Showing posts with label Cerita Artis Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Cerita Artis Malaysia. Show all posts

Reunion Artis Lama

Reunion Artis Lama kumpulan Res 2 & Feminin
Lihat Gambar Artis yang terkenal suatu ketika dulu era 1990.


Reunion Artis Lama kumpulan Res 2 & Feminin
Lihat Gambar Artis yang terkenal suatu ketika dulu era 1990.

Video Klip Artis Kumpulan Res 2, Lagu-lagu kumpulan Res2

Tajuk Lagu - Kau Pergi


Ianya salah satu dari Album bertajuk Janji dari kumpulan Res 2 yang pernah meletop suatu ketika dulu.

Tajuk Lagu - Menanti



Tajuk Lagu - Kepastian Dan Pengertian





Video Klip Artis Kumpulan Feminin , Lagu-lagu kumpulan Feminin.

Tajuk Lagu - Untukmu
(Harap maaf di atas kualiti audio & visual yg kurang memuaskan..)


Lagu ini telah menaikkan nama kumpulan Feminin pada masa dulu.

As Feminin kini telah berkahwin dengan Azman Adnan Bekas Pemain Bola Sepak Negara. As Feminin sebelum dia berkahwin dia pernah bercinta dengan penari KRU yang bernama Hamzah.


Tajuk Lagu - Kini



Tajuk Lagu - Kehadiran


Tajuk Lagu - Sendiri

Gambar dan Kenangan lama bersama bekas suami Nora Danish.


Gambar di sebelah kiri adalah gambar lama di saat bahagia Nora Danish bersama bekas suami.
Ashram Ramli, berusia 32 tahun. Gambar Di bawah selebriti tersebut sah bercerai.



Selebriti bercerai: Yang misteri, rahsia dan pelik!


HAJAT di hati ingin bersama kalau boleh hingga ke hujung nyawa tapi kuasa Allah tiada siapa yang tahu.

Mungkin itu yang selalu dirasakan oleh mereka yang kecundang melayari bahtera rumahtangga. Walau berapa talak yang diberi, momen indah tetap terpahat di dalam hati.

Tidak wajar menuding jari, baik suami atau isteri kerana bertepuk tangan sebelah tidak berbunyi. Lagipun, tiada siapa yang inginkan penceraian, apatah lagi jika ada anak kecil yang tidak berdosa menjadi korban.

Rata-rata kehadiran orang ketiga menjadi penyebab rumahtangga bergolak dan akhirnya pecah. Tapi ada juga yang masih bertahan sungguhpun si suami bermain kayu tiga.

NORA DANISH-TOH MUDA RIZAL ASHRAM
Saat-saat manis Nora Danish bersama suami. Ketika membawa perut, Nora ditinggalkan begitu saja.

'Masih mengandung diceraikan'

Tergamakkah si suami menceraikan isteri bila isteri memboyot membawa anak di dalam perut? Tapi itulah yang terjadi apabila nafsu menguasai diri.

Mahkamah Rendah Syariah mengesahkan DUA lafaz cerai Rizal Ashram Ramli, 32, terhadap isterinya pelakon sitkom komedi Puteri, Nora Danish pada

Februari dan Jun lalu sebagai sah dan memutuskan pasangan itu bercerai dengan talak dua pada 12 Ogos 2008.

Ketika lafaz itu, Nora sedang mengandung tiga bulan dan akan tamat tempoh edahnya selepas melahirkan anaknya pada awal tahun depan.

Nora dan Rizal bernikah pada 20 Jun 2006 di Sime Darby Convention Centre, Sri Hartamas di sini. Kalau dulu semasa bercinta seperti Laila dan Majnun, kehadiran 'orang ketiga' menjadikan Nora seperti orang asing dalam hidup Rizal.

Kenangan Lalu Nora Danish. Bergambar di Pantai..

Misha Omar artis Melayu yang paling seksi , Seksi ker..



