Lawak Bos dengan "STAFF PENIPU"


 

 

 

 


Lawak hari ini tajuknya : "STAFF PENIPU"

Seorang bos sedang menunggu staff-staff nya datang ke ofis untuk bermesyuarat.
Bos itu sungguh marah kerana tiada seorang pun sampi ke ofis.  Tiba-tiba kelihatan
salah seorang staff nya berlari menuju pintu ofis.....

Staff 1: Bos..jangan marah dulu..saya boleh jelaskan kenapa saya lewat hari ini...
Saya ada temu janji tetapi ia selesai lewat. Saya berlari untuk menaiki bas tetapi
terlepas, saya menaiki teksi tetapi teksi tersebut rosak di tengah jalan. Saya
terjumpa ladang dan membeli seekor kuda sedang dalam perjalanan kuda itu jatuh
dan mati dan saya berlari 10 km dan baru sampai.

Bos tersebut amat hairan dan pelik dengan penjelasan staff tersebut tetapi
membiarkan sahaja kerana beliau dapat datang jugak.  Seketika kemudian 8 orang
staff datang dengan keadaan kelam kabut dan bos pun bertanya setiap seorang
dari mereka kenapa mereka lewat.

Bos: Kenapa kamu lewat.

Staff 2:Saya ada temu janji tetapi ia selesai lewat. Saya berlari untuk menaiki bas
tetapi terlepas, saya menaiki teksi tetapi teksi tersebut rosak di tengah jalan.
Saya terjumpa ladang dan membeli seekor kuda sedang dalam perjalanan kuda itu
jatuh dan mati dan saya berlari 10 km dan baru sampai.

Bos itu pelik dan agak hairan dengan penjelasan staff tersebut tetapi dia telah
melepaskan staff yang pertama dari apa-apa hukuman dan terpaksa juga
melepaskan staff yang kedua itu.  Dan setiap staff yang ditanya mengapa mereka
lewat dan penjelasan mereka juga sama dan akhirnya soalan ditujukan kepada
staff ke-9.

Bos: Ha ..kamu pula ..apa pula penjelasan kamu?

Staff 9:Saya ada temu janji tetapi ia selesai lewat. Saya berlari untuk menaiki bas
tetapi terlepas, saya menaiki teksi tetapi....

Bos:Biar saya teka..[bos itu menyampuk..]..teksi tu rosak kan...

Staff 9: Bukan...ada terlalu banyak bangkai kuda di tengah jalan...teksi langsung
tidak boleh bergerak...


***************************************************************


 



Windows 7: Find the right PC for you. Learn more.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
There was an error in this gadget

Click the Titles below for more details.