Pengacara Seksi 8tv

Pengacara Seksi 8tv

Sasaran 8TV pada 2010



AHMAD Izham Omar (tengah) bersama hos 8TV Quickie, Zher Peen (kiri) bersama Pegawai Perhubungan Awam saluran itu, Nawar Deress (tiga dari kanan), Warda Nordin (dua dari kanan), Melissa Abu Bakar (kanan) dan Nurul Ain Hassan (dua dari kiri).


TERKENAL sebagai stesen televisyen hip, 8TV pada tahun ini melangkah dengan lebih yakin setelah menginjak ke tahun keenam beroperasi di bawah payung Media Prima Berhad.
Malah, sejak pencapaian membanggakan pada tahun lalu, memenangi Gold Award sempena kempen kemerdekaan, Merdeka Rasa Sayang pada majlis anugerah PROMAX, Asia Award telah menyuntik 'tenaga' baru buat 8TV terutama dalam memberi hidangan terbaik lagi menarik buat penonton setia mereka tahun ini.
Mengimbas kembali detik-detik awal kemunculan stesen berkenaan, pertaruhan mereka lebih condong dengan siaran rancangan-rancangan luar terutamanya dari Hollywood dan Asia.
Mencari kelainan, tahun ini separuh daripada program-program yang bersiaran di 8TV disasarkan kepada terbitan produksi tempatan.
Ini merangkumi drama hit saluran itu, Kami musim kedua yang dijangka memulakan siarannya pada 12 September dan 8TV Quickie yang merupakan antara rancangan kegemaran di saluran itu.
Turut dihidangkan ialah drama terbaru arahan James Lee, Butterfly S yang dijangka bersiaran pada 10 Oktober ini.
Tidak ketinggalan, dua program realiti terbaru, Whack It! (11 Jun), program berkonsepkan tarian, Showdown 2010 (31 Mac) dan Welcome To The Rail World yang memulakan siarannya pada 21 Julai ini.
Pada majlis pratonton program-program tahunan (8TV Screening 2010) yang berlangsung di Gold Coast, Australia baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif 8TV, Ahmad Izham Omar memberitahu, pihaknya menyedari setelah memperoleh banyak pencapaian, warga kerja di stesen berkenaan telah menjadi lebih dinamik dan berdaya kreatif.
"Ini secara tidak langsung mendorong kami dalam memberikan anda suapan rancangan yang inovatif dan kepelbagaian rancangan untuk para penonton.
"Memahami sasaran penonton adalah satu kelebihan kami dalam menyediakan rancangan-rancangan yang menarik agar semuanya terhibur.
"Untuk itu, 2010 akan menjadi tahun yang menarik bagi kami kerana memperlihatkan barisan rancangan yang telah kami pilih secara teliti.
"Kami juga telah membuat penilaian dan memilih drama-drama yang terbaik sahaja dari Hollywood dan Asia serta dalam masa yang sama menyiarkan rancangan inovatif lain terbitan produksi tempatan," katanya.
Jelas Izham, penyumbang terbesar jumlah tontonan tertinggi untuk program terbitan tempatan di 8TV setakat ini ialah 8TV Quickie serta dua program realiti popular di stesen berkenaan, One In A Million (OIAM) dan Malaysian Idol.
Jumlah tontonan untuk program-program tempatan di 8TV dilihat meningkat tahun lalu mencecah 48 peratus.
Atas alasan itu, tahun ini 8TV mensasarkan lebih banyak program-program tempatan di saluran itu.
Dan dalam usaha memastikan peningkatan dari segi jumlah tontonan terhadap program-program tempatan, kata Izham, tahun ini tumpuan mereka lebih kepada siaran drama.
"Ini merujuk kepada selera penonton yang lebih gemar kepada drama.
"Jika dahulu rancangan realiti begitu diminati namun kini tarikan terhadap program-program realiti semakin berkurangan," ujar Izham lagi.
Mengulas tentang pembaharuan drama-drama yang bakal ditayangkan di 8TV, Izham memberitahu, selain melihat kepada keinginan penonton, skrip serta barisan pelakon yang benar-benar bersesuaian dengan watak yang diberikan adalah penting.
Seperti drama terbaru, Butterfly S merupakan paten terbaru drama-drama yang bakal bersiaran di 8TV.
Sebelum ini, selain Kami, Ghost juga antara drama yang turut mendapat sambutan daripada penonton setia 8TV.
"Jika drama-drama di 8TV boleh dijual kepada stesen-stesen TV lain saya rasa itu sudah cukup baik. Sebab itu kalau boleh biarlah drama-drama di stesen ini berlainan daripada mana-mana stesen televisyen di negara ini," kata Izham lagi.
Untuk musim kedua, siri Kami mempertaruhkan jalan cerita yang berlainan malah tiada langsung kesinambungan daripada siri pertama.
"Boleh dikatakan hampir keseluruhan pelakon siri Kami musim kali ini berbeza.
"Ini membuka peluang untuk barisan pelakon lain mencipta peluang dalam membina nama. Hal ini jelas dapat dilihat pada musim pertama dahulu Liyana Jasmay pada awal kemunculan tidak begitu dikenali, kini sudah ramai yang mengenali.
"Kami percaya Kami musim kedua ini mampu menarik perhatian penonton.
"Walaupun pelakon dan jalan ceritanya bertukar namun feel dan nama Kami itu sudah cukup kuat," jelas Izham.
Selain drama-drama tempatan, taruhan 8TV juga kepada drama-drama terbaru dari Hollywood iaitu The Vampire Diaries, 10 Things I Hate About You dan Past Life yang bakal bersiaran pada awal Jun ini.
Turut menemui peminat setia 8TV ialah Flash Forward (28 Jun) dan NCIS: Los Angeles yang bersiaran pada awal Oktober.
Majlis tersebut diadakan di Gold Coast, Australia selain memperkenalkan program-program sepanjang tahun 8TV adalah untuk memberi penghargaan atas sokongan yang diberikan oleh pihak media.
Selain Izham, rombongan seramai 23 orang yang dipandu oleh pemandu pelancong, Mohammad Hishammudin Omar itu turut disertai oleh wakil-wakil media utama tempatan seperti Utusan Malaysia, Kosmo! Berita Harian, Berita Minggu, Harian Metro, Metro Ahad, New Straits Times dan Malaysia Kini.
Turut serta ialah wakil daripada dua program popular tempatan iaitu Melodi dan 8TV Quickie serta wakil 8TV iaitu Nawar Deress, Nurul Ain Hassan, Melissa Abu Bakar dan Warda Nordin.


Hotmail: Powerful Free email with security by Microsoft. Get it now.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Click the Titles below for more details.