Cerita Lama Tentang Misha Omar

"Assalamualaikum. Istimewa buat peminat-peminat yang saya sayangi . Terima kasih atas sokongan yang diberikan. Jangan lupa dapatkan album saya yang ke 2, AKSARA yang telahpun berada di pasaran. Salam keikhlasan dari saya"... MISHA OMAR





Anugerah MTV Asia 2005



Misha Omar sekali lagi dicalonkan dalam Anugerah MTV Asia 2005 yang akan berlansung di Bangkok, Thailand pada 5 Febuari 2005 ini. Misha telah di calonkan bersama dengan empat lagi artis tempatan lain untuk mewakili Malaysia iaitu Siti Nurhaliza, Too Phat, Ruffedge dan Spider. Kelima mereka akan merebut ketegori Artis Pilihan dari Malaysia. Untuk mengundi Misha Omar sila klik di sini MTV 2005 . Sama-samalah kita mendoakan kejayaannya kelak. Insyallah...



Anugerah Juara Lagu 2004



Sana sini sudah bercakap perihal Juara lagu 2004. Sana sini juga sudah ada ramalannya. Tak dinafikan dalam banyak-banyak lagu yang dipertandingkan, lagu Pulangkan nyanyian Misha Omar. Lagu tu memang berhantu. Sesuai lagu menjadi tema filem Pontianak Harum Sundal Malam. Lagu itu pasti akan menjadi juara lagu 2004. Misha Omar memang layak sekali lagi untuk manjadi Ratu Juara lagu untuk tahun 2004. sesuai dengan dirinya yang kini telah bergelar artis paling popular. Kalaulah Misha yang dapat anugerah Juara Lagu 2004, tak payah la ada yang terkejut pulak nanti!.. Bila Misha menang Anugerah Era 2004 pun tak ada yang bising, ini sebab semua setuju!.. untuk undi Misha Omar klik >>

Juara Lagu 2004



Pulangkan – Juara Lagu ke19

Misha Omar Di Radio ERA

Buatlah permintaan lagu Misha Omar di Radio ERA, mintalah lagu Misha Omar, bagi memastikan kedudukannya di carta era klik http://www.era.fm/03/seleksi/ Setiap hari dari 6 petang hinggalah ke 12 tengah malam, Radio ERA akan menunaikan pilihan lagu pendengar.Jadi, tunggu apa lagi? Buatlah permintaan lagu Misha Omar! Ini dapat menyumbangkan anugerah di Anugerah Era 2005 kelak. Anda juga boleh menelefon penyampai era di talian 03 - 9543 3355. Untuk talian faksimili ialah 03- 9543 5676.



Beli Album Misha Omar Secara Online


Tidak ada masa untuk pergi ke kedai mendapatkan Album Misha Omar? Ini penyelesaiannya . Belilah album Misha Omar secara online!.. Klik saja di sini… http://www.eastern.com.my/cd_search.asp?key=misha&type=cd



Lagu Dedebu Cinta Di Carta Muzik-Muzik 19


Lagu Dedebu Cinta telah pun tercalon dalam carta Muzik-Muzik19. Undian anda amatlah diperlukan untuk membolehkan Misha Omar berjaya di carta Muzik-Muzik19. Sekali gus merampas anugerah dalam Anugerah Muzik-Muzik 19. Masuk ke link berikut untuk memberi markah kepada lagu Dedebu Cinta
undi - http://muzikmuzik.tv3.com.my berilah markah 3!..



Filem Ke Dua Misha? - 20 Jun 2004


Berguru dengan Kak Engku - Kak Tim dengar- dengar :
Bila Yusof Haslam bercerita pasal bakat Misha Omar sebagai pelakon, Kak Tim terus cari pengurus Misha Omar, Mimi iaitu kakak Misha Omar sendiri. Mimi ketawa waktu Kak Tim kata, Datuk Yusof Haslam puji lakonan Misha. Kata Mimi, ``Terima kasih kepada Datuk Yusof Haslam di atas pujian itu dan terima kasih juga sebab membuka jalan kepada Misha Omar menjadi pelakon. Tak lupa juga kepada Kak Engku (Raja Azura), kami nak ucapkan terima kasih.'' Kak Engku? Apa kena mengena pula ni? Rupanya kata Mimi, Misha Omar berguru dengan Kak Engku untuk menjayakan wataknya sebagai gadis liar yang degil dalam filem Gerak Khas 3 The Movie.``Kalau nak tahu Misha Omar memang minat sangat dengan lakonan Kak Engku. Sebab itu, bila dia dapat aje skrip Gerak Khas 3, dia terus jumpa Kak Engku. Sekarang ni Misha dah naik syok pula berlakon,'' Begitu cerita Mimi.
KAK TIM: " Ada yang membisikkan, Misha akan ke lokasi filem lagi pada September ini. Kali ini filem komedi arahan Aziz M.Osman pula."



Yusof Haslam puji Misha Omar – UTUSAN - 19 Jun 2004


``Misha Omar memeranjatkan saya. Tak sangka dia ada bakat yang besar sebagai pelakon. Dia boleh berlakon dengan baik. Tunjuk aje sikit, dia boleh buat.'' Begitu puji produser dan pengarah filem Datuk Yusof Haslam waktu Kak Tim temui baru-baru ini. Misha Omar merupakan seorang lagi penyanyi yang sedang digilap bakatnya sebagai pelakon oleh Datuk Yusof Haslam melalui filem Gerak Khas 3 The Movie.Dalam filem itu Misha Omar memegang watak gadis liar yang degil. Kak Tim difahamkan Gerak Khas 3 kini sedang menjalani proses kesan bunyi dan mixing di Bangkok. Khabarnya filem ini mengharapkan tayangannya pada musim raya tahun ini.

