Gambar Ekin Bertudung & Mawi 1




Ekin Manis bertudung dan berbaju kurung. Mawi kelihatan segak dengan baju putihnya.
Jodoh bertemu mereka berdua.

Latarbelakang / Profile Ekin

* Schools (Other):

Akademi Fantasia
* Occupation:

Student of Akademi Fantasia 3
* Hobbies and Interests:

Menyanyi, menari, melancong dan bersukan
* Favorite Movies:

Rosyam Nor, Hans Isaac, Maya Karin, Nasha Aziz
* Favorite Music:

Mariah Carey, Christina Aguilera, Siti Nurhaliza, Kau pergi Jua..
* About Me:

Nama Penuh : Norashikin binti Abd Rahman

Tarikh Lahir : 11 September 1984

Zodiak : Virgo

Tinggi/Berat : 148cm/42kg

Bangsa : Melayu

Agama : Islam

Hobi : Menyanyi, menari, melancong dan bersukan

Makanan/Minuman kegemaran : Nasi Ayam/Jus Honey Dew

Penyanyi Kegemaran : Mariah Carey, Christina Aguilera, Siti Nurhaliza

Pelakon Kegemaran : Rosyam Nor, Hans Isaac, Maya Karin, Nasha Aziz

Lagu Kegemaran : Kau pergi jua

Ringkasan diri : Ekin berminat untuk menyanyi sejak dari kecil lagi. Bakatnya telah diasah apabila Ekin mengikuti pertandingan menyanyi dan Ekin telah dipilih untuk menjadi penyanyi di bawah Unit Budaya Perbadanan Labuan. Mula-mula pernah membuat persembahan untuk Hari Kemerdekaan dan kemudian beransur ke persembahan yang lagi besar. Ekin pada mulanya seorang yang pemalu untuk membuat persembahan, tapi lama-kelamaan malunya itu menjadi semakin kurang apabila sudah mempunyai beberapa pengalaman.

Lagu yang telah dinyanyikan oleh ekin..
Konsert Prelude ~ Dialah Di Hati -Siti Nurhaliza
Konsert Pertama ~ Erti Cinta - Maya Karin
Konsert Kedua ~ Joget Sayang Disyanag - Anita Sarawak
Konsert Ketiga ~ Mimpi Sedih - Emylia Contessa
Konsert Keempat~ Antara Dua - Farah Af2
Konsert Kelima ~ Let's Get Loud - Jennifer Lopez
Konsert Keenam ~ Warna - Sheila Majid
Konsert Ketujuh ~ Maafkan Kepergianku - Ruth Sahanaya








Latarbelakang mawi (Melayu)
Asmawi Ani atau Mawi (lahir 25 Ogos 1981) merupakan juara rancangan realiti TV Akademi Fantasia Musim 3 di Malaysia pada tahun 2005. Pada mulanya, dia telah tersingkir daripada konsert prelude namun dia diserap kembali di akhir konsert minggu pertama berdasarkan pemilihan juri terhadap 8 pelajar yang tersingkir itu. Dia memulakan pembelajaran di Akademi Fantasia bersama Marsha di minggu kedua. Mawi telah melakar pelbagai kemenangannya terhadap kesemua pertandingan yang dimenanginya sehinggakan digelar Raja SMS kerana sering mengungguli anugerah melalui undian SMS sebelum timbul kontroversi terhadap dirinya daripada pihak media.

Dalam masa tiga bulan sepanjang pertandingan ini berlangsung, beliau terus menjadi seorang ikon negara setanding dengan penyanyi terkenal tanah air seperti Siti Nurhaliza. Asmawi memenangi Akademi Fantasia 3 dengan kemenangan yang mudah dan sudah dijangka lagi, tidak seperti juara-juara Akademi Fantasia sebelumnya. Akibat daripada kemenangannya, satu fenomena Mawi telah muncul di Malaysia.

Hanya memerlukan tidak kurang daripada setengah tahun sahaja, beliau telah berjaya menjadi seorang jutawan hasil daripada tajaan-tajaan yang mencurah-curah dan jualan album yang sangat memberangsangkan terhadapnya.

Mawi terkenal dengan frasa "World" dan seringkali disahut oleh peminatnya, "Mawi World!". Sungguhpun beliau kini popular, namun terdapat 1 perkara yang paling mengecewakan peminat-peminatnya malahan telah mencalarkan sedikit popularitinya ialah apabila beliau memutuskan ikatan pertunangannya dengan Nordiana Mohd Naim atau Ina Naim yang kini mengikuti jejak langkahnya sebagai penyanyi. Ibarat kata orang tua-tua, jodoh di tangan Tuhan. Akan tetapi, tindakannya untuk berpisah dengan Nurdiana tersebut bukan sahaja mengecewakan kedua-dua buah keluarga malahan kerabat diraja Johor iaitu Tengku Mahkota Johor, Tengku Ibrahim Ismail sendiri turut berasa kecewa kerana Mawi telah melanggar amanat baginda untuk menjaga tunangannya itu dan menjadikan beliau sendiri sebagai contoh dan ikon utama negeri Johor. Sungguhpun kedua-duanya sudah berpisah tetapi hubungan mereka masih amat baik. Malahan Mawi sendiri pernah mengingatkan bekas tunangnya supaya berhati-hati apabila hidup sebagai artis.

Mawi Background ( English )

Asmawi bin Ani (born August 25, 1981), better known as Mawi, is a Malaysian singer and winner of the Third Season of Malaysia's popular reality show, Akademi Fantasia. With his trademark "World" Mawi has created a new phenomenon in the Malaysian music industry by becoming one of the best-selling and influential singers of the last few years and his debut album sold more than 200,000 copies in Malaysia[citation needed]. Mawi is of Javanese descent.

Apart from singing, he is currently testing his skills in acting and performing magic acts. He is also a budding businessman.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Click the Titles below for more details.