Lirik lagu Misha Omar
Halaman Cinta

Sekiranya ada rindu
Masih lagi diriku memerlukanya
Seperti malam merindukan bulan
Dan seperti siang tanpa cahayamu

Jika aku masih lagi
Di hatimu pasti kau ingin kembali
Memberi erti cinta
Dan membelai hatiku
Keangkuhanmu
Mengigit sanubari ini

Usaikanlah keraguan ku ini
Bersitkan kembali madah
Yang tlah terucap padaku

Gapaikanlah tangan ku kembali
Dan jangan kau biarkan
Hati ini sendiri

Telah ku akui agungnya cintamu ini
Telah ku sadari siapa diri ini

Andai cinta ada lagi
Pastinya bukan milik hatiku ini
Untuk kembali menggapai bahagia
Dan untuk bertakhta
Di halaman cinta suci bersemi

Lilitan Asmara

Dalam keheningan
Desiran sang bayu
Ombak keresahan
Di bawah bulan nan sayu

Bahtera cintamu
Menghembus nafas rindu
Melayari ke alam percintaan
Dua insan

Di dalam renungan
Apa erti cinta
Kuterperangkap di dalam
Manisan katamu

Pabila kau pergi jua
Hilang sinar obor cinta
Cahaya cinta mulia
Kini tinggal sisa asmara

Diri ini
Masih tercari-cari jawapan
Mengapa harus terjadi
Perpisahan pergolakan
Tak kuduga
Kini api cinta
Yang membara
Kan kedinginan
Kehampaan tanpa dirimu

Resah kumenunggu
Jawapan darimu
Apakah dosaku
Kau sisih bagai hempedu

Lilitan asmara
Bagai dihiris luka
Rahsia dibelenggu
Terhanyut di puncak rindu

Video Klip Misha OMar Lagu Adam dan Hawa



Koleksi gambar Misha Omar.


Misha Omar posing baring model


Cantik tak baju yang Misha Omar pakai ..

Noryn Aziz Penyanyi Jelita Yang Seksi dan Menarik.


Biodata & Profile Noryn Aziz

Profile & Biodata Noryn
Nama Asal: Norazmahwati Abdul Aziz
Nama Komersial: Noryn Aziz
Usia: 30 tahun
Tarikh Lahir: 26 November 1976
Asal: Shah Alam, Selangor
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Muzik dari Kolej Muzik Antarabangsa(ICOM)
Album: Fantasi O Realiti dan Alam Maya
Pencapaian: Mewakili Malaysia di Festival Muzik Antarabangsa Jazz di Indonesia, Singapura dan Vietnam.




Berita Lama Tentang Noryn Aziz sebelum glamour dan panas seperti sekarang.

Siapa Noryn Aziz?
TIDAK terlintas di fikiran Noryn Aziz, 31, album terbarunya, Alam Maya, diberi pengiktirafan oleh Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (PAIMM), sehingga dicalonkan dalam dua anugerah utama pada Majlis Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-14.

Majlis penganugerahan itu bertujuan mengiktiraf karya muzik terbaik dihasilkan sepanjang tahun lalu dan ia dijadualkan berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), 28 April ini.

Pastinya, sebagai penyanyi yang agak lama menyepikan diri dalam dunia seni, dicalonkan bersama nama besar dianggap satu penghormatan.

Walaupun dicalonkan dalam senarai lima terbaik, namun Noryn menganggap ia satu kemenangan dan rezeki.

“Hampir enam tahun saya berusaha menghasilkan Alam Maya, sepanjang tempoh itu saya tidak pernah terlintas ia bakal tersenarai dalam kategori Album Pop Terbaik dan saya sendiri dicalonkan dalam kategori Vokal Wanita Terbaik.

“Walaupun sudah menghasilkan album sebelum ini, namun disebabkan lama menyepikan diri saya anggap pembabitan saya dengan album Alam Maya sebagai pendatang baru.

“Sudah tentu sebagai penyanyi baru dicalonkan dalam dua anugerah itu, saya berasakan ia satu pencapaian cukup besar,” katanya.

Sebelum ini, pada majlis anugerah AIM ke-10, penyanyi muda Siti Sarah pernah mencipta kejutan apabila albumnya, Sarah, memenangi anugerah Album Pop Terbaik dan sekali gus mengungguli anugerah utama Album Terbaik.

Mungkinkah kemunculan semula Noryn bersama Alam Maya bakal mencipta kejutan sama di AIM ke-14 ini?

“Saya tidak mahu berangan soal kemenangan kerana pada saya itu terlalu jauh. Cukuplah sekiranya saya hanya bergembira dengan pencalonan ini.



“Kalau saya menang antara dua kategori itu, tiada apa dapat saya katakan selain bersyukur dan menerimanya sebagai rezeki Tuhan,” katanya.

Bagi Noryn, pencalonan albumnya itu dianggap membuka ruang lebih besar kepada satu genre muzik baru yang sebelum ini agak asing bagi peminat muzik tempatan.

“Album saya ini berkonsepkan jazz dan ada sedikit elemen R&B.Seperti yang kita ketahui, tidak ramai penyanyi tempatan menghasilkan album seperti ini. Pada saya, dengan adanya album Alam Maya dalam kategori album Pop Terbaik bermakna penggiat industri muzik tempatan mula menerimanya.

“Impian saya selepas ini mahu melihat genre muzik yang cuba saya ketengahkan ini dapat memberi lembaran baru dengan melihat ada satu kategori khas menampilkan genre muzik itu diwujudkan dalam AIM.

“Menilai dari sudut majlis penganugerahan diadakan, dapat saya katakan industri kita terlalu kecil berbanding industri muzik luar.
“Contoh terdekat, lihat saja majlis Anugerah Industri Muzik Indonesia (AMI) berapa banyak kategori diwujudkan. Namun, perkembangan itu harus dinilai dari sudut pasaran mereka yang cukup luas. Penduduk mereka saja ada 220 juta, jadi tidak hairanlah muzik jazz dan R&B ada pengikutnya,” katanya.

Menyentuh mengenai pencalonannya dalam kategori Penyanyi Wanita Terbaik bersaing bersama Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Aishah dan Farhan, jelas Noryn, dia tidak meletak harapan tinggi.

“Tidak seorang pun senarai dalam kategori itu saya pandang ringan. Malah, saya sepatutnya berasa bertuah kerana dicalonkan bersama mereka. Setiap mereka mempunyai kelebihan dan kekuatan tersendiri.

“Siapa saya sekiranya hendak dibandingkan dengan Siti Nurhaliza, apatah lagi dia mengungguli kategori itu tujuh tahun berturut-turut. Aishah sendiri sudah 20 tahun membabitkan diri dalam industri muzik tempatan. Berada di sampingnya pada saya satu penghormatan besar.

“Pendatang baru seperti Jaclyn dan Farhan juga mempunyai kekuatan tersendiri. Seperti Jac, siapa yang boleh menandingi suara nyaring dimiliki,” katanya.

Menyentuh mengenai perkembangan terbaru, jelas Noryn, dia yang sepatutnya dijadualkan menyertai Festival Muzik Jazz Indonesia di Jakarta pertengahan bulan ini buat kali kedua, namun terpaksa membatalkan tawaran itu kerana sibuk dengan pelbagai aktiviti promosi.

“Terkilan juga apabila perancangan awal itu terpaksa dibatalkan. Apatah lagi beberapa teman di sana sudah merancang menyambut ketibaan saya. Tidak mengapa, kerana tahun hadapan saya masih boleh menyertai mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Noryn juga sibuk merancang untuk menerbitkan album terbaru. Kali ini cita rasanya sedikit berbeza dan sesuai dengan kehendak pasaran.

Noryn Aziz yang begitu jelita dan cantik boleh menambatkan si hati duda, bujang atau pun yang dah kahwin tergoda dengan senyumannya. Walaupun telah mengjangkaui di luar batas usia Noryn Aziz tetap menyerlah tampil ayu dan nampak muda.

Koleksi Gambar-gambar noryn aziz.


Gambar Noryn Aziz bersama siapa tu adakah ianya peminatnya semata-mata atau skandal Noryn Aziz.. Lihatlah tangan si Jejaka tersebut memeluk erat pinggang Noryn Aziz, adakah si Jejaka tersebut mengambil kesempatan ke atasnya. Mengapa Noryn Aziz merelakannya ?


Noryn Aziz Dalam Sesi Fotografi di Atas Sofa. Lenggok badan yang menarik.


Gambar Noryn yang seksi dan panas dengan make up nya yang nampak ketara tebalnya. Putih bersih apa produk kecantikkan yang digunakannya kan?



Gambar Noryn Aziz di Amerika Syarikat di Trump Tower






Gambar Noryn Aziz yang kecik molek bergambar di satu kedai kaki lima
di Amerika Syarikat



Gambar Noryn Aziz di Armani 5th Avenue Amerika Syarikat


Gambar Noryn Aziz berlatar belakang kan Top Of The Rock



Noryn Aziz di Hard Rock Cafe New York Amerika Syarikat




Noryn Aziz bergambar di sebalik poster iklan raksasa di sebalik bangunan di Amerika Syarikat.



Aksi Panas Noryn Aziz bersama The Rock - Oh tidak ianya Noryn Aziz bergambar bersama model patung The Rock.


Noryn Aziz bergambar berlatar belakangkan Batu Bersurat atau Batu Peringatan seorang wirawan negara.


Gambar Noryn Aziz di tepi pantai di Amerika Syarikat.



Gambar Noryn Aziz duduk di bangku kayu berlatar belakangkan lautan yang biru


Gambar Noryn Aziz di sebuah pondok rehat di tepi pantai di Amerika Syarikat.


Gambar Noryn Aziz lagi.


Noryn Aziz di salah satu kedai melayu di Amerika bernama Bentara Restoran / Bentara Restaurant.


Tag:
Tags: Noryn Aziz, album Noryn, bagaimana belajar muzik, contest, deco bersama eric, disco pub, download lagu mp3, fesyen, fitri, free, gambar nora danish, gambar noryn bertunang, gambar nurul seksi, gossip noryn aziz, gprs, gratis, hatta dolmat, home deco mart, ijazah sarjana muda muzik, jazz, jazz singer, Kolej Muzik Antarabangsa (ICOM), kuala lumpur, la queen, lexis club, muatturun lagu Noryn, myspace noryn aziz, Noryn Aziz At Alexis, pakwe noryn, peraduan, percuma, pereka, project runway malaysia, syok kahwin, wap portal, skandal noryn aziz, noryn aziz pakai baju seksi,noryn aziz yang cantik, gambar panas noryn aziz, artis melayu seksi

Ziela Jalil Artis Lama Yang Disegani


Ziela Jalil yang dulunya merupakan seorang artis yang disegani berpengalaman dalam bidang seni, kini merupakan wanita cekal bergelar produser dan penerbit.

Penerbit Pena Kreatif Pictures Sdn Bhd ini paling produktif sepanjang tahun ini.

Ziela sudah lama hidup sebagai anak seni dan sudah 'masak' dalam segala selok-belok dalam dunia lakonan. Setelah membintangi 15 buah filem dan beberapa drama, Ziela memberanikan diri menjadi seorang penerbit.

Drama terbitannya, Suara Saleha diangkat sebagai Drama Terbaik Anugerah Skrin 2008 terbitan TV3, baru-baru ini.

Di Anugerah Skrin 2006, drama Lebih Bisa Dari Jelatang menang empat daripada tujuh anugerah dipertandingkan iaitu drama terbaik, skrip terbaik (Mazlan Abdul Manan), pengarah terbaik (Kabir Bhatia) dan pelakon pembantu wanita terbaik (Elza Erdalynna).

Begitu juga dengan drama Anak Angkat dan Kembali juga berjaya mendapat pengiktirafan di Anugerah Skrin TV3.

Kegigihan Ziela mengusahakan syarikat produksi setelah pemergian suami tersayang, bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub yang meninggal dunia pada 24 Januari lalu membuktikan beliau seorang wanita yang cekal. Ziela juga merupakan ibu kepada Puteri Julia Nabilah, 16, dan Megat Jufri Nasrullah, 13.

Aktres yang mula dikenali melalui filem Tarzan Rimba sekitar awal tahun 1990-an ini akan mula berlakon kembali dalam filem Dua Hati Satu Jiwa arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen.

Ziela menyimpan impian untuk menerbitkan filem satu hari nanti melalui syarikat produksinya, Pena Kreatif Pictures Sdn. Bhd. yang sebelum ini banyak menerbitkan drama.



Selepas diperkenalkan A R Badul, beliau dibimbing pengarah terkenal seperti Aziz Sattar, Othman Hafsham, Zek Lokman, Datuk Rahim Razali, Nasir Jani dan terbaru Raja Alauddin

KEMUNCULAN beliau dalam bidang lakonan khususnya pada pertengahan 1980-an berjaya menambah rona kepada bidang perfileman. Hasil bimbingan pengarah A R Badul menerusi filem humor, Mr Os, beliau berjaya mengasah bakatnya sehingga mampu menjadi produser drama yang disegani ketika ini.