Yusof rancang gandingkan Misha, Erra – HARIAN METRO - 14 Jun 2004


Penggambaran filem terbaru 'Sembilu 2005' baru saja nak mula namun Datuk Yusof Haslam sudah merangka untuk menghasilkan filem yang menggabungkan dua penyanyi dan pelakon terkenal.
Baru-baru ini sewaktu teman sekerja SS menghubungi Datu Yusof Haslam bertanyakan perkembangan Sembilu 2005, sutradara yang digelar Six Million Dollar Man itu memberitahu yang dia merancang untuk menemukan Misha dan Erra Fazira dalam sebuah filem pada tahun hadapan.Bagaimanapun jelas Datu Yusof Haslam segala-galanya masih lagi dalam perancangan dan tidak banyak perkara yang boleh didedahkan. SS sendiri sudah nampak filem terbaru Skop Production itu tentunya akan ditunggu peminat dua artis 'top' itu. Maklumlah jika sebelum ini filem yang menemukan Erra Fazira dan Ziana Zain berjudul Sembilu 'meletup', sudah pastinya pertemuan bekas ratu cantik Malaysia dan Misha Omar itu akan meletup juga. Sewaktu SS berbual dengan Misha Omar baru-baru ini, SS sempat bertanyakan perkara itu kepadanya, namun Misha Omar tidak mahu mendedahkan apa-apa. Dia juga terkejut bagaimana SS boleh memperoleh cerita itu. Hai namanya pun SS ni wartawan, tentulah segala perkembangan dunia seni SS kena ambil tahu walaupun ada yang kata SS ini kaki sibuk.
Jelas Misha sendiri, tidak banyak perkara yang boleh diceritakan kerana segalanya masih di peringkat awal. Dalam erti kata lain, baru peringkat cakap mulut. Namun dia tidak menafikan berminat untuk berlakon dalam filem yang rancang khas oleh Datu Yusof Haslam untuk dia dan Erra.



Misha Omar Beraya Dengan Mercedes Baru – Migguan Malaysia – 7 November 2004



Kata orang tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Sebelum ini Pacaindera ada menulis tentang dua artis ternama, Siti Nurhaliza dan Siti Srahyang baru saja membeli kereta mewah Mercedes Benz.

Ha, tak lama lagi seorang artis akan bergaya dengan kereta yang sama. Memang penyanyi yang satu ini bertuah orangnya. Tidak sampai dua tahun bergelar penyanyi dia tergolong antara artis wanita paling popular. Cuba teka siapa? Ha… Betul, Misha Omar. Jangan marah ya Misha, Pacaindera sudah berjaya intip ini berita. Wah! Nampaknya Misha akan menyambut Aidilfitri kali ini dengan cukup bergaya. Boleh tahan harga dan mewahnya kereta itu. Jenama yang sama dengan dua rakan baiknya itu. Dengarnya pendahuluan kereta itu dibuat hasil daripada komitmen Misha sebagai juru cakap Laurier. Bukan sebagai penyanyi. Sebelum ini Misha sudah beli sebuah kereta second hand jenama yang sama daripada seorang komposer popular. Tetapi itu bukan untuk kegunaannya sendiri. Anak yang baik, dia menghadiahkan kereta itu kepada bapanya di kampong dan Misha dengan kakaknya Mimi, ke hulu ke hilir naik kereta kancil sahaja.

Sampailah sekarang sudah dapat rezeki lebih sedikit, dia beli pulak untuk kegunaan peribadi. Tetapi apabila ditanya soal ini kepada Misha tidak banyak yang dia mahu bercerita. " Bimbang kalau orang salah tafsir cuba menunjuk-nunjuk dan sebagainya" kata Misha ringkas.



Lagu Semoga Abadi Di Akademi Fantasia - 19.06.04



Lagu Misha Omar daripada album 'MISHA' yang berjudul Semoga Abadi telah menjadi pilihan untuk dinyanyikan oleh salah seorang pelajar Akademi Fantasia 2 iaitu Linda. Lindatelah pun menyanyikan lagu ini pada konsert AF yang kedua pada 19 June ini.Ini bukan pertama kali lagu Misha Omar di pilih untuk dinyanyikan oleh pelajar Akademi Fantasia, malah ia adalah kali yang ketiga selepas lagu Bunga-bunga Cinta - Liza dan Halaman Cinta - Nana yang dinyanyikan pada Konsert Akademi Fantasia satu.

Lagu Pulangkan @ Akademi Fantasia - 10 Julai 2004


Lagu Misha Omar daripada album 'AKSARA' yang berjudul Pulangkan telah menjadi pilihan untuk dinyanyikan oleh salah seorang pelajar Akademi Fantasia 2 iaitu Zarina. Zarina telah pun menyanyikan lagu ini pada konsert AF yang kelima pada 10 Julai 2004.
Ini bukan pertama kali lagu Misha Omar di pilih untuk dinyanyikan pelajar Akademi Fantasia ini, malah ia adalah yang keempat selepas lagu Semoga Abadi-LindaAF2, Bunga-bunga Cinta - Liza dan Halaman Cinta - Nana yang dinyanyikan pada Konsert Akademi Fantasia satu.



Album AKSARA Nombor 2 Di Carta RIM - 08.06.04



Album Misha Omar yang terbaru Aksara menduduki tempat yang kedua di dalam carta RIM ( Jualan album) pada 8 June yang lalu. Kini Album AKSARA Misha Omar telah memperoleh Anugerah Emas oleh BMG, kerana jualan yang begitu mendapat sambutan.



