Ikan Talapia Merah
Talapia adalah antara ikan ternak air tawar yang paling penting sebagai
makanan di seluruh dunia. Selain daripada penghasilannya yang semakin meningkat,
tilapia juga antara ikan yang mudah didapati, senang diternak, tidak mudah diserang
penyakit, cepat membiak, boleh bertoleransi dalam situasi yang padat dan
berkemampuan hidup dalam air yang berkualiti rendah dengan kandungan oksigen
yang rendah.
Talapia adalah antara ikan ternak air tawar yang paling penting sebagai
makanan di seluruh dunia. Selain daripada penghasilannya yang semakin meningkat,
tilapia juga antara ikan yang mudah didapati, senang diternak, tidak mudah diserang
penyakit, cepat membiak, boleh bertoleransi dalam situasi yang padat dan
berkemampuan hidup dalam air yang berkualiti rendah dengan kandungan oksigen
yang rendah.
Tilapia adalah sejenis ikan air tawar yang mula mendapat perhatian dunia
dan penggunaannya secara komersial semakin meningkat dan akan terus meningkat
untuk masa yang akan datang. Tilapia berasal dari perairan air tawar di benua Afrika.
Negara pertama di Asia yang memulakan ternakan ikan tilapia ialah Indonesia dengan
menggunakan jenis Tilapia mossambica pada tahun 1939, walaupun tujuan asal ikan
ini diimport adalah sebagai ikan hiasan. Bermula dari sini, kegunaan ikan ini telah
merebak ke lain-lain negara Asia yang beriklim tropika. Ramai yang percaya bahawa
ikan Tilapia mossambica yang pertama telah dibawa masuk ke Malaysia adalah untuk
diternak oleh askar-askar Jepun semasa perang dunia kedua sebagai satu
sumber protein. Namun, spesis ini didapati semakin tidak mendapat perhatian. Ini
kerana, selain warnanya yang tidak menarik, spesis ini mempunyai tabiat pembiakan
yang subur sehingga menyebabkan kepadatan kolam berlaku. Maka, seterusnya
menyebabkan saiz tumbesaran spesis ini terbantut akibat kepadatan yang wujud di
dalam kolam penternakan. Oleh sebab itu, saiz spesis ini yang kecil menyebabkan
spesis ini tidak mendapat perhatian pengguna dan tidak lagi sesuai untuk dipasarkan
sebagai spesis ikan air tawar yang utama.
pada tahun 1972, tilapia Nile (O. niloticus) mula diperkenalkan di
Thailand (Guerrero, 1987) dan pada tahun 1980 ia diperkenalkan di Malaysia (Jabatan
Perikanan Malaysia, 2000). Namun, di Taiwan, Nile tilapia diperkenalkan lebih awal
iaitu pada tahun 1966 oleh Jepun (Kuo, 1984). Nile tilapia yang mempunyai warna
yang lebih menarik dan kadar tumbesaran yang lebih cepat berbanding O.
mossambicus telah menarik perhatian pengguna dan seterusnya menaikkan semula
industri penternakan tilapia sehinggalah ke peringkat komersial di Asia bermula pada
tahun 1980 (Agbayani, 1998).
Namun begitu, beberapa spesis talapia lain mula dikenalpasti untuk situasi tertentu contohnya tilapia biru (O. aureus) untuk ternakan dalam air yang lebih sejuk dan O. spilurus untuk air masin (Anon, 1984). Hibrid talapia merah yang diperkenalkan di Taiwan adalah 'generasi ketiga' bagi talapia, di mana manggabungkan sifat-sifat yang digemari seperti warna yang menarik, kadar tumbesaran yang cepat, mempunyai rasa yang lebih sedap, mudah untuk dibiakkan
dan boleh menyesuaikan diri kepada pelbagai keadaan persekitaran (Anon, 1984).
Talapia merah adalah hibrid yang wujud secara semulajadi dan diklasifikasikan sebagai
baka daripada empat spesis tilapia di mana O. niloticus dan O. mossambicus sebagai
spesis dominan.
