KISAH DAILOG RASULLULLAH S.A.W. DENGAN IBLIS LAKNAT TENTANG PUASA Rasulullah s.a.w telah menyoal Iblis tentang puasa, sabda rasulullah s.a.w :"wahai Iblis! Apakah umatku berpuasa dengan nama Allah, apakah rasa engkau?" Berkata Iblis:"Ya Nabi Allah, inilah satu bencana yang amat besar bahayanya kepada hamba, kerana apabila masuknya bulan Ramadhan, maka akan memancarlah cahaya dari Asry dan Kursi dan semua malaikat akan menyambut dengan kesukaan. Bagi mereka-mereka yang puasa akan mendapat sebesar-besar kurnia Allah s.a.w. dan Allah s.w.t akan mengampuni segala dosa yang telah lalu dan digantikan dengan pahala yang amat besar dan tidak ditulis segala kesalahannya selama ia berpuasa. Yang menghancurkan lagi hati hamba ialah segala isi langit, bulan,bintang,malaikat,burung-burung,ikan-ikan di laut dan ikan-ikan di air tawar, juga tiap-tiap yang bernyawa diatas muka bumi ini semuanya akan mendoakan siang dan malam meminta ampun bagi orang yang berpuasa. Satu lagi ketinggian dan kemuliaan bagi orang yang berpuasa ialah dimerdekakan oleh Allah swt. tiap-tiap hari dalam bulan Ramadhan seribu kemerdekaan dari azab neraka dan ditutupkan segala pintu neraka serta dibukakan semua pintu syurga yang lapan.Dan bertiupnya angin yang di bawah Asry yang bernama angin Syirah.Angin yang sangat lembut melalui ke dalam syurga, maka pada hari bermulanya umat tuan hamba berpuasa. Akan datang malaikat dengan garangnya tiada terbilang lawan lakunya menangkap hamba dengan perintah Allah swt. berserta dengan bala tentera hamba yang terdiri dari jin, syaitan dan ifrit, lalu dipasang kaki dan tangan dengan besi panas serta dirantai hamba sekelian dimasukkan ke bawah bumi yang amat dalam dengan beberapa azab sengsara, maka hamba terpaksa menunggu sehingga selesai umat tuan hamba dari berpuasa dan selepas itulah baharu hamba dilepaskan supaya hamba tidak mengacau mereka itu dan umat tuan hamba sendiri yang telah merasa kesenangan berpuasa.
"Sebagaimana mereka berkerja untuk makan sahur waktu tengah malam seorang diri tanpa takut seperti malam-malam yang lain."
Saudara-saudaraku gunakanlah bulan Ramadhan yang mulia ini untuk kita mengadapkan diri kita kepada Allah swt. yang mana dalam bulan ini kesemua pengacau kita akan dirantai, supaya kita dapat melakukan amal ibadat dengan baik dan janganlah kita gunakan bulan Ramadhan untuk mengikut tabiat pengacau-pengacau yang dirantai itu. Mudah-mudahan Allah swt. akan menguatkan iman kita beribadat dengan penuh khyusuk serta bertawaduk kepada Allah swt. Bulan Ramadhan datang hanya setahun sekali dan kedatangannya itu tidak menjamin kita akan tetap berjumpa dengannya setiap tahun, mungkin ini adalah tahun yang terakhir kita akan bertemu dengan bulan yang mulia ini, oleh itu janganlah sekali-kali kita mensia-siakan bulan yang mulia ini. Wallahu 'Alam
|
New Windows 7: Find the right PC for you.
Learn more.
No comments:
Post a Comment