Misha Gusar Kerana AKSARA – UTUSAN


Gentar, gusar dan seribu satu tekanan bermain di minda. Bagaimanapun ia belum sampai menjejaskan tumpuan penyanyi Misha Omar terhadap kerjayanya sebagai penyanyi dan pelakon yang semakin mengibar bendera jaya. Kegusaran tidak lain memikirkan tentang nasib album kedua yang tidak sampai sepurnama dipasaran. AKSARA judulnya. ``AKSARA adalah penantian saya semenjak lebih setahun. Selepas kejayaan album pertama dua tahun lalu, saya mengharapkan kejayaan serupa untuk Aksara,'' jelas pemilik nama sebenar Samihah @ Aisah Omar ini.Sudah tercatat dalam sejarah peribadi, album sulungnya yang lalu banyak membawa bunga-bunga bahagia dalam hidupnya. Dengan album pertama itu dia berjaya meraih enam anugerah utama beberapa majlis anugerah berprestij dalam negara.Rupanya kecemerlangan yang dicapai itu, sedikit sebanyak menimbulkan kegusaran di hati penyanyi bersuara lantang bertenaga ini. ``Bermain di fikiran saya apakah album ini akan diterima peminat, sama seperti mereka menerima album pertama dulu. ``Itu tekanan mana-mana penyanyi sekalipun, apabila hadir dengan buah tangan baru untuk peminat,'' katanya. Ditanya apakah dia mampu mengulangi lagi kejayaan yang sama seperti album lalu, Misha Omar tenang menjawab. ``Segalanya terserah pada takdir. Saya, komposer-komposer dan syarikat rakaman sudah melakukan yang terbaik. ``Malah AKSARA lebih banyak lagu-lagu hebat berbanding album pertama
kerana ketika itu saya belum benar-benar matang. ``Selepas hampir dua tahun berada dalam arena seni suara secara profesional, saya sudah yakin dan album inilah yang membuktikan keyakinan dan kematangan itu,'' kata penyanyi yang lahir pada tanggal 6 Januari 1982 ini. Menyelusuri jauh ke dalam hatinya, Misha memang sudah banyak mengalami perubahan.
Hari ini dia tidak lagi dilihat sebagai penyanyi yang baru berjinak dengan arenanya, tetapi lebih daripada itu dikenali dengan kebijaksanaan memberikan pendapat. Apabila dia berani melangkah ke dunia lakonan di bawah arahan jutawan filem, Datuk Yusof Haslam, banyak yang menganggap ia satu lagi keputusan bijak artis remaja ini. Langkah Misha Omar tidak banyak beza dengan cara yang dilakukan oleh ratu filem, Erra Fazira. `` yang anggap saya seperti mengikut jejak Erra Fazira. Mungkin ya dan mungkin juga tidak. Bagaimanapun saya rasa saya juga mempunyai sedikit bakat dalam lakonan, jadi kenapa tidak saya mencuba sahaja. Bukankah mencuba itu lebih baik daripada saya hanya menunggu dan menunggu peluang tanpa mencuba apa-apa,'' katanya mengulas logik mengambil peluang keemasan itu. Melalui lakonan juga, kata Misha, membantu mengekalkan namanya dalam bidang seni dan mempelbagaikan cabang kebolehan. ``Ia juga membuktikan saya tidak main-main dengan periuk nasi saya sebagai artis. Saya mahu jadi insan seni serba boleh yang akan memberi sumbangan dan bakti berterusan kepada masyarakat,'' katanya lagi.
Sumber : UTUSAN 01/06/04

Misha Omar Tulis Lirik Untuk Album ke2 - 14 Feb 2004


Selain menyanyikan lagu ciptaan Aidit Alfian, Misha Omar turut menyanyikan lagu-lagu komposer lain menerusi album terbarunya itu.
"Setakat ini tiga lagu sudah pun dirakamkan. Saya turut menulis sebuah lirik lagu berjudul Ku Tak Mengerti yang akan dimuatkan dalam album itu nanti.
"Selain Aidit dan Adnan Abu Hassan, saya juga akan menyanyikan tiga buah lagu ciptaan komposer Ajai antaranya berjudul Riwayat Cinta,'' kata Misha Omar.

Pengakuan BMG

Kami telah menjalankan usaha mencari penyanyi yang sesuai untuk membawakan lagu tema 'Pulangkan' yang digunakan sebagai asas skor muzik. Akhirnya kami memilih Misha Omar untuk menyanyikan lagu yang digubah khas oleh pengubah terkenal, Ajai. manakala liriknya ditulis oleh penulis lirik terkenal Habsah Hassan bersama Shuhaimi Baba. BMG telah mengambil lagu 'Pulangkan' untuk hak pengedaran eksklusif di mana lagu ini akan menjadi bonus track dalam album terbaru Misha Omar yang akan diedarkan dalam bulan Mac 2004.

Misha, Ning semakin selesa – Bharian - 2 Julai 2004


BUKANLAH satu rahsia lagi bahawa penyanyi yang semakin popular dengan lagu Pulangkan, Misha Omar semakin akrab dan selesa dengan duta SangYong, Ning Baizura. Malah ketika ditemui selepas sambutan ulang tahun 'suprise' Ning Baizura ke-29 di Carcosa Seri Negara, baru-baru ini Misha Omar mengaku, hanya tiga orang yang memanggil dirinya sebagai 'adik'. Panggilan itu pula baginya melambangkan persahabatan akrab yang wujud antara dia dan artis berkenaan. Selain Siti Nurhaliza yang terlebih dulu diketahui umum agak rapat dengan 'cek mek molek' dari Kelantan itu, Misha Omar baru-baru ini mendedahkan, dia juga bersahabat baik dengan dua artis popular lain iaitu Ning Baizura dan 'jejaka pujaan Malaya', Anuar Zain. Pada majlis itu, penyanyi yang baru mengeluarkan album AKSARA itu bersama kakaknya, Mimie, turut sama menghadirkan diri bagi meraikan rakan mereka itu."Misha mula rapat dengan Ning sejak Anugerah Industri Muzik (AIM) lalu. Dia sebenarnya lebih rapat dengan Mimie, jika dibandingkan dengan Misha. Dia orang sering berbalas khidmat pesanan ringkas (SMS) dan berbual di telefon. "Tengoklah, apabila berjumpa macam ni, Mimie dan Ning Baizura bukannya memanggil nama masing-masing, sebaliknya mereka menggunakan panggilan yang lebih manja. "Begitu pun, Misha Omar mengagumi Ning yang tidak jemu-jemu memberikan perangsang buat Misha Omar. "Kalau nak dibandingkan Misha Omar dengan Ning Baizura, memang tidak boleh," katanya yang menjemput Ning Baizura menyanyikan lagu Dancing Queen bersamanya ketika penyanyi kelahiran Kota Bharu itu mengadakan persembahan Sunday Nite Live di Planet Hollywood baru-baru ini. Menurut Misha Omar lagi, pembabitannya dalam bidang seni masih begitu baru berbanding Ning Baizura yang sudah sedekad menghambakan diri pada bidang muzik. Justeru itu, dia harus bekerja dengan lebih keras untuk mencapai tahap yang dimiliki Ning Baizura kini."Ramai orang beranggapan, apabila Misha Omar sudah memenangi anugerah, Misha Omar boleh mendapat semua kedudukan dan pengiktirafan daripada pelbagai pihak. Sebaliknya bagi Misha Omar, dia perlu lipat gandakan usaha jika ingin lebih berjaya."Misha Omar juga masih ingat kata-kata Ning Baizura tidak lama dulu agar Misha Omar bekerja keras ketika dirinya diterima banyak pihak. Ning Baizura turut memberikan tunjuk ajar kepada Misha Omar dan ini membuatkan Misha Omarrasa terharu kerana Ning Baizura tidak lokek memberi perhatian kepada artis muda macam Misha Omar," ujarnya yang pertama kali membelikan hadiah buat Ning Baizura tetapi enggan mendedahkan jenis hadiah itu. Cerita artis berusia 22 tahun itu lagi, Ning Baizura juga pernah membelikannya minyak wangi sewaktu penyanyi yang mula mencipta nama dengan lagu Curiga itu berkunjung ke luar negara. Misha Omar yang kini turut berlakon dalam filem Gerak Khas 3 The Movie turut berkongsi perasaan dengan Ning Baizura apabila penyanyi bersuara soprano itu menitiskan air mata serta mengucapkan kata-kata bahawa pengalamannya sepanjang bergelar artis adalah pelajaran berguna yang tidak mungkin diperoleh menerusi buku. Kata Misha Omar, dia memahami perasaan Ning Baizura kerana dia sendiri menempuh pelbagai dugaan sebaik saja album pertamanya dipasarkan. Gosip liar yang dilemparkan kepadanya, cubaan sesetengah pihak untuk 'memisahkannya' daripada Mimie dan banyak lagi pengalaman kurang manis yang dialaminya, ternyata menjadikan penyanyi muda itu lebih matang dan berhati-hati.Jika Ning Baizura, seorang penyanyi yang kemudian digilap bakat lakonannya oleh Datuk Yusof Haslam, menerusi filem Gemilang, Misha juga mencuba nasib dalam bidang lakonan di bawah arahan pengarah jutawan itu menerusi Gerak Khas 3. Ning Baizura pernah bernaung di bawah syarikat rakaman BMG, manakala Misha Omar kini baru saja melahirkan album kedua bersama syarikat rakaman berkenaan.



