Model Majalah Dara


Nama : Sharifah Fatinah As-Sagaff Syed Othman As-Sagaff
Panggilan : Ena
Umur : 20 tahun
Tarikh lahir : 5 Disember 1989
Zodiak : Sagitarius
Tinggi : 160 sm
Berat : 47 kg
Tempat lahir : Kuala Lumpur
Cita-cita : Pegawai bank
Hobi : Melayari internet dan membeli-belah
Pendidikan : Diploma In Banking, UiTM Dungun, Terengganu
Bilangan adik-beradik : 4 orang

Pertama kali mengenali Sharifah Fatinah As-Sagaff Syed Othman As-Sagaff atau mesra dengan panggilan Ena, dia amat pemalu. Ena tidak percaya apabila terpilih sebagai salah seorang Finalis Pencarian Cover Girl Dara.com/Safi Balqis 2008/2009. Namun dia menunjukkan semangat dan kesungguhan dengan tiba lebih awal pada sesi fotografi yang dijanjikan. Ena anak bongsu daripada empat adikberadik ditemani ibunya pada hari itu.

Tidak mengambil masa yang lama untuk dirias cantik, Ena tampil berbeza. Walaupun sedikit kekok dan tidak yakin untuk bergaya di hadapan kamera, Ena berusaha sedaya upaya. Hasilnya, Ena sendiri terkejut kerana tidak percaya dia mampu melakukannya. Bagi Ena, pemililhannya sebagai salah seorang fi nalis Dara.com/Safi Balqis merupakan langkah pertamanya untuk mengatasi kekurangan diri. Kenali Ena dengan lebih dekat lagi.

Perasaan terpilih sebagai Finalis Pencarian Cover Girl Dara.com/Safi Balqis 2008/2009?
Teruja! Ramai lagi yang lebih cantik dan hebat daripada Ena. Tetapi Ena bersyukur kerana Dara.com memberikan kepercayaan kepada Ena. Ena akan melakukan yang terbaik dan memperbaik kelemahan yang ada untuk diri sendiri, keluarga, dan rakan-rakan yang menyokong. Pengalaman pertama kali menjalani sesi fotografi cover girl. Pengalaman pertama kali? Haha... Agak malu, seronok dan takut. Sebelum ini, Ena tidak pernah terlibat dengan sesi fotografi seperti ini. Ena agak malu untuk bergambar di hadapan orang lain. Tapi, Ena seronok kerana dapat menimba pengalaman baru.

Latar belakang keluarga Ena?
Abah dan Umi berasal dari Selangor. Ena berketurunan campuran Arab dan Melayu. Abah bekerja sebagai pegawai bank dan Umi seorang guru. Abang dan kakak Ena masih lagi menuntut. Ena daripada keluarga yang sederhana dan amat mementingkan tatasusila pergaulan.

Adakah Ena seorang pelajar yang aktif?
Sewaktu di sekolah menengah, Ena lebih aktif dalam sukan dan kadet polis. Ena juga aktif mewakili sekolah dalam sukan olahraga. Di UiTM, Ena melibatkan diri dalam Kelab Usahawan dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS). Banyak yang Ena belajar daripada penyertaan ini. Ena belajar untuk menjadi pemimpin yang baik, menguruskan sesuatu dan banyak lagi.

Koleksi gambar gadis melayu bertudung.


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Click the Titles below for more details.