Air Asia Penerbangan Tambah Murah Di Malaysia.



Air Asia mungkin berpindah ke Terminal baru di Labu Seremban Kabinet yang akan menentukannya sama ada terminal baru itu akan diluluskan atau tidak..
baca petikan dari utusan di bawah.

LCCT: Kata akhir di tangan Kabinet

KUALA LUMPUR 12 Feb. - Keputusan sama ada cadangan pembinaan Terminal Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT) di Labu, atau dikenali KLIA East, dibatalkan terus atau sebaliknya, perlu diputuskan oleh Kabinet.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, pihaknya tidak boleh mengulas lanjut mengenai perkara itu kerana pembentangan cadangan LCCT tersebut dibuat di peringkat Kabinet dan Unit Perancangan Ekonomi (EPU).

''Kertas cadangan projek tersebut (LCCT) dibentangkan terus kepada Kabinet dan EPU, sekiranya Kerajaan Pusat mahu membatalkan projek itu atau menangguhkan cadangan itu, EPU perlu mengemukakan cadangan mereka.

''Malah, Kabinet juga yang perlu membuat pengumuman mengenai perkara itu, bukan Kementerian Pengangkutan.

''(Dan) setakat ini, Kabinet tidak membuat apa-apa keputusan mengenai perkara tersebut,'' katanya pada sidang akhbar selepas menandatangani perjanjian operasi lapangan terbang dan lesen baru antara Kerajaan Pusat dan Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) di sini hari ini.



Bulan lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan telah menolak cadangan pembinaan LCCT di Labu.

Berikutan itu, MAHB diberi tanggungjawab membina LCCT yang baru, berdekatan terminal sekarang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.

Tee Keat berkata, meskipun AirAsia Bhd. (AirAsia) tidak membentangkan cadangan tersebut terlebih dahulu kepadanya tetapi adalah menjadi tanggungjawab kementerian tersebut meneliti, memberi komen dan memberi input terhadap cadangan tersebut.

Beliau sekali lagi menegaskan bahawa Kementerian Pengangkutan telah meneliti secara serius cadangan pembinaan LCCT yang didakwa dilaksanakan melalui inisiatif pembiayaian swasta (PFI).

Tee Keat berkata, sungguhpun cadangan pembinaan LCCT itu dibuat secara PFI tetapi pembinaan menara kawalan trafik perlu dibuat oleh wang kerajaan.

Begitu juga dengan hubungan antara terminal dan penyambungan pengangkutan turut membabitkan kerajaan, jelas beliau.

''Tidak kira saya seorang ahli politik atau teknokrat, yang penting cadangan LCCT ini janganlah memberikan beban kepada orang ramai,'' ujarnya.

Mengulas lanjut, Tee Keat berkata, kementerian tersebut sedar memang ada keperluan untuk memiliki LCCT tetap yang beroperasi penuh untuk menampung peningkatan penumpang syarikat penerbangan tambang murah itu dan perkara tersebut telah dibincang serius pada 2007.

''Saya pun tidak tahu bagaimana tiba-tiba timbul pula idea cadangan LCCT di Labu.'' tambahnya.

Bagaimanapun, beliau menaruh harapan rundingan dan perbincangan antara MAHB dan AirAsia berhubung cadangan pembinaan LCCT baru itu dapat membuahkan sinergi antara kedua-dua pihak.

Katanya, kementerian tidak menetapkan sebarang tarikh akhir tetapi berharap satu keputusan dapat dihasilkan supaya pelaksanaan LCCT baru mengikut Pelan Induk Lapangan Terbang.

Beliau berkata, setakat ini, MAHB belum memutuskan lokasi baru bagi pembinaan LCCT tetap. Namun difahamkan MAHB bercadang untuk membinanya di kawasan lapang berhampiran Bilik Bunga Raya.
Technorati Profile


Ceritakan pengalaman anda atau yang berkaitan tentang penerbangan tambang murah di Malaysia iaitu AirAsia.
Adakah anda bersejutu jika terminal itu di luluskan?
Adakan anda benar-benar berpuas hati tentang perkhidmatan yang diberikan?
Berapa bintang sepatutnya diberikan mengenai syarikat AirAsia tersebut?
Pernahkah anda di tipu oleh kakitangan syarikat tersebut?
Adakah anda pernah keliru dengan maklumat yang di terima?
Pernahkah anda terkandas dengan penerbangan AirAsia?

ceritakan semuanya di ruangan komen yang terdapat di bawah.

3 comments:

Costa Rica said...

congratulations! this blog is very interesting and has information most important we invite you to visit our blog www.Costa-ricarealestate.com and www.costarica4retirement.com and you will find both. Prices will amaze you Great investment opportunity at Costa Rica Pacific Coast, costarica real estate ,

retirement in costa rica, costa rica condominiums. Visit us for more info at: http://www.Costa-RicaRealEstate.com

wikiplugs said...

Hello Blogger's ,

Ever thought how nice it would have been if you could show some random posts from your blog,somewhere inside your blog ?
Something which crawls more posts/stories than normal RSS limit ?

check some examples at

website: www.13above.com (See the Vertical Banner Here…)
and blog: emailbookmarking.blogspot.com (... and also Horizontal Banner Here)

Just have a look and then visit http://www.wikiplugs.com/labs/index.html to grab your free copy today. (Limited Offer)

Thanks
Admin
Wikiplugs

wikiplugs said...

Dear Blogger,

I posted a comment at your blog regarding addition of your rich content at my site wikiplugs.com and in return of providing you a free widget capable of displaying your post at random in your pages.I think you would be interested in Something which crawls more posts/stories than normal RSS limit ? (Unlike other widgets)

check some examples at,

website: www.13above.com (See the Vertical Banner Here on the right panel…)
and blog: emailbookmarking.blogspot.com (... and also Horizontal Banner Here on the top)

Just have a look and then visit http://www.wikiplugs.com/labs/index.html to grab your free copy today. (Limited Offer)

Your posts and our commitment can do wonders!

So what are you waiting for?Do join and enrich us with your great thoughts.

Thanks,
Admin
Wikiplugs

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
There was an error in this gadget

Click the Titles below for more details.