Mimaland Noltagia
Dinasour Di Mimaland
Mimaland Swimming Pool
Mimaland Waterpark
Mimaland Map
Peta Mimaland
Mimaland Play Coin Aeroplane
Mesin duit Kapal Terbang
Mimaland waterpark
Mimaland playground,Mimaland Taman Permainan
Mimaland Cable Car
Mimaland Kereta Kabel
bila melihat bercambahnya kawasan tumpuan pelancong di Lembah Kelang sekarang ini, aku teringat zaman kanak-kanak aku
walaupun aku hanya berhijrah ke Kuala Lumpur ketika umurku 14 tahun, namun Kuala Lumpur bukanlah asing bagiku
ini kerana arwah abah sering membawa aku berjalan-berjalan di Kuala Lumpur sejak aku kecil lagi, selalunya bila arwah kena berkursus di sini, aku ngan emak akulah orang yang paling gembira kerana sudah tentu kami dapat makan angin di bandar yang sebelum ini hanya dapat dilihat dalam rancangan Drama Minggu Ini saja tu
aku ingat lagi, dua tempat yang kami tak pernah miss bila melancong ke Kuala Lumpur adalah Bukit Nanas dan Batu 11 Gombak, kenapa?
kerana di Bukit Nanas adalah perkhidmatan kereta kabel dan di Batu 11 ada theme-park yang cukup terkenal iaitu Mimaland, mungkin generasi baru sekarang ramai yang tak tahu, Bukit Nanas (yang kini ada Menara Kuala Lumpur itu) dulu ada perkhidmatan kereta kabel, korang boleh naik kereta kabel tu dan lihat pemandangan Kuala Lumpur dari atas, menarik sehhhhhhh
tak silap aku ia mula beroperasi pada tahun 1979 tetapi terpaksa ditutup tidak lama kemudian, aku rasa adalah kot dalam dua tiga tahun, mungkin bangkrap agaknya
first time aku naik kereta kabel tu masa aku darjah satu tetapi memorinya masih kuat dalam ingatan
yang scarynya, kereta kabel tu bukan macam kat Genting tu, ia cuma berupa buaian (gambar kat atas), macam yang kita selalu tengok orang main ski di Switzerland, hah macam tu lah bentuknya
tempat kedua Mimaland, dulu kalau sebut Mimaland tarafnya sama macam Sunway Lagoon lah kan heheheh
kat sana ada patung-patung Dinasour yang besar untuk hiburan kanak-kanak di samping gelungsur air yang paling panjang di Asia Tenggara ketika itu
hah kalau korang tengok filem-filem Melayu era awal 80-an, banyak depa shoot kat Mimaland lah…yang aku tak dapat lupa filem Mekanik, adegan waktu Azmil Mustafa nyanyi lagu hindustan ngan aweknya dalam hujan, hahahaha lawak siooootttt
sayangnya, taman yang dibuka pada tahun 1975 ini akhirnya ditutup pada tahun 1993, dah jadi tempat jin bertendang pun.
Uphill Race Mimaland
Tanah merah di Mimaland
Gambar Lama Mimaland
Ruang Masuk Mimaland
Van Syarikat Yang Tersadai
Bakul Sampah Mimaland Berhad
Pejabat Pengurusan Mimaland sekarang Rumah Hantu
Mimaland Management Office.
Semak di Mimaland
Mimaland in Forest
Your E-mail and More On-the-Go. Get Windows Live Hotmail Free. Sign up now.
No comments:
Post a Comment