain seperti nama Iraas Irma (terbalik dari nama Saari Amri) yang juga merupakan nama anaknya bersama Senorita dan nama Fitri Amri.

Beliau telah banyak menaikkan nama artis baru dan mengekalkan nama artis yang telah sedia ada, di antara artis yang pernah dinaikkan Saari Amri menerusi sentuhan hit lagunya adalah Ziana Zain ("madah berhelah", "setiaku di sini", "kekal"), Azie ("pelamin anganku musnah", "kau tetap dalam anganku"), Kumpulan Ukay's/UK's ("terasa","di sana menunggu di sini menanti","seksa"), Kumpulan Umrella ("ramalanku benar belaka"), Kumpulan Scan ("kau dipaksa aku terpaksa") Kumpulan Zabarjad ("karam") Kumpulan Legacy,("dua jiwa satu hati"dan banyak lagi nama artis yang lain.

Selain itu Saari Amri berjaya mengekalkan nama artis yang telah sedia ada menerusi lagu berhantunya seperti Kumpulan Slam ("kembali terjalin", "gerimis mengundang"), Kumpulan Spring ("butakah cinta", "sejujur manakah kata-kata"), Aris ("lamunan terhenti") dan banyak lagi.

Karya Saari Amri juga pernah diminta untuk artis yang mempunyai nama besar dalam idutri muzik Malaysia di era 90'an dulu seperti Kumpulan Wings ("lena diulit intan"), Awie ("bara"), Ella ("sembilu", "kabus dan sirna"), Kumpulan MAY ("meniti suratan", "suci"), Nash ("zahir tak terucap") dan banyak lagi.

Amir UK's dikatakan paling banyak dan begitu serasi ketika menyanyikan lagu Saari Amri, dari bersama Kumpulan Ukay's,UK's dan sehinggalah beliau membuat album solo nama Saari Amri sentiasa menjadi penghias kulit belakang album Amir dan UK's.

LAgu Butakah Cinta Versi Indonesia Ciptaan Saari Amri & Habsah Hassan.

Amir UK's paling banyak menyanyikan lagu ciptaan Saari Amri

Saari Amri juga pernah merakamkan album dan menggelarkan diri mereka Kumpulan Ways bersama Ann suatu masa dahulu lagu "warkah buat kekasih"(lagu:saari amri/lirik:loloq) menjadi popular sekitar pertengahan tahun 90'an.

Dari sudut penulisan lirik Saari Amri begitu mudah dan senang untuk difahami, baik dari segi tajuk lagu sehinggalah jalan cerita lirik itu senang untuk difahami walaupun kadangkala menggunakan bahasa puitis dalam penulisan lirik lagunya. Lihat sahaja lirik lagu :

Gerimis Mungandang (Slam)
"pernah juga kau pinta
perpisahan
namun sangkaku
itu hanyalah gurauan
nyata kau serius dalam
senyuman"

Lamunan Terhenti (Aris)
"entah mengapakah
hatiku bergetaran
bila bertemu lagi
oh kekasih lama
kucuba selindungkan
api keresahan
namun perasaan ini
membara di dalam"

Di Sana Menunggu Di Sini Menanti (Uk's)
"seumur hidup aku
ini yang pertama
pintu hatiku diketuk
oleh dua wanita
punyai ciri selama ini
kucari
berbeza wajah
ayunya tetap asli"

Sebak (UK's)
"dalam banyak insan yang kau temui
dia pilihanmu
jika insan lain tak mengapa
tapi sahabatku"

Selain itu hasil penulisan lirik Saari Amri lebih kepada sikap rendah diri dan menceritakan kesedihan dengan apa yang ada dalam diri seperti lirik-lirik beliau dalam :

Di Luar Kemampuanku (UK's)
Ku cermin diri ini
Terteralah kedaifan
Yang tak engkau inginkan
Ku melepas keluhan
Yang panjang
Menyesali kemiskinan ku ini

Tergamak Kau (UK's)
"mengertilah ku kini
kasih sayang sekarang
semuanya memandang kebendaan
andainya kedaifan
dan rupa pula kurang
tiada satu pun sudi memandang
walau sebelah mata"

Pahit Kutelan Jua (UKs)
Takdir menentukan perpisahan kita
Walaupun pahit terpaksa ku telan jua
Kemiskinan aku...
Kau buat ukuran
Kekayaan dia jadi pilihan mu
Tiada ku menduga...
Kau mata duitan
Seandainya dia yang kau cinta
Ku doakan moga kau bahagia
Biarlah ku ubat luka sendiri
Pergilah oh... kekasih...

Lagu-lagu Saari Amri sering berkumandang di stesen radio di era 90'an dulu malah banyak lagu beliau memenuhi carta lagu tempatan tetapi sayang beliau jarang menerima anugerah individu (selain anugerah untuk album) di atas keindahan ilham beliau itu.

Kadangkala Saari Amri sering berpasangan dengan Habsah Hassan selaku penulis lirik lagu beliau selain menggunakan khidmat Azam Dungun, Loloq atau Azida N.,Juwie dan ramai lagi. Malah lagu "kembali terjalin"(Slam) sentuhan bersama Saari Amri dan Habsah Hassan sungguh puitis sekali baik dari segi melodi atau liriknya.

Habsah Hassan sering bergandingan dengan Saari Amri dalam satu lagu

Kekasih Ku Di Menara (Uk's)

Dingin sungguh malam ini
Dan sukar mata kulelapkan
Lalu kucuba coretkan
Secebis lembaran buatmu
Tidak terkira perutusan
Satu pun tiada balasan
Namun ku tak putus harapan
Walau hati ini sudah mula bergoyang
Dapat ku bayangkan kau mula berubah
Bila di puncak menara gading
Sedangkan aku hanya mampu bermimpi
Untuk ke puncak seperti mu
Disebabkan itu kau mencipta jurang
Perhubungan kita mula menjadi renggang
Dan keangkuhanmu kini mula ketara
Memandang aku cuma sebelah mata
Dulu aku bagimu
Jambatan untuk kau ke seberang
Mudah sungguh kau lupakan
Semua jasa-jasakuSemua pengorbananku untukmu
Semua jasa-jasakuSemua pengorbananku untukmu

(Lagu : Saari Amri/Lirik : Saari Amri)

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Click the Titles below for more details.