Misha Omar - Pulangkan lagu berhantu – UTUSAN 11June2004


Ketika peminat filem Melayu sibuk bercerita tentang filem 'Pontianak Harum Sundal Malam', lagu Pulangkan yang menjadi lagu tema filem arahan Shuhaimi Baba itu juga diperkata umum. Lagu Pulangkan, ciptaan Ajai dengan lirik oleh Habsah Hassan dan Shuhaimi Baba yang dinyanyikan oleh Misha Omar itu dianggap lagu `berhantu'. Menurut Misha Omar, dia sama sekali tidak menyangka pemilihannya sebagai penyanyi lagu tema filem terbitan Pesona Pictures Sdn. Bhd., itu memberi tuah kepada dirinya.``Disebabkan lagu `berhantu' itulah saya tidak duduk diam dan undangan menyanyi tidak henti-henti saya terima. Syukur alhamdulillah semoga populariti lagu ini akan membantu meningkatkan penjualan album saya AKSARA disamping membantu kerjaya saya,'' kata Misha Omar ketika ditemui pada acara pertandingan Cabaran Memasak Dan Dan Tu! peringkat kebangsaan anjuran majalah Saji terbitan Utusan Karya (M) Sdn. Bhd., di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, Sabtu lalu. Pulangkan bukan sahaja membuatkan Misha tidak henti-henti menerima undangan menyanyi, malah ke mana sahaja Misha mengadakan persembahan lagu itu merupakan lagu wajib yang harus dinyanyikan.
``Alhamdulillah, orang suka dengan lagu itu. Saya sendiri pertama kali dengar melodinya terus tertarik. Saya harap lagu-lagu dalam album AKSARA akan turut disukai ramai selain lagu Pulangkan,'' katanya yang turut mendendangkan lagu tersebut dan Bunga-Bunga Cinta serta When Will I See You Again untuk tetamu yang hadir.Pada majlis tersebut, selain menghiburkan para peserta dan penonton dengan lagu-lagu itu, Misha Omar diajak memasak mi goreng perasa Maggi oleh Chef Ismail dan Chef Florance. Misha Omar yang kelihatan malu-malu itu memberitahu bahawa dia bukanlah seorang yang pandai memasak. Kalau memasak pun hanyalah makanan segera. ``Nak makan yang sedap-sedap kena tunggu mak saya masak. Lagi pun saya ini jenis yang tidak memilih makanan,'' katanya terus terang.

Misha gayakan pakaian tradisional Kadazan – HARIAN METRO - 09 Jun 2004

Menjayakan konsert sempena perayaan rumah terbuka Tadau Keamatan di Kota Kinabalu, Sabah, baru-baru ini menghadirkan pengalaman manis buat Misha Omar.
Penyanyi yang kini muncul dengan album terbaru, AKSARA, menggayakan baju tradisional masyarakat Kadazan dan menyanyikan lagu tradisi suku kaum paling ramai jumlah penduduknya di Sabah itu, sewaktu menjayakan konsert yang diadakan.
"Terima kasih saya ucapkan kepada Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan yang memberikan peluang kepada saya untuk menghiburkan masyarakat di Sabah. Lebih menggembirakan kehadiran saya di saat mereka sedang merayakan hari paling istimewa," ujarnya sewaktu dihubungi. Cerita Misha Omar lagi, banyak perkara baru yang dipelajari sewaktu menghiburkan peminat di sana terutamanya apabila terpaksa menyanyi lagu dalam bahasa Kadazan.

"Pada awalnya saya cuak juga, maklumlah menyanyikan lagu yang agak asing dengan lidah kita. Lagipun khuatir juga patah kata yang disebut tidak sama dan membawa makna berbeza. PENGALAMAN BARU... Misha Omar dibantu mengenakan pakaian tradisonal Kadazan. "Sebagai contoh loghat Kelantan sendiri, kalau orang luar menyebut sesetengah perkataan dengan lenggok yang salah akan membawa makna lain. Silap hari bulan orang akan marah, sedangkan apa yang kita cakapkan itu maksudnya baik. "Sewaktu saya diberikan lagu itu saya pastikan setiap patah lirik saya faham akan maksudnya. Dengan cara itu saya cepat ingat, namun saya tetap sangsi dengan sebutannya. "Setiap kali sesi latihan diadakan saya akan bertanya kepada pemuzik yang kebetulan berketurunan Kadazan adakah sebutan saya itu betul atau salah? "Sampailah apabila saya berada di atas pentas, saya meminta agar saya dibenarkan menyanyi sambil melihat liriknya kerana saya bimbang jika saya tersalah sebut akan membuatkan peminat di sana terutama yang berketurunan Kadazan marah.
"Bagi saya lebih baik kita berjaga-jaga daripada menimbulkan kemarahan orang lain. Apa pun selepas saya menyanyikan lagu rakyat Kadazan itu ternyata peminat yang hadir suka, dan ada antara mereka turut menyanyi bersama-sama saya," ceritanya. Jelas Misha Omar, dia juga dapat merasakan kemeriahan perayaan Tadau Keamatan yang diraikan lebih-lebih lagi apabila semua pengunjung yang datang dari awal pagi telah diraikan dengan pelbagai hidangan yang disediakan oleh pihak kerajaan negeri dan kementerian. ANGGUN... Misha Omar kagum masyarakat pelbagai daerah banjiri lokasi. "Bayangkan sewaktu saya mengikuti sesi latihan sudah kelihatan ramai masyarakat setempat dari pelbagai daerah membanjiri lokasi perayaan. Pelbagai aktiviti disediakan kepada mereka termasuk jamuan dengan pelbagai hidangan. "Namun kemuncaknya sudah tentulah malam persembahan konsert. Bayangkan Padang Merdeka, Kota Kinabalu telah dibanjiri lautan manusia. Saya sendiri tidak boleh mengagak berapa puluh ribu orang yang hadir pada malam itu," katanya. Selain Misha turut menghiburkan para pengunjung, artis paling popular 2003 Saiful (Apek) Senario yang bertindak selaku pengacara bersama temannya Bob. Bintang Akademi Fantasia 2, Khai Akademi Fantasia 1 dan beberapa orang artis tempatan Sabah. Menyentuh tentang perkembangan terbaru jualan AKSARA, jelas Misha Omar ia masih terlalu awal untuk diperkatakan. "AKSARA baru tiga minggu dipasarkan, maklum balas daripada kedai kaset belum diperoleh. Namun daripada apa yang saya tahu, 10,000 unit album Aksara sudah pun diedarkan yang mana bagi syarikat rakaman menganggap ia sudah dijual."Cuma saya sedih apabila AKSRA mula dicetak rompak. Bayangkan baru-baru ini ada peminat di Pulau Pinang memberitahu yang album saya dijual di sana dengan harga RM5. Terbaru peminat di Brunei memberitahu yang dia nampak album cetak rompak AKSARA dijual dengan harga $B5 (RM11). "Tidak tahu bagaimana sebenarnya untuk kita menghapuskan cetak rompak ini. Walaupun kegiatan itu cuba dihalang oleh pihak berkuasa namun ia masih berleluasa. Saya sendiri tertanya-tanya apa lagi yang harus kita lakukan terhadap mereka ini. "Saya hairan dulu pun ada juga cetak rompak. Kerana daripada apa yang saya tahu aktiviti cetak rompak tidak pernah putus daripada dulu hinggalah sekarang. "Cuma ada satu ketika walaupun terpaksa bergelumang dengan aktiviti haram itu tetapi jualan album tempatan boleh mencecah 150,000 hingga 300,000 unit. "Persoalannya sekarang adakah jualan album ini bergantung kepada harga atau peranan artis itu sendiri bagi memastikan album mereka boleh dijual walaupun dalam waktu yang sama terpaksa bersaing dengan pasaran cetak rompak?," soalnya kembali seraya mengakhiri perbualan.

Misha Di Muzikal Aidiladha – 12 Januari 2004


Januari lalu, Siti Nurhaliza telah bergabung tenaga dengan beberapa artis terkenal tanahair iaitu Ella, Misha Omar, Ezzlyn, Ruffedge dan Anuar Zain dalam rancangan pertama terbitan Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn.Bhd. iaitu Muzikal AidilAdha.







Misha Omar Duet Dengan Penyanyi Indonesia - 14 Feb 2004


Selepas tampil dengan album pertama berjudul MISHA, dua tahun lalu, Misha Omar kini kembali sibuk merakamkan album keduanya. Menerusi album terbarunya itu nanti, Misha Omar akan berduet dengan Baim, vokalis kumpulan Band dari Indonesia. Misha Omar dan Baim akan menyanyikan sebuah lagu yang dicipta khas oleh komposer Aidit Alfian. Menurut Misha Oamr, keputusan berduet dengan Baim itu adalah hasil cetusan idea daripada pihak syarikat rakamannya, BMG Music.
"Saya harap ini adalah salah satu cara untuk saya mencipta nama di Indonesia. Malah, Baim juga akan lebih dikenali di sini (Malaysia) dengan adanya lagu duet itu.
"Saya dan Baim akan merakamkan lagu itu nanti di Studio Synchrosound,'' kata Misha sewaktu Utusan Malaysia bertemu dengannya pada satu majlis kesyukuran yang dianjurkannya baru-baru ini.
Jelas Misha Omar, meskipun dia belum pernah bersua muka dengan Baim tetapi dia yakin boleh bekerjasama dengan penyanyi dari Indonesia itu. "Saya yakin suara saya dan Baim serasi untuk menyanyikan lagu ciptaan Aidit itu. "Sebelum ini, Baim telah menghantar sampel suaranya dalam bentuk mp3 (menerusi internet) dan Aidit sudah pun mendengar suaranya.
"Proses rakaman itu akan dilakukan dalam masa terdekat ini memandangkan album kedua saya itu akan dipasarkan pada hujung Mac ini,'' ujar Misha Omar.

Majlis Kesyukuran - 14 Feb 2004


Meskipun tidak sampai tiga tahun bergelar penyanyi namun Misha sudah pun mula menempa nama sebagai penyanyi terkenal.
"Tahun lalu, saya telah memenangi tiga anugerah iaitu Anugerah Artis Harapan Pilihan pada Anugerah Era 2003, Anugerah Emas di Festival Muzik Asia Shanghai, China dan Anugerah Juara Lagu ke-18 menerusi lagu Bunga-Bunga Cinta.
Mensyukuri kemenangannya itu, Misha adakan majlis yang menjemput kira-kira 2,000 tetamu terdiri daripada peminat dan wartawan hiburan.
"Paling istimewa, saya turut menjemput kira-kira 30 ahli Kelab Peminat Misha Omar (MOFC) di majlis kesyukuran ini," kata Misha Omar.
Menurut Misha Omar, dia sudah lama merancang mengadakan majlis tersebut tetapi baru kini dapat melaksanakannya.
"Saya merancang hendak mengadakan majlis kesyukuran seperti ini selepas menang Anugerah Artis Harapan Pilihan pada Anugerah Era 2003. Tapi tidak ada kesempatan.
"Bagi saya, ini adalah peluang dan cara terbaik untuk saya mendekati pihak media massa dan para peminat secara lebih dekat lagi,'' ujar Misha Omar. Majlis yang diadakan di Dewan Orang Ramai, Taman Koperasi Polis, Fasa Dua, Batu Caves, Selangor itu adalah sebagai tanda penghargaannya kepada para peminat dan pihak media massa.

