Budak Hilang

Budak Hilang (Dari Fail Arkib - supaya ibubapa sentiasa berwaspada)

KALAU SIAPA2 ADA TERNAMPAK, SILA BERHUBUNG TERUS DENGAN BALAI POLIS TERDEKAT….


 

TOLONG SEBARKAN..

 

Pulangkan Adam Haikal

 

 

 

 

  Biodata:

Muhamad Adam Haikal Jalil,6 tahun

Kes:

 Hilang kira-kira 6 petang, 13 Mac 2010.

ketinggian kira-kira empat kaki (1meter lebih)

berkulit cerah, berambut pendek

parut di dahi dan lenggan kanannya.

baju biru lengan merah,seluar jeans panjang, berselipar

Lokasi terakhir:  

Blok 98-03-01 Flat Sri Kota,

56000 Bandar Tun Razak

Kuala Lumpur

Hubungi:

 012-2791044 (bapa)

 012-2608660 (ibu)

012-21559241/ 012-9316653 

019-2227878 (Halijah Hussin)

atau balai polis berhampiran.

 



Flat Sri Kota
Bandar Tun Razak
Kuala Lumpur
15 Mac 2010


Lagi kes kanak-kanak hilang.


Kepada pembaca yang mengetahui mempunyai maklumat mengenai kanak-kanak ini, sila ambil tindakan segera.

Muhamad Adam Haikal, 6 tahun, dilaporkan hilang setelah dia didapati tidak pulang ke rumah setelah bermain bersama rakannya di kawasan padang permainan berhampiran rumahnya.

 

Menurut ibunya, Normayanti Abd Manan,30 tahun, kali terakhir suaminya , Jalil Abd Latif 33 tahun, melihat anaknya itu pada jam 4.30 petang Sabtu lalu apabila anaknya naik ke rumah untuk mengambil gasing.

 

Ketika itu, Normayanti keluar bekerja, dan anaknya itu tinggal bersama neneknya apabila dia keluar bekerja, dan seperti kebiasaan anaknya akan bermain bersama rakan-rakannya di kawasan sekitar Flat Sri Kota itu namun pada jam7malam anaknya pasti pulang.

 

" Tetapi apabila menyedari pada jam 7 malam Adam tidak pulang suami mulai bimbang dan cuba mencari sekitar kawasan rumah tetapi tidak jumpa," katanya.

 

" Pada hari itu, rumah kami sibuk dengan kenduri kahwin adik ipar saya, ahli keluarga banyak bergotong-royong dibawah untuk persediaan kenduri kahwin tersebut.

 

Setel tidak muncul-muncul, mereka sekeluarga dan penduduk setempat mencari sekitar Bandar Tun Razak, Sungai Besi sehingga Taman Midah tetapi masih tidak ketemu.


Sementara itu, ada sumber mengatakan dipercayai Adam telah mengikut seorang lelaki melayu.

 

Kata Normayanti, seorang rakan anaknya itu berkata, ada melihat anaknya bermain dibawah blok rumahnya itu.

 

Kanak-kanak yang bersekolah di Tadika Islam As Syakirin ini dipercayai hilang jam 6 petang dan kali terakhir,memakai .

 

" Kami bukan orang senang, tapi jika ada pihak yang mengambil itu mahu membuat anak saya sebagai anak angkatnya saya rela, tetapi bawanya pulang dahulu, tolonglah," katanya.

 

Keluarga mangsa dan pihak polis telah melihat rakaman CCTV (kamera litar tertutup) di kawasan perumahan terbabit tetapi tidak dapat mengesan ke mana kanak-kanak itu pergi.

 

Persatuan Penduduk, Rukun Tetangga Sri Kota turut membantu mengesan kanak-kanak ini dan menampalkan foto beliau dikawasan berhampiran.

 

 

 

Turut merasai kehilangan Muhamad Adam Haikal, adik bongsunya, Nurul Atilia Sufiya,2, mencium gambar abangnya itu.

