Ziela Jalil Artis Lama Yang Disegani


Ziela Jalil yang dulunya merupakan seorang artis yang disegani berpengalaman dalam bidang seni, kini merupakan wanita cekal bergelar produser dan penerbit.

Penerbit Pena Kreatif Pictures Sdn Bhd ini paling produktif sepanjang tahun ini.

Ziela sudah lama hidup sebagai anak seni dan sudah 'masak' dalam segala selok-belok dalam dunia lakonan. Setelah membintangi 15 buah filem dan beberapa drama, Ziela memberanikan diri menjadi seorang penerbit.

Drama terbitannya, Suara Saleha diangkat sebagai Drama Terbaik Anugerah Skrin 2008 terbitan TV3, baru-baru ini.

Di Anugerah Skrin 2006, drama Lebih Bisa Dari Jelatang menang empat daripada tujuh anugerah dipertandingkan iaitu drama terbaik, skrip terbaik (Mazlan Abdul Manan), pengarah terbaik (Kabir Bhatia) dan pelakon pembantu wanita terbaik (Elza Erdalynna).

Begitu juga dengan drama Anak Angkat dan Kembali juga berjaya mendapat pengiktirafan di Anugerah Skrin TV3.

Kegigihan Ziela mengusahakan syarikat produksi setelah pemergian suami tersayang, bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub yang meninggal dunia pada 24 Januari lalu membuktikan beliau seorang wanita yang cekal. Ziela juga merupakan ibu kepada Puteri Julia Nabilah, 16, dan Megat Jufri Nasrullah, 13.

Aktres yang mula dikenali melalui filem Tarzan Rimba sekitar awal tahun 1990-an ini akan mula berlakon kembali dalam filem Dua Hati Satu Jiwa arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen.

Ziela menyimpan impian untuk menerbitkan filem satu hari nanti melalui syarikat produksinya, Pena Kreatif Pictures Sdn. Bhd. yang sebelum ini banyak menerbitkan drama.



Selepas diperkenalkan A R Badul, beliau dibimbing pengarah terkenal seperti Aziz Sattar, Othman Hafsham, Zek Lokman, Datuk Rahim Razali, Nasir Jani dan terbaru Raja Alauddin

KEMUNCULAN beliau dalam bidang lakonan khususnya pada pertengahan 1980-an berjaya menambah rona kepada bidang perfileman. Hasil bimbingan pengarah A R Badul menerusi filem humor, Mr Os, beliau berjaya mengasah bakatnya sehingga mampu menjadi produser drama yang disegani ketika ini.

Begitulah kesimpulannya episod perjalanan Ziela Jalil yang kini dilihat kembali berlakon. Sewaktu mula bertatih-tatih di depan kamera, usianya baru mencecah 16 tahun. Dalam usia keremajaan itu, Ziela atau nama sebenarnya, Norzilah Abdul Jalil, begitu ghairah mengasah bakatnya sehingga berjaya membintangi banyak filem tempatan, malah terbitan produksi dari Indonesia.

“Selepas diperkenalkan A R Badul, saya dibimbing pula oleh pengarah lain seperti Aziz Sattar (Perawan Malam), Othman Hafsham (Ujang), Zek Lokman (Konstabel Mamat), Rahim Razali (Rentak Desa) dan Nasir Jani (Rozana Cinta 87).

“Peluang berkerja dengan ramai pengarah memberikan saya banyak pengalaman dan keyakinan diri untuk terus berlakon ketika itu,” kata Ziela, 36, dalam pertemuan bersama Bintang Popular, awal minggu lalu.



Makin cantik dan awet muda, ibu kepada dua anak - Puteri Julia Nabilah, 14, dan Megat Jufri Nasrullah, 12 - ini pernah menggemparkan dunia perfileman dengan penampilan berani dalam filem produksi Indonesia seperti Tarzan Rimba (bersama Barry Prima), Pancasona, Jurus Dewa Naga dan Pendekar Mata Satu.


Harry Boy Lakonan oleh Sofea Jane dan Badrul Muhayat pada tahun 1991.

Selepas mencuri perhatian penonton seberang buat seketika, beliau akhirnya kembali berlakon di Malaysia menerusi filem Driving School dan Harry Boy.

“Harry Boy adalah filem terakhir saya. Saya berkahwin (dengan Tan Sri Megat Junid Megat Ayob) pada 1991, sekali gus mengundurkan diri untuk memberi fokus kepada keluarga.

"Apabila tidak lagi berlakon, saya menubuhkan Production Eleven Sdn Bhd untuk menerbitkan drama TV.

Alhamdulillah, menerusi syarikat itu produksi kami seperti Anak Angkat (lakonan Ida Nerina) dan kembali (Azean Irdawaty) berjaya mendapat pengiktirafan dalam Anugerah Skrin TV3.

“Seterusnya saya menubuhkan Pena Creative Pictures Sdn Bhd yang juga bertujuan menerbitkan drama tempatan. Bagi saya, kepuasan menjadi produser berbeza kerana tugasnya lebih besar dan rumit. Kalau drama kita disenangi penonton, itu sudah cukup membahagiakan saya dan krew terbabit,” katanya yang mendapat sokongan moral daripada suami untuk meneruskan perjuangan.

Mungkin juga di kalangan peminat Ziela masih ingat bahawa dia pernah bergelar artis rakaman, seangkatan Sheila Majid, Datin Suliza Salam dan Rima Rashidi. Bagaimanapun bidang nyanyian tidak diteroka dengan mendalam kerana beliau lebih berminat menjadi pelakon mahupun produser drama.

“Saya cuma ada dua album - satu album solo, Eee... takut bersama Titra Records (1986) dan sebuah lagi, Samarinda bersama beberapa rakan artis (1998) termasuk Liza Abdullah dan Renggo. Bagi saya pengalaman dalam bidang seni tidak kira pahit atau manis, semuanya mematangkan diri saya untuk menempuh setiap cabaran,” katanya yang kembali membintangi filem terbaru, Kayangan, arahan Raja Ahmad Alauddin.


Comel-comel anak Ziela Jalil ni… Puteri Julia Nabilah, 16 tahun, dan Megat Jufri Nasrullah, 13 tahun. siap berkupiah dan bertudung… sweet!


Koleksi Gambar Ziela Jalil Ibu Beranak Dua Yang Masih Cantik dari dulu hingga kini.

















Tag:

cerita artis malaysia, cerita artis melayu artis melayu malaysia bergambar.

3 comments:

Ivo Serentha and Friends said...

greetings from Italy, good luck

Hello, Marlow

noriha said...

lama tak dengar perkembangan terbaru ziela jalil

alerts said...

Some of the content is very worthy of my drawing, I like your information!
costume jewelry

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
There was an error in this gadget

Click the Titles below for more details.