Soseh-Soseh: Zip baju Misha Omar Rosak



Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2003, yang diadakan di Arena Of Stars, Genting Highlands, Ahad lalu, berlangsung dengan jayanya tanpa sebarang kontroversi.
Secara peribadi, SS sifatkan keputusan pemenang malam itu adil. Apapun, SS cukup tertarik dengan segmen persembahan yang dihidangkan malam itu terutamanya segmen terakhir yang menggandingkan tiga artis terkenal, Datuk Sharifah Aini, Siti Nurhaliza dan penyanyi baru berbakat besar, Misha Omar.
Antara, tiga artis itu yang paling SS kagum sudah tentulah Misha Omar. Rasanya, orang lain pun bersetuju kerana Misha Omar yang paling bersemangat dan mendapat tepukan gemuruh penonton. Namun, ada cerita menarik di sebalik persembahan itu yang SS kongsi bersama Misha.
Katanya, dia hampir putus asa hendak buat persembahan kerana zip baju gaun merah jambu yang dipakainya itu rosak.
Saya mulanya, dah hilang mood. Tanyalah Mimi (kakak), kita orang menangis bila dapat tahun zip baju itu rosak. Yelah, mana tak sedih baju itu saya tempah khas untuk persembahan malam ini tapi, lain pula jadinya.
Memang fikir nak betulkan baju tu tapi mana nak cari tukang jahit kat Genting ini. Nasib baiklah ada Salim dari Butik Citra, dialah yang tolong jahitkan baju saya. Kalau tak nampaknya terpaksa pakai baju lain, katanya.
Tambah Misha Omar, biarpun sedih dengan kejadian itu, dia gembira kerana diberi penghormatan oleh Berita Harian untuk membuat persembahan disamping Datuk Sharifah Aini dan Siti Nurhaliza.
Merasakan peluang sebegini jarang diberikan kepada artis baru, saya bertekad membuat persembahan terbaik disamping dua penyanyi pujaan saya. Jelas sorakan peminat, membuatkan saya terlupa kesedihan akibat baju rosak, katanya bergurau.

Sumber: Harian Metro 17.3.2004

'Cayalah' Misha Omar!



Zubir juga nak tabik spring kepada artis cantik, Misha Omar kerana dia terus profesional ketika melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang artis.
Kami naik Genting, menaiki bas persiaran. Sepanjang perjalanan, Zubir perhatikan muka Misha 'sembab', tak bermaya, mata pun dah macam ikan puyu!
"Sorry lah Abang Zubir. Misha tak cukup tidur. Semalam Misha shooting Gerak Khas 3 The Movie sampai pukul 5 pagi. Tidur tak sampai dua jam, terus datang sini (Wisma Genting, Kuala Lumpur)," jelas Misha Omar.
Zubir rasa kalau artis lain tak sanggup buat macam Misha Omar. Setibanya di Genting, Misha Omar finalis Penyanyi Wanita Popular dan Artis Baru Wanita Popular, terus disolek supaya muka dia tampak segar untuk berposing dengan penari Fantastica!
Sepanjang fotografi berkenaan, Misha Omar sikit pun tak tarik 'muka panjang', senyum saja dia walaupun Tuhan saja yang tahu betapa mengantuknya Misha Omar ketika itu.
Begitu juga ketika Misha Omar menjayakan road tour ABP-BH2003 di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Ahad lalu. Zubir difahamkan malam sebelumnya, dia ada show, tapi tetap muncul di Intekma Resort Shah Alam pada waktu yang dijanjikan keesokan harinya.
Sekalipun penat, Misha tak tunjuk depan orang, lebih-lebih lagi di hadapan peminatnya. Inilah sikap yang patut menjadi contoh kepada angkatan artis baru. Macam mana penat sekalipun, jangan sesekali 'tarik muka 44' depan orang ramai. Dah masuk kereta, dah sampai rumah, nak keluar asap kat telinga pun, keluarlah...
Zubir harap Misha Omar mahupun artis lain maintain sikap profesional mereka ketika bekerja. Okey, Zubir harap malam ni Misha akan perform all out bersama Datuk Sharifah Aini dan kakak kesayangannya, Siti Nurhaliza menerusi segmen penutup malam kemuncak ABP-BH2003.



Sumber: BiPop 14.3.2004



Anugerah Era 2003





"Melihatkan senarai finalis, saya sendiri seakan tidak percaya berpeluang membawa pulang trofi ini. Memang sejak awal saya tidak terfikir mengenainya kerana sibuk mengatur persiapan persembahan. Fokus utama saya memang mahu menonjolkan yang terbaik untuk persembahan malam ini. Apabila diumumkan, sudah pasti saya terharu. Selepas menanti dua tahun, akhirnya peminat memberi kepercayaan kepada saya. Namun air mata saya menitik tadi bukan sebab terlampau gembira, tetapi kebetulan saya diserang sakit kepala yang luar biasa hingga tidak sedar sampai menitis air mata.

ANUGERAH VOKAL WANITA PILIHAN ANUGERAH ERA 2004!..



Bunga Bunga Cinta - Misha Omar



Tiada kata selain superb!.. Yang boleh diluahkan selepas menonton persembahan Misha Omar. Keyakinan beliau berada di tahap yang paling tinggi semalam. Beliau bijak mengawal vokal beliau serta pergerakannya. Pergerakan stylish yang nampak begitu sexy dan cheeky berjaya mengumpan perhatian penonton. Beliau menyanyi dengan penuh kejujuran dan penuh perasaan. Satu yang amat sukar untuk dilakukan. Ia datang dengan sendiri. Berdiri keseorangan di atas pentas, tumpuan mata penonton terus terpaku menyaksikan beliau menggunakan sepenuh tenaga apabila mencapai bahagian korus. Secara tidak langsung beliau telah mencipta satu identiti tersendiri. Interaksi beliau dengan kamera membuktikan bahawa Misha Omar yang kita tonton malam itu sudah jauh lebih berkeyakinan dan bukan Misha yang dahulu. Lirikan mata dan kening merupakan aksi spontan hasil menyanyi dengan penuh kejujuran.