 

 

Adam Haikal sudah ditemui

16 Mar 2010 2:20PM

KL: Budak lelaki berumur enam tahun yang dilaporkan hilang Sabtu lepas di taman permainan Perumahan Awam di Pangsapuri Sri Kota, Cheras, dekat sini selamat kembali ke pangkuan keluarganya hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, Muhammad Adam Haikal dipertemukan dengan kedua-dua ibu bapanya oleh jiran mereka yang menjaga kanak-kanak itu selepas menemuinya di sebuah masjid berhampiran pada hari kejadian.
"Pada hari kejadian, mangsa keluar bermain dan ingin pulang ke rumahnya namun sesat. Mangsa kemudian ditemui seorang lelaki dan perempuan yang kemudian cuba membantu, tetapi mangsa lupa jalan ke rumahnya," kata Chin Wah kepada pemberita di sini.
Beliau berkata, pasangan itu kemudian meninggalkan Haikal di sebuah masjid sebelum ditemui seorang lelaki yang juga jiran kepada ibu bapanya.
Haikal kemudian dihantar ke rumahnya, namun ibu bapa kanak-kanak itu tidak ada di rumah menyebabkan jiran tersebut memutuskan untuk membawa Haikal pulang ke rumahnya yang berada di tingkat lain di pangsapuri berkenaan, katanya.
Ibu kanak-kanak itu, Normayanti Abdul Manan, 30, membuat laporan polis berkenaan kehilangan Haikal semalam. 
Budak hilang, bantu mencari sebelum terlambat
KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dilaporkan hilang, disyaki diculik ketika sedang bermain di taman permainan Perumahan Awam Pangsapuri Sri Kota, Cheras di sini, tiga hari lalu.

Muhammad Adam Haikal, kali terakhir dilihat ibu saudaranya kira-kira jam 4.30 petang, Sabtu lalu ketika pulang mengambil gasing di rumah neneknya di tingkat tiga pangsapuri berkenaan sebelum turun semula ke taman permainan. Bagaimanapun, apabila Muhammad Adam tidak pulang ke rumah neneknya seperti biasa, ibu bapanya membuat laporan kehilangan di Balai Polis Pudu, jam 11 malam.

Ibu mangsa, Normayanti Abdul Manan, 30, berkata anak sulungnya ditinggalkan di rumah mentuanya setiap hari apabila beliau dan suami keluar bekerja kerana rumah mereka terletak berhampiran.

"Haikal sudah biasa dengan kawasan ini (Rumah Pangsa Sri Kota), malah selalu turun bawah (taman permainan) bermain bersama anak-anak jiran setiap petang selepas habis kelas tadika. Selalunya, jam 7 petang dia sudah balik ke rumah neneknya.

"Namun, Sabtu lalu, dia balik sekejap untuk mengambil gasing. Itu yang diberitahunya pada adik saya sebelum turun semula bermain bersama kawannya," katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata, anak lelakinya itu tidak pulang ke rumah mentuanya seperti biasa, namun tidak disedari anggota keluarga yang lain kerana kesibukan menguruskan persiapan majlis perkahwinan adik ipar.

"Ketika kejadian, saya masih di tempat kerja sebelum salah seorang ahli keluarga menelefon dan memaklumkan kehilangannya," katanya.

Ketika Normayanti tiba di rumah mentuanya, penduduk setempat mula memeriksa dari rumah ke rumah, selain setiap kenderaan yang keluar masuk ke kawasan perumahan itu tetapi tak jumpa.

Beliau turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Haikal segera menghubunginya di talian 012-260 8660 atau 012-279 1044.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Rahim Othman, mengesahkan polis sudah menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan kes itu diambil alih Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur

Terima kasih semua



Your E-mail and More On-the-Go. Get Windows Live Hotmail Free. Sign up now.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Click the Titles below for more details.