"Tilapia" adalah nama generic bagi sekumpulan cichlid yang asalnya dari
Afrika. Kumpulan ini terdiri daripada tiga genera yang penting iaitu Oreochromis,
Sarotherodon, dan Tilapia (Popma & Masser, 1999). Terdapat beberapa ciri yang
membezakan ketiga-tiga genera tersebut, namun perbezaan yang paling ketara yang
dapat dilihat adalah berkaitan dengan biologi pembiakan. Kesemua spesis Tilapia
adalah nest builders iaitu telur yang disenyawakan dijaga dalam sarang yang dibina
oleh induk. Bagi spesis Sarotherodon dan Oreochromis pula, kedua-duanya adalah
mouth brooders di mana telur pada mulanya disenyawakan di dalam sarang dan
kemudian induk dengan segera memasukkan telur-telur tersebut ke dalam mulut
sebagai tempat pengeraman sehingga penetasan berlaku. Namun, bagi genus
Oreochromis, hanya tilapia betina yang mengamalkan mouth brooding manakala bagi
spesis Sarotherodon, kedua-dua tilapia jantan dan betina bertindak sebagai mouth brooders. Pada hari ini, kesemua tilapia yang diternak secara komersial terdiri daripada
genus Oreochromis dan lebih 90% adalah O. niloticus. Spesis lain yang turut diternak
adalah tilapia biru (O. aureus), tilapia Mozambique (O. mossambicus) dan tilapia
Zanzibar (O. urolepis hornorum) (Popma & Masser, 1999).
Kematangan seksual bagi tilapia bergantung kepada umur, saiz dan
keadaan persekitaran. Tilapia Mozambique mencapai kematangan seksual ketika
saiznya lebih kecil dan lebih muda berbanding Nile tilapia dan tilapia biru. Populasi
tilapia dalam tasik yang besar mencapai tahap kematangan pada peringkat yang lebih
lambat dengan saiz yang lebih besar berbanding dengan tilapia dari spesis yang sama
yang diternak dalam kolam ternakan yang kecil. Contohnya, Nile tilapia mencapai
tahap kematangan ketika berusia 10 hingga 12 bulan dengan berat mencecah 350
hingga 500 g dalam tasik di Afrika Timur. Bawah keadaan tumbesaran yang baik,
spesis yang sama yang diternak di dalam kolam ternakan akan mencapai tahap
kematangan ketika berusia 5 hingga 6 bulan dengan berat mencecah 150 hingga 200
g. Perbezaan luaran antara fizikal tilapia jantan dan betina dari spesis O. Niloticus
dapat dilihat seperti dalam gambar di bawah
Tilapia merupakan spesis yang rintang terhadap pelbagai jenis penyakit,
sangat lasak, boleh bertoleransi dalam situasi yang padat, mudah dihasilkan dan
berkemampuan untuk hidup dalam air yang berkualiti rendah dengan kandungan
oksigen terlarut yang rendah. Contohnya, O. niloticus boleh hidup pada tahap
kandungan oksigen terlarut yang lebih rendah daripada 0.9 ppm untuk beberapa hari.
Ia juga dapat bertahan pada paras karbon dioksida yang secara relatifnya tinggi,
kekeruhan dan ammonia tidak terion. Walau bagaimanapun, keadaan persekitaran
yang terbaik yang disyorkan untuk menghasilkan pembesaran ikan yang lebih baik
ialah suhu di paras 28oC – 32oC, kandungan oksigen terlarut di paras > 2.5 ppm, pH
pada tahap 6 – 8 dan ammonia di paras yang kurang dari 0.5 ppm (Jabatan Perikanan
Malaysia, 1995). Kebanyakan spesis tilapia juga boleh hidup dalam air masin dan
sesetengahnya boleh hidup dalam air laut (Vannuccini, 1998).
Selain itu, terdapat beberapa spesis tilapia herbivor yang boleh membesar
hanya dengan protein sayuran. Namun, oleh kerana rasa daging tilapia bergantung
kepada diet dan kualiti air, sedikit perubahan dalam diet akan menghasilkan perisa
yang pelbagai dalam isi ikan. Tilapia boleh mempunyai rasa yang hapak sekiranya
jenis-jenis algae tertentu hadir, maka kualiti air adalah kritikal (Vannuccini, 1998).