ANUGERAH



Meski pun tidak sampai 3 tahun bergelar artis, nama Kak Misha Omar kini menjadi sebutan dan semakin popular!.. Sepanjang 2 tahun lebih ini Kak Misha Omar telah memiliki banyak anugerah, antaranya ialah:-



Anugerah Kategori Balada - Anugerah Juara Lagu 2004

Anugerah Vokal Terbaik - Anugerah Juara Lagu 2004

Anugerah Artis Baru Wanita Terbaik – Anugerah Bintang Popular

Berita Harian 2003

Juara Keseluruhan – Anugera Juara Lagu 2003

Juara Kategori Balada – Anugerah Juara Lagu 2003

Anugerah Vokal Terbaik – Anugerah Juara Lagu 2003

Gold Award – Asia Music Festival Shanghai 2003

Artis Harapan Pilihan – Anugerah Era 2003

Vokal Wanita Pilihan – Anugerah Era 2004

Anugerah Emas untuk Album AKSARA (jualan terbanyak) oleh BMG Music

Anugerah Pletenium untuk Album MISHA oleh BMG Music





Bantulah Kak Misha Omar untuk memiliki lagi anugerah di dalam Anugerah Juara lagu 2004 dengan memberikan markah 3 kepadanya. Klik di sini… http://muzikmuzik.tv3.com.my. Terima Kasih atas undian anda itu…



Bantulah lagi Kak Misha Omar untuk memiliki anugerah di dalam Anugerah Era 2005 dengan membuat permintaan lagu dalam 'pilihanmu di Era' kilk di sini… http://www.era.fm/03/seleksi/ . Setiap hari dari 6 petang hinggalah ke 12 tengah malam, Radio ERA akan menunaikan pilihan lagu pendengar. Jadi, tunggu apa lagi? Buatlah permintaan lagu Kak Misha Omar! Ini dapat menyumbangkan anugerah kepadanya di Anugerah Era 2005 kelak. Anda juga boleh menelefon penyampai era di talian

03-95433355. Untuk talian faksimili ialah 03-95435676.

Terima Kasih atas permintaan lagu itu…





Teruskan perjuanganmu Kak Misha!..





Kak Misha Omar kelihatan sebak memegang Anugerah Artis Harapan Pilihan di Anugerah Era 2003.



Kak Misha Omar seolah-olah tidak percaya dengan kepetusan yang diumumkan pada Anugerah Juara Lagu 2003 – Anugerah Juara Keseluruhan.

Anugerah ini disampaikan oleh Datuk Seri Syed Anwar Jamalullai, Pengerusi Syarikat Penyiaran TV3.



Kak Misha Omar gembira mendapat anugerah hasil usahanya selama ini.



Kak Misha Omar sempat bergambar bersama Waheeda, Azlyen dan Siti Nurhaliza di Anugerah Juara Lagu 2003.
Currently listening:
I'm Not Dead
By Pink
Release date: 04 April, 2006
3:11 AM
0 Comments
(Add Comment) |
0 Kudos
Translate
Powered by
Google Translate
English
Albanian
Arabic
Bulgarian
Catalan
Chinese
Croatian
Czech
Danish
Dutch
Estonian
Filipino
Finnish
French
Galician
German
Greek
Hebrew
Hindi
Hungarian
Indonesian
Italian
Japanese
Korean
Latvian
Lithuanian
Maltese
Norwegian
Polish
Portuguese
Romanian
Russian
Serbian
Slovak
Slovenian
Spanish
Swedish
Thai
Turkish
Ukrainian
Vietnamese
Sunday, January 22, 2006

Galeri
Current mood: happy
































Currently listening:
Legend (New Packaging)
By Bob Marley & The Wailers
Release date: 21 May, 2002
8:56 PM
14 Comments
(Add Comment) |
10 Kudos
Translate
Powered by
Google Translate
English
Albanian
Arabic
Bulgarian
Catalan
Chinese
Croatian
Czech
Danish
Dutch
Estonian
Filipino
Finnish
French
Galician
German
Greek
Hebrew
Hindi
Hungarian
Indonesian
Italian
Japanese
Korean
Latvian
Lithuanian
Maltese
Norwegian
Polish
Portuguese
Romanian
Russian
Serbian
Slovak
Slovenian
Spanish
Swedish
Thai
Turkish
Ukrainian
Vietnamese
Sunday, January 22, 2006

Lirik
Current mood: sleepy


Bunga Bunga Cinta

Hmmm... oh...
Di kala ku kesepian
Dihanyut ombak yang resah
Kau mengubati kerinduan

Di kala ku keresahan
Dihanyut malam nan gelap
Kau menerangi hidupku

( 1 )
Kini segalanya telah berubah
Cintamu hanya memori indah
Ku ditinggalkan kesepian
Pilu hatiku

( 2 )
Kembalilah kepadaku
Selamilah jiwa ini yang terluka
Ikatan kita berdua

( 3 )
Sayangilah diri ini
Belailah jiwa nan sepi
Kelayuan... dedaunan keguguran
Dahan-dahan nan kerapuhan
Bunga-bunga cinta... layu di pusara
Hmmm... hmmm...

Di kala ku kerinduan
Dihembus angin nan pilu
Kutatapi wajah dirimu

Di kala ku keseorangan
Dihanyut asmara cinta
Kau membelai jiwaku ini

( ulang 1, 2 & 3 )

Hanya satu kupinta oh darimu
Hargailah cinta kita oh...
Gelora menikam jiwa ini
Berada di hati
Deraian cinta yang suci

( ulang 2 & 3 )



Hingga Akhir Nanti

Indah masanya kita berdua
Tulus kata-kata yang bermakna
Gugur dedaunan masa cinta
Sedih setelah dirimu pergi

Titis airmata yang mengalir
Tidak kembalikan kau di sini
Rasa telah jauh ku susuri
Jalan yang pernah kita lalui
Bersama mu kasih

Tiada lagi ucapan mesra tika kau di sisiku
Dan hanya nyanyian mu mengguris di jiwa
Di kala siang beradu melabuhkan tirai masa
Sendirianlah diriku tanpa sinaranmu
Mendunglah hati ini kedukaan kesunyian

Pedih lara yang mencengkam
Menghukum hati ini
Indah yang aku sangkakan
Lamanya pergi
Kedinginan aku kesuraman tanpa cintamu

Biarlah ku simpan semua ini
Demi kesucian kasih murni
Mungkin tercapai jua hasratku
Andainya cinta aku temui
Di akhirnya nanti



Permainan Hati

Nafasmu membisik
Hatiku berdetik
Melawan amarahmu
Membinasakan

Tingkahmu menduga
Langkahmu memburu
Menggangu hati ini
Dan tanpa merasakan malu

Haruskan ia
Bermain dalam
Emosi ini dan serta fikiranku
Kini tidak lagi memerlukan

