Gambar Achik spin di saat-saat manis.
AlFatihah untuk Achik Spin, meninggal dunia dalam accident di Nilai, petang tadi.
Achik Spin maut kemalangan ngeri
17/04/2010 8:42pm
SEREMBAN – Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang ini.Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.
Pada masa ini, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini.
Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut.
Cerita sebenar tentang kemalangan yang didapati dari internet:-
Eksiden tu di sebabkan achik yang mengantuk dan kereta terbabas . Selepas langgar devider tepi dan xdapat control akhirnya terlanggar tiang tengah signboard . Sebenarnya kedua-duanya pengsan tetapi di selamatkan oleh orang ramai sebelum kereta terbakar . Achik meninggal akibat hentakan di bahagian dada dan kepala . Kerana pendarahan dalaman . Al-fatihah buat Achik Spin . Semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang yang beramal soleh .
Kenangan nana berduet dengan Arwahyarham Achik Spin
Kini Isterinya yang cantik menjadi Balu di harap isterinya dapat bersama dengan ujian dari Allah
Jodoh ,ajal dan maut di tangan Tuhan, Allah akan menurunkan ujian tersebut ke atas hambanya dengan mengikut kemampuan seseorang hambanya. Semoga Isterinya sabar dan cekal dengan ujian tersebut.
SEREMBAN: Bekas vokalis kumpulan Spin, Achik atau Murad Md Shari, 28, maut apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandunya terbabas lalu merempuh tiang papan tanda sebelum terbakar di Kilometer 13, Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) di Mantin, dekat sini petang semalam.
Kemalangan kira-kira jam 6 petang itu menyebabkan penyanyi yang pernah membintangi beberapa filem dan drama mati di tempat kejadian dan kereta Toyota Estimanya hangus. Mayatnya dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat.
Kejadian berlaku ketika Achik bersama sepupunya, Salihin Md Salleh, 29, yang duduk di tempat penumpang depan dalam perjalanan pulang ke Seremban 2 selepas selesai menjalani rakaman program Radio Televisyen Malaysia (RTM) di Angkasapuri, Kuala Lumpur.
Ketika ditemui di tempat kejadian, Salihin yang masih dalam keadaan terkejut memberitahu dia tertidur sepanjang perjalanan dan tidak tahu bagaimana kemalangan berlaku.
"Apabila sedar, saya berada di tepi lebuh raya dan dalam kesakitan," katanya yang patah tangan kiri dan kaki kanan sebelum dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan.
Katanya, mereka bertolak dari pejabat perniagaan buku dan produk kesihatan milik Achik di Muar, Johor, kira-kira jam 7 pagi semalam ke Angkasapuri dan bertolak pulang ke rumah penyanyi itu di Seremban 2, kira-kira jam 4 petang.
Seorang saksi kejadian berkata, dia tiba di tempat kemalangan ketika kenderaan itu belum terbakar, manakala Achik dan Salihin masih berada di tempat duduk masing-masing, tetapi penyanyi itu dipercayai sudah meninggal dunia.
"Saya bersama beberapa orang lain menarik kedua-dua mangsa keluar dari kenderaan ke tempat selamat. Tidak lama kemudian kenderaan itu mula terbakar dan api semakin marak," katanya.
Sepasukan anggota bomba tiba di tempat kejadian kira-kira jam 7.10 malam dan berjaya memadamkan kebakaran tidak lama kemudian.
Acik yang berasal dari Felda Sendayan, dekat sini menyerlah dalam bidang seni ketika bersama Kumpulan Spin melalui album Roda Roda Rindu.
Lagu Paling Comel dinyanyikannya bersama Nana atau Siti Nordiana Mohd Alias mendapat sambutan hangat peminat sehingga melonjakkan nama Achik dalam bidang muzik. Allahyarham juga pernah dinobatkan Pelakon Harapan Lelaki di Festival Filem Malaysia Ke-17 menerusi filem Diari Romeo pada 2004.
Achik yang mengahwini HM Rosezaitul Suriani Wati Maarof, 29, pada 2005 kehilangan anak sulung, Puteri Rania pada 29 Mac 2007 ketika berusia dua bulan disebabkan masalah usus dalam perut.
Sementara itu, Rosezaitul atau Tasha yang dihubungi Berita Minggu, tidak mampu berkata-kata kerana masih terkejut mendengar berita sedih itu, sebaliknya panggilan dijawab seorang gadis yang mendakwa sepupunya, Nurul Fazarin Roseli, 25, memaklumkan mereka dalam perjalanan ke HTJS. "Maaf... Tasha tak mahu bercakap dengan sesiapa, dia masih terkejut bila menerima berita kematian Achik. Kami dalam perjalanan ke hospital kerana baru saja dimaklumkan bahawa jenazah akan dihantar ke sana," katanya.
Sebelum kemalangan, Achik bersama Nana baru saja menjayakan persembahan bersama RTM yang disiarkan secara langsung menerusi TV2, iaitu program hiburan Gah 1. Mereka sempat mendendangkan lagu baru, Cari Ketenangan dan Achik sendiri menyanyikan lagu solo barunya, Engkau Yang Ku Cinta.
Usaha mendapatkan komen Nana mengenai kejadian itu tidak berhasil apabila dia tidak membalas kiriman SMS mahupun menjawab panggilan telefon.
Gambar ketika kemalangan
Lagi Gambar kenangan Achik Isteri dan Anak Sekeluarga
Fakta : Ketika kemalangan adakah anda membantu atau sekadar melihat sahaja ketika orang lain menghadapi kemalangan, rata-rata sekarang orang kita sekadar melihat sahaja apabila orang lain menghadapi kemalangan bukannya ingin membantu melainkan orang yang mengalami kemalangan adalah dari kaum keluarga sendiri , kawan-kawan ataupun sekadar kenalan sendiri. Penulis teringatkan ketika dahulu apabila melihat depan mata sendiri seorang pemuda jatuh dari motorsikal akibat kemalangan. Sejurus selepas itu ramai yang membantu mangsa yang mengalami pendarahan yang teruk tanpa tidak memikirkan darah yang mengalir bagaikan membuak-buak keluar di bawa masuk terus ke dalam kereta orang yang membantu. tidak perlu menunggu Ambulan ataupun van Jabatan perkhidmatan Awam.
Fikir-fikirkan Lah bagaimana Nasib kita nanti?
Hotmail: Trusted email with Microsoft's powerful SPAM protection. Sign up now.
No comments:
Post a Comment