Begitulah kesimpulannya episod perjalanan Ziela Jalil yang kini dilihat kembali berlakon. Sewaktu mula bertatih-tatih di depan kamera, usianya baru mencecah 16 tahun. Dalam usia keremajaan itu, Ziela atau nama sebenarnya, Norzilah Abdul Jalil, begitu ghairah mengasah bakatnya sehingga berjaya membintangi banyak filem tempatan, malah terbitan produksi dari Indonesia.

“Selepas diperkenalkan A R Badul, saya dibimbing pula oleh pengarah lain seperti Aziz Sattar (Perawan Malam), Othman Hafsham (Ujang), Zek Lokman (Konstabel Mamat), Rahim Razali (Rentak Desa) dan Nasir Jani (Rozana Cinta 87).

“Peluang berkerja dengan ramai pengarah memberikan saya banyak pengalaman dan keyakinan diri untuk terus berlakon ketika itu,” kata Ziela, 36, dalam pertemuan bersama Bintang Popular, awal minggu lalu.



Makin cantik dan awet muda, ibu kepada dua anak - Puteri Julia Nabilah, 14, dan Megat Jufri Nasrullah, 12 - ini pernah menggemparkan dunia perfileman dengan penampilan berani dalam filem produksi Indonesia seperti Tarzan Rimba (bersama Barry Prima), Pancasona, Jurus Dewa Naga dan Pendekar Mata Satu.


Harry Boy Lakonan oleh Sofea Jane dan Badrul Muhayat pada tahun 1991.

Selepas mencuri perhatian penonton seberang buat seketika, beliau akhirnya kembali berlakon di Malaysia menerusi filem Driving School dan Harry Boy.

“Harry Boy adalah filem terakhir saya. Saya berkahwin (dengan Tan Sri Megat Junid Megat Ayob) pada 1991, sekali gus mengundurkan diri untuk memberi fokus kepada keluarga.

"Apabila tidak lagi berlakon, saya menubuhkan Production Eleven Sdn Bhd untuk menerbitkan drama TV.

Alhamdulillah, menerusi syarikat itu produksi kami seperti Anak Angkat (lakonan Ida Nerina) dan kembali (Azean Irdawaty) berjaya mendapat pengiktirafan dalam Anugerah Skrin TV3.

“Seterusnya saya menubuhkan Pena Creative Pictures Sdn Bhd yang juga bertujuan menerbitkan drama tempatan. Bagi saya, kepuasan menjadi produser berbeza kerana tugasnya lebih besar dan rumit. Kalau drama kita disenangi penonton, itu sudah cukup membahagiakan saya dan krew terbabit,” katanya yang mendapat sokongan moral daripada suami untuk meneruskan perjuangan.

Mungkin juga di kalangan peminat Ziela masih ingat bahawa dia pernah bergelar artis rakaman, seangkatan Sheila Majid, Datin Suliza Salam dan Rima Rashidi. Bagaimanapun bidang nyanyian tidak diteroka dengan mendalam kerana beliau lebih berminat menjadi pelakon mahupun produser drama.

“Saya cuma ada dua album - satu album solo, Eee... takut bersama Titra Records (1986) dan sebuah lagi, Samarinda bersama beberapa rakan artis (1998) termasuk Liza Abdullah dan Renggo. Bagi saya pengalaman dalam bidang seni tidak kira pahit atau manis, semuanya mematangkan diri saya untuk menempuh setiap cabaran,” katanya yang kembali membintangi filem terbaru, Kayangan, arahan Raja Ahmad Alauddin.


Comel-comel anak Ziela Jalil ni… Puteri Julia Nabilah, 16 tahun, dan Megat Jufri Nasrullah, 13 tahun. siap berkupiah dan bertudung… sweet!


Koleksi Gambar Ziela Jalil Ibu Beranak Dua Yang Masih Cantik dari dulu hingga kini.

















Tag:

cerita artis malaysia, cerita artis melayu artis melayu malaysia bergambar.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Click the Titles below for more details.