Adegan seks secara bergilir-gilir berkenaan di sebuah kampung berhampiran Merapoh, dekat sini, itu dipercayai dirakamkan seorang daripada lima lelaki berusia 20-an berkenaan menggunakan telefon pelajar perempuan tingkatan dua terbabit.
Selepas melakukan perbuatan terkutuk itu, gadis terbabit yang bersekolah di sebuah sekolah menengah, dekat sini, dengan selamba pulang ke rumah bersama telefon bimbit berkenaan.
Bagaimanapun, telefon bimbitnya terlepas ke tangan seorang ahli keluarga yang kemudian membuat pemeriksaan pada fail rakamannya.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan, berkata terkejut melihat rakaman itu, ahli keluarga terbabit segera memaklumkan kepada bapa gadis berkenaan.
Menurutnya, bapa mangsa yang tergamam dengan tindakan anak gadisnya selepas menonton rakaman berkenaan segera menyoal anak gadisnya.
Katanya, selepas didesak berulang kali, gadis terbabit mengakui kejadian itu sebelum bapanya membuat laporan di Balai Polis Merapoh, dekat sini, kelmarin.
Abdul Razak bagaimanapun berkata, polis masih belum memeriksa rakaman berkenaan bagi mengesahkan kesahihan kejadian terbabit, namun siasatan masih diteruskan.
“Polis sudah menubuhkan pasukan khas dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk memburu lima suspek terbabit dan pada masa sama masih meneruskan siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.
P/S - Hariam Metro selalu menghebohkan cerita tentang seks bagi menarik pembaca membeli surat khabar tersebut tidak hairanlah ianya sebuah akhbar No. 1 di Malaysia. Berikutan dari kisah tersebut ianya akan menambahkan gejala tidak sihat dan akan membangkitkan perasaan ingin tahu budak-budak atau pun remaja yang baru akhil baligh tentang seks bebas. Siapa yang ingin dipersalahkan apabila ibubapa terpaksa berkorban jiwa dan raga untuk mencari nafkah atau apakah ianya penghujung akhir zaman.Jika tidak di terapkan dengan nilai-nilai murni dengan didikan Agama kejadian tersebut mungkin dapat di elakkan. Apakah kebanjiran laman-laman seks di internet seperti blogger atau lain-lain laman web sosial seperti myspace,yahoo,tagged, facebook, friendster atau pun yang lain-lain.
Pernah penulis terlihat wanita bertudung tanpa segan dan silu menunjukkan gambarnya dari yang bertudung sehinggalah hanyalah tinggal sehelai baju sahaja di tatapkan atau di tunjuk kepada rakan-rakan sosial yang lain iaitu yang bukan muhrim. Ini di tambahkan kerajaan tidak begitu komited dan serius untuk membasmi laman-laman web lucah atau sosial yang tidak berguna atau di salahgunakan.
Di negara Iran terdapat beberapa pegawai yang di lantik bagi menyekat laman web lucah atau laman web sosial yang boleh menjurus kepada seks haram atau zina. Mereka memiliki teknologi dan kepakaran untuk menyekat laman web tersebut di negara mereka iaitu Iran. Apakah Malaysia tidak mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut apakh kerajaan terus sibuk dengan politik atau dengan bisnez dan ekonomi Malaysia terus maju tanpa di dorongi dengan sifat-sifat kemuliaan. Akibatnya satu dunia satu Malaysia sudah tahu dengan cerita Harian Metro ini.
Kerajaan Malaysia mestilah mencontohi Teknologi dan kepakaran dari negara Iran agar laman-laman web yang boleh menjurus kepada zina atau seks bebas dapat di sekat dari negara kita.
Bagi penulis dan pencipta laman blog seperti blogspot atau lain-lain laman web. Apakah anda pasti jika anda meninggal dunia dosa anda tidak berjalan begitu sahaja. Memiliki laman web lucah atau laman-laman web yang membuka aurat ianya seperti memiliki saham untuk ianya terus berkembang, secara tidak langsung pemilik laman web lucah atau yang seksi dan membuka aurat kini mendapat Dosa Saham.
Tetapi bagi mereka yang memiliki laman-laman web nasihat dan berdakwah tentang agama ianya sama seperti memberi peringatan kepada manusia yang lain-lain akan mendapat pahala walaupun sesudah ianya meninggal dunia namun pahalanya tetap berjalan.
Renung dan fikirkanlah...
http://
Share to your friends via email click the email button below.
No comments:
Post a Comment