Pengumuman Tarikh Perkahwinan Mawi Ekin



PENYANYI popular Mawi mengumumkan 20 Disember sebagai tarikh akad nikahnya dengan Nora’Ashikin Rahmat atau lebih dikenali dengan panggilan Ekin pada sidang media khas di Palace of Golden Horses, Seri Kembangan.

Dikatakan, mereka berdua akan menghadiri kursus kahwin di Masjid Putrajaya pada 4 November 2008. Peminat yang teringin melihat Mawi boleh lah menyerbu ke sana ye, tapi niat itu kene betul lah. Majlis perkahwinan Mawi Ekin akan ditayangkan secara langsung oleh pihak Astro, sebagai membalas jasa Astro yang mempopularkan Mawi serta membalas jasa peminat yang menyokongnya selama ini.

Mawi juga menyatakan bahawa ramai pihak yang ingin menaja perkahwinannya, tapi ada juga perkara-perkara yang perlu Mawi keluarkan duit sendiri. Mawi juga menafikan perkahwinannya mendapat tajaan 5 juta. Heh, bangga Ekin dapat berkahwin dengan Mawi, bukan semua orang mempunyai tuah tau!

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Click the Titles below for more details.