Hati cinta dan kasihmu
Gaya lagak dan aksimu itu
Kepadaku

Kata manis yang bermadu
Tapi ia semua tak menentu
Aku buntu

Aku bukan untuk (lagi)
Permainan hatimu
Tanpa kau fikirkan
Tanpa kau fikirkan

Entah di mana
Nilai cintamu
Yang kau berikan pada mereka ohh
Tanpa haluanya
Tanpa tujuanya





Halaman Cinta

Sekiranya ada rindu
Masih lagi diriku memerlukanya
Seperti malam merindukan bulan
Dan seperti siang tanpa cahayamu

Jika aku masih lagi
Di hatimu pasti kau ingin kembali
Memberi erti cinta
Dan membelai hatiku
Keangkuhanmu
Mengigit sanubari ini

Usaikanlah keraguan ku ini
Bersitkan kembali madah
Yang tlah terucap padaku

Gapaikanlah tangan ku kembali
Dan jangan kau biarkan
Hati ini sendiri

Telah ku akui agungnya cintamu ini
Telah ku sadari siapa diri ini

Andai cinta ada lagi
Pastinya bukan milik hatiku ini
Untuk kembali menggapai bahagia
Dan untuk bertakhta
Di halaman cinta suci bersemi

Lilitan Asmara

Dalam keheningan
Desiran sang bayu
Ombak keresahan
Di bawah bulan nan sayu

Bahtera cintamu
Menghembus nafas rindu
Melayari ke alam percintaan
Dua insan

Di dalam renungan
Apa erti cinta
Kuterperangkap di dalam
Manisan katamu

Pabila kau pergi jua
Hilang sinar obor cinta
Cahaya cinta mulia
Kini tinggal sisa asmara

Diri ini
Masih tercari-cari jawapan
Mengapa harus terjadi
Perpisahan pergolakan
Tak kuduga
Kini api cinta
Yang membara
Kan kedinginan
Kehampaan tanpa dirimu

Resah kumenunggu
Jawapan darimu
Apakah dosaku
Kau sisih bagai hempedu

Lilitan asmara
Bagai dihiris luka
Rahsia dibelenggu
Terhanyut di puncak rindu



Untuk Selamanya

Seringnya kau menyatakan kepada ku
Tiada lagi beda cintamu untuk diriku
Andainya kau tiada di sampingku
Berputik rindu cinta di akhirnya
Hanya dirimu yang slalu kudamba
Lukisan indah tergambar
Hanya dirimu diingatan
Kau satulah milikku
Untuk selamanya

Pabila bulan bersinar
Memberikan cahaya biru
Dan hanya diri terpaku
Menggapai sinaranmu

Hulurkanlah tanganmu kepada ku
Jangan melupakan diriku sendiri
Merindu padamu

Dakapkanlah asmara dan bisiklah
Yang kau cinta padaku
Moga berkekalan hingga akhir waktu



Terpana

Jelingan matanya senyuman mengoda
Membuat hatiku kian terpana
Kerlingan yang menusuk sanubari ku ini
Tiada dapat menguraikan semuanya

Oh hati telah terpaut padanya
Oh jiwa kan meronta
Oh haruskah aku menyatakannya
Walau lidah kelu membisu
Bertanya

Gelisahnya hati ini
Bila saling berpandang
Oh rindunya tika ini
Tak bersua mu
Kau buat hatiku resah
Bila aku fikirkannya
Ku percaya kau kan cinta
Pada diri ini
Currently listening:
To the Extreme
By Vanilla Ice
Release date: 28 August, 1990
8:53 PM
10 Comments
(Add Comment) |
6 Kudos
Translate
Powered by
Google Translate
English
Albanian
Arabic
Bulgarian
Catalan
Chinese
Croatian
Czech
Danish
Dutch
Estonian
Filipino
Finnish
French
Galician
German
Greek
Hebrew
Hindi
Hungarian
Indonesian
Italian
Japanese
Korean
Latvian
Lithuanian
Maltese
Norwegian
Polish
Portuguese
Romanian
Russian
Serbian
Slovak
Slovenian
Spanish
Swedish
Thai
Turkish
Ukrainian
Vietnamese
Sunday, January 22, 2006

Album List
Current mood: hot
Category: Music








Artis : Misha Omar
Album : Misha

Tarikh pelancaran : 28 Oktober 2002
Lagu-lagu : Lilitan Asmara
Hingga Ke Akhir Nanti
Bunga-Bunga Cinta
Tak Ku Percaya
Semoga Abadi
Untukmu Selamanya
Halaman Cinta
Jangan berakhir
Seiring
Terpana
Destiny
Kembali Ceria
Kau Yang Amat Ku Sayang
Permainan Hati






Artis : Misha Omar
Album : Misha ( Repackaged )
Tarikh pelancaran : Jun 2003
Lagu-lagu : Lilitan Asmara
Hingga Ke Akhir Nanti
Bunga-Bunga Cinta
Tak Ku Percaya
Semoga Abadi
Untukmu Selamanya
Halaman Cinta
Jangan Berakhir
Seiring
Terpana
Destiny
Kembali Ceria
Kau Yang Amat Ku Sayang
Permainan Hati
Bunga-bunga Cinta Versi 2003
Bunga-bunga cinta -Minus One











Artis : Misha Omar
Album : Aksara
Tarikh pelancaran : 17 May 2004
Lagu-lagu : Dedebu Cinta
Bersatu Dalam Rindu
Tiada Lagi Tangisan
Riwayat Cinta
Tak Ingin Lagi
Tiada Aku Megerti
Lara Hati
Hati Keliru
Tiada Ruang Untuk Mu
Pulangkan













Artis : Misha Omar
Album : MTV Karaoke Bunga-bunga Cinta
Tarikh pelancaran : June 2004
Lagu-lagu : Lilitan Asmara
Bunga-Bunga Cinta
Tak Ku Percaya
Semoga Abadi
Halaman Cinta
Jangan Berakhir
Terpana
Destiny
Kembali Ceria
Kau Yang Amat Ku Sayang















Artis : Misha Omar
Album : Aksara ( Repackaged ) Bonus MTV Karaoke
Tarikh pelancaran : April 2005
Lagu-Lagu : Dedebu Cinta
Bersatu Dalam Rindu
Tiada Lagi Tangisan
Riwayat Cinta
Tak Ingin Lagi
Tiada Aku Megerti
Lara Hati
Hati Keliru
Tiada Ruang Untuk Mu
Pulangkan
Bonus VideoKlip
MTV Karaoke

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
There was an error in this gadget

Click the Titles below for more details.