Lawak hari ini tajuknya : "STAFF PENIPU"
Seorang bos sedang menunggu staff-staff nya datang ke ofis untuk bermesyuarat. Bos itu sungguh marah kerana tiada seorang pun sampi ke ofis. Tiba-tiba kelihatan salah seorang staff nya berlari menuju pintu ofis.....
Staff 1: Bos..jangan marah dulu..saya boleh jelaskan kenapa saya lewat hari ini... Saya ada temu janji tetapi ia selesai lewat. Saya berlari untuk menaiki bas tetapi terlepas, saya menaiki teksi tetapi teksi tersebut rosak di tengah jalan. Saya terjumpa ladang dan membeli seekor kuda sedang dalam perjalanan kuda itu jatuh dan mati dan saya berlari 10 km dan baru sampai.
Bos tersebut amat hairan dan pelik dengan penjelasan staff tersebut tetapi membiarkan sahaja kerana beliau dapat datang jugak. Seketika kemudian 8 orang staff datang dengan keadaan kelam kabut dan bos pun bertanya setiap seorang dari mereka kenapa mereka lewat.
Bos: Kenapa kamu lewat.
Staff 2:Saya ada temu janji tetapi ia selesai lewat. Saya berlari untuk menaiki bas tetapi terlepas, saya menaiki teksi tetapi teksi tersebut rosak di tengah jalan. Saya terjumpa ladang dan membeli seekor kuda sedang dalam perjalanan kuda itu jatuh dan mati dan saya berlari 10 km dan baru sampai.
Bos itu pelik dan agak hairan dengan penjelasan staff tersebut tetapi dia telah melepaskan staff yang pertama dari apa-apa hukuman dan terpaksa juga melepaskan staff yang kedua itu. Dan setiap staff yang ditanya mengapa mereka lewat dan penjelasan mereka juga sama dan akhirnya soalan ditujukan kepada staff ke-9.
Bos: Ha ..kamu pula ..apa pula penjelasan kamu?
Staff 9:Saya ada temu janji tetapi ia selesai lewat. Saya berlari untuk menaiki bas tetapi terlepas, saya menaiki teksi tetapi....
Bos:Biar saya teka..[bos itu menyampuk..]..teksi tu rosak kan...
Staff 9: Bukan...ada terlalu banyak bangkai kuda di tengah jalan...teksi langsung tidak boleh bergerak...
***************************************************************
|
Windows 7: Find the right PC for you.
Learn more.
No comments:
Post a Comment