Senarai & Program baru tentang Akademi Fantasia 7

Berikut ialah senarai program-program yang bakal menghiasi sepanjang musim Akademi Fantasia:

Tirai Akademi Fantasia 7 (Bahagian Pertama/Part 1) pada Sabtu, 7 Mac 2009 jam 9.00 malam

Tirai Akademi Fantasia 7 Bahagian Awal memperkenalkan barisan bakal pelajar yang terpilih untuk ke peringkat seterusnya dalam usaha untuk melayakkan diri sebagai pelajar Akademi Fantasia musim yang ke-7.

Tirai Akademi Fantasia 7 (Bahagian Kedua/Part 2) pada hari Ahad, 8 Mac 2009 jam 9.00 malam

Tirai Akademi Fantasia 7 Bahagian Akhir mengumumkan barisan pelajar yang berjaya menyertai Akademi Fantasia musim yang ke-7.

Diari Akademi Fantasia mulai 9 Mac 2009 pada hari Isnin hingga Jumaat jam 9.00 malam

Diari Akademi Fantasia Musim Ke-7 akan memaparkan perkembangan pembelajaran pelajar-pelajar Akademi Fantasia untuk musim yang ke-7 di bawah bimbingan tenaga-tenaga pengajar mereka dan juga jadual kehidupan seharian mereka sepanjang hari di Akademi.

Diari EXT AF7 mulai 13 Mac 2009 pada setiap hari Jumaat jam 10.00 malam jam 10.00 malam

Rancangan ini mengupas perkembangan carta undian terkini dan mencerna pelbagai isu hangat dan gosip panas di dalam Akademi. Juga menghangatkan lagi spekulasi siapa yang mungkin tersingkir pada minggu ini.

Konsert Akademi Fantasia Musim Ke-7 akan disiarkan secara langsung pada setiap hari Sabtu jam 9.00 malam mulai 14 Mac 2009

Siaran Langsung Konsert Akademi Fantasia menampilkan persembahan pelajar-pelajar Akademi Fantasia musim yang ke-7 dalam usaha untuk kekal ke minggu yang seterusnya. Debaran menanti di penghujung konsert untuk mengetahui siapa yang bakal tersingkir pada minggu ini? Inilah waktu kemuncak untuk aktifkan undian buat pelajar pilihan sebelum undian ditutup.

Diari INT AF7 mulai 15 Mac 2009 pada setiap hari Ahad jam 9.00 malam

Rancangan ini merangkumkan segala perkembangan dan pencapaian pelajar-pelajar Akademi Fantasia sepanjang minggu ini di samping mengupas isu hangat dan gosip panas yang mungkin tercetus di Akademi. Sedikit ulasan dan pendedahan tentang apa yang berlaku di sebalik tabir Konsert Akademi Fantasia pada malam sebelumnya.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Click the Titles below for more details.