Gambar dan Kenangan lama bersama bekas suami Nora Danish.


Gambar di sebelah kiri adalah gambar lama di saat bahagia Nora Danish bersama bekas suami.
Ashram Ramli, berusia 32 tahun. Gambar Di bawah selebriti tersebut sah bercerai.



Selebriti bercerai: Yang misteri, rahsia dan pelik!


HAJAT di hati ingin bersama kalau boleh hingga ke hujung nyawa tapi kuasa Allah tiada siapa yang tahu.

Mungkin itu yang selalu dirasakan oleh mereka yang kecundang melayari bahtera rumahtangga. Walau berapa talak yang diberi, momen indah tetap terpahat di dalam hati.

Tidak wajar menuding jari, baik suami atau isteri kerana bertepuk tangan sebelah tidak berbunyi. Lagipun, tiada siapa yang inginkan penceraian, apatah lagi jika ada anak kecil yang tidak berdosa menjadi korban.

Rata-rata kehadiran orang ketiga menjadi penyebab rumahtangga bergolak dan akhirnya pecah. Tapi ada juga yang masih bertahan sungguhpun si suami bermain kayu tiga.

NORA DANISH-TOH MUDA RIZAL ASHRAM
Saat-saat manis Nora Danish bersama suami. Ketika membawa perut, Nora ditinggalkan begitu saja.

'Masih mengandung diceraikan'

Tergamakkah si suami menceraikan isteri bila isteri memboyot membawa anak di dalam perut? Tapi itulah yang terjadi apabila nafsu menguasai diri.

Mahkamah Rendah Syariah mengesahkan DUA lafaz cerai Rizal Ashram Ramli, 32, terhadap isterinya pelakon sitkom komedi Puteri, Nora Danish pada

Februari dan Jun lalu sebagai sah dan memutuskan pasangan itu bercerai dengan talak dua pada 12 Ogos 2008.

Ketika lafaz itu, Nora sedang mengandung tiga bulan dan akan tamat tempoh edahnya selepas melahirkan anaknya pada awal tahun depan.

Nora dan Rizal bernikah pada 20 Jun 2006 di Sime Darby Convention Centre, Sri Hartamas di sini. Kalau dulu semasa bercinta seperti Laila dan Majnun, kehadiran 'orang ketiga' menjadikan Nora seperti orang asing dalam hidup Rizal.

Kenangan Lalu Nora Danish. Bergambar di Pantai..

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Click the Titles below for more details.