ahmad shahir zawawi,akademi fantasia,shahir,shahir af 8,shahir af8,shahir akademi fantasia 8

 
TUJUH minggu lamanya Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir berusaha menambat hati penonton untuk meraih undi khidmat pesanan ringkas (SMS). Namun, pada program Debaran Akademi Fantasia 8 (AF8) Ahad lalu, dia gagal untuk terus mara.
Shahir, 21, menjadi peserta keenam tersingkir selepas Nadia Emilia Roselan (Nadia), Muhammad Alid Kadim (Alif), Dayang Nor Anum Arjuna Aharun (Anum), Erma Suhaimi (Ema) dan Muhammed Shahril Mohd Salleh Hussein (Shah).

Di sebalik penyingkiran itu, Shahir masih tersenyum bangga kerana kehadirannya dalam program itu sudah mencipta aura tersendiri hinggakan Pengetua AF8, Norman Abd Halim mengakui dia peserta kegemaran ramai.


Norman berkata, pada persembahan minggu ketujuh, Shahir memberikan persembahan terbaik dan tidak sepatutnya tersingkir. Dia beranggapan Muhd Shahril Firdaus El (Daus) yang mungkin menamatkan saingan.


"Daus memberikan persembahan terbaik tetapi mengikut ranking SMS terendah, saya ingat dia yang terkeluar. Saya terkilan apabila Shahir tersingkir kerana saya percaya dia sekurang-kurangnya berpeluang melangkah ke final.


"Namun, saya terima keputusan yang dibuat penonton. Walaupun Shahir tersingkir, dia akan tampil dengan single terbaru Kebahagiaan Dalam Perpisahan ciptaan Edry tidak lama lagi," katanya.


Berbanding lima peserta yang tersingkir sebelum ini, Shahir mendapat lebih 'keistimewaan'. Apa tidaknya, dia sudah menyiapkan rakaman klip video single barunya itu.


Norman berkata, perjalanan karier Shahir sebagai artis selepas tersingkir berlaku secara kebetulan. Shahir bukan saja peserta kegemaran ramai tetapi berpeluang merakam klip video pertamanya.


"Shahir ada pakej seperti kata Adlin Aman Ramlie, dia bersuara jantan, lantang dan kacak. Malah, dia mempunyai sifat personaliti dalam diri yang jarang ada pada generasi muda sekarang.

"Dia membawa perwatakan yang baik dan berbudi bahasa hingga membuatkan ramai mudah menerimanya. Mengikut single barunya ini, dia bukanlah tampil dengan lagu rock 90-an tetapi lebih kepada elemen progresif.


"Sebenarnya, bukan Shahir saja yang diberi peluang merakam klip video single pertama, tetapi semua peserta lain akan terbabit dalam rakaman secara berperingkat. Cuma Shahir bertuah kerana terlebