Kerabat Kelantan didakwa dera isteri model (KOLEKSI LAMA)


 
 Kerabat Kelantan didakwa dera isteri model (KOLEKSI LAMA)
 

 

 

 

 

Subject: Kerabat Kelantan didakwa dera isteri model

 

Kerabat Kelantan didakwa dera isteri model Apr 21, 09 6:35pm

Model terkenal Indonesia , Manohara Odelia Pinot, didakwa dilarikan oleh seorang kerabat diraja Kelantan, yang juga suaminya, dan pernah didera, termasuk dilukakan di bahagian dada.

Ibunya Daisy Fajarina mendakwa, beliau mempunyai bukti penderaan tersebut dan maklumat mengenainya disampaikan oleh orang istana sendiri yang bersimpati dengannya.

"Anak saya disiksa, di bagian dadanya disilet (ditoreh) silet. Itu yang ngomong dari pihak dalam istana yang punya hati nurani dan nggak (tidak) tega melihat penderitaan anak saya," wanita itu dipetik berkata.

manohara odelia pinot tengku kelantan royal indonesia model controversy 210409Ibunya juga mendedahkan anaknya, 17, dibawa secara paksa dan tanpa diduga oleh kerabat tersebut selepas mereka sekeluarga selesai mengerjakan umrah bulan lalu dengan pesawat peribadi Challenger 300 dari Jeddah, Arab Saudi.

"Saya tidak menyangka setelah umrah, mereka sanggup melakukan hal yang sangat tidak manusiawi (berperikemanusiaan)," wanita 44 tahun itu dipetik sebagai berkata di Jakarta .

"Alhamdulillah, kami melakukan ibadah dengan baik, hubungan kami dengan Tengku pun baik."

Daisy berkata, sewaktu mereka menuju ke lapangan terbang untuk pulang ke Indonesia , Manohara berangkat satu kereta dengan suaminya, sementara beliau sendiri bersama kakak Manohara Odelia dalam kenderaan lain.

Tambahnya, bagaimanapun kenderaan yang membawa kerabat tersebut dan model Indonesia itu tidak ke lapangan terbang biasa, sebaliknya ke bahagian berlepas jet peribadi.

Daisy mendakwa, beliau dan anak sulungnya Dewi Sari Asih cuba menghalang pesawat tersebut berlepas sehingga hampir terkena sayapnya tetapi tidak dipedulikan.

Sehingga kini nasib dan lokasi wanita muda itu masih tinggal misteri, lapor sebuah akhbar di republik tersebut Surya hari ini.

Mereka, termasuk kerabat tersebut, mengerjakan umrah bersama-sama antara 25 Februari hingga 9 Mac lalu sebagai undangan untuk berbaik-baik semula.

Manohara Odelia - yang pernah tersenarai "100 Pesona Indonesia " - lari dari negara ini ke republik itu selepas berasa sering dikasari oleh suaminya.

manohara odelia pinot tengku kelantan royal indonesia model controversy 210409 02Model itu berkahwin dengan tergesa-gesa dengan kerabat tersebut, yang berusia 31 tahun, pada 26 Ogos lalu setelah dicabuli lelaki tersebut awal 2007 sewaktu remaja itu berusia 15 tahun, dakwa Daisy lagi.

Manohara Odelia diberikan mas kahwin RM50,000, kalung berlian, anting-anting, gelang, cincin dan jam tangan.

Lebih kurang seminggu sebelum majlis pernikahan itu, Manohara Odelia dan keluarganya diundang ke Kuala Lumpur atas undangan istana Kelantan.

Pertemuan mereka berdua bermula pada Disember 2006 sewaktu Daisy dan anaknya hadir di majlis makan malam Datuk Seri Najib Razak, lapor Surya lagi.

Tiada maklumat lengkap bentuk program itu dinyatakan, namun dipercayai satu program rasmi Najib ketika mengunjungi Indonesia pada bulan tersebut.

Ibu model itu dilaporkan berkata, dalam pertemuan awal itu kerabat tersebut kelihatan sopan dan pertemuan mereka seterusnya menunjukkan lelaki itu "baik orangnya, rajin bersolat, tidak pernah kasar dan lembut bicaranya."

"Saya sudah menganggap Tengku anak saya," Daisy dilaporkan berkata.

  Koleksi Foto Manohara Odelia Pinot Koleksi Foto Manohara Odelia Pinot                                                              Selepas kejadian yang tidak diduga di Arab Saudi, menurutnya lagi, beliau terus membuat aduan kepada kedutaan Indonesia di Jeddah.

Untuk menjejak anak bongsunya daripada dua beradik itu, Daisy cuba masuk ke Malaysia tetapi dihalang oleh jabatan imigiresen atas alasan "permintaan istana Kelantan."

Beliau juga mendapat bantuan daripada Kementerian Luar Indonesia selepas gagal ke Kuala Lumpur .

Koleksi Foto Manohara Odelia Pinot  Koleksi Foto Manohara Odelia Pinot Koleksi Foto Manohara Odelia Pinot

"Rasanya saya ingin mati mati saja, tapi saya tahu saya harus kuat untuk anak saya.

"Saya tidak sanggup membayangkan apa yang akan terjadi pada anak saya," Daisy dipetik berkata sambil berlinangan air mata.

Manohara Odelia mewarisi darah kacukan Perancis daripada bapanya Reiner Pinot Noack.

Akhbar Tempo edisi internet petang ini melaporkan polis republik itu akan mula menyiasat kes penculikan tersebut sekiranya mendapat laporan keluarga model tersebut.

Jurucakap ibu pejabat polis, Abubakar Nataprawira berkata sampai saat ini belum mendapatkan laporan daripada keluarganya.

"Katanya (keluarga) sudah lapor, tapi belum ada laporannya," beliau dipetik berkata, sambil menambah kes tersebut diketahuinya daripada wartawan.

Tambahnya, apabila sudah dilaporkan, siasatan lanjut akan dibuat.

 

 

 

 

 

Koleksi Foto Manohara Odelia Pinot Koleksi Foto Manohara Odelia Pinot Koleksi Foto Manohara Odelia Pinot 

 

Koleksi Foto Manohara Odelia Pinot dan Tengku Muhammad Fakhry 

Foto Manohara Odelia Pinot dan Tengku Muhammad Fakhry


This Email and any files transmitted may contain confidential and / or privileged information and is intended solely for the addressee (s) named. If you have received this information in error, or are being posted by accident, please notify the sender by return Email, do not redistribute this email message, delete it immediately and keep no copies of it. All opinions and / or views expressed in the email are solely those of the author and do not necessarily represent those of Al Rajhi Bank. Any purchase order, purchase advice or legal commitment is only valid once backed by the signed hardcopy by the authorized person from Al Rajhi Bank.

This email, including any attachments, is confidential and for use only by intended recipient(s) for the purpose for which it has been sent. Its contents may be privileged and if you are not the intended recipient of this email, you must not use, disseminate, print or copy this email or any part of it or take any action in reliance on it. If you have received this email in error, please contact the sender immediately by return email or telephone and delete/destroy the message. We do not accept liability for any corruption, delay, interception or unauthorized amendment of the e-mail or their consequences.

 


New Email addresses available on Yahoo!
Get the Email name you've always wanted on the new @ymail and @rocketmail.
Hurry before someone else does!

 



Windows 7: Find the right PC for you. Learn more.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Click the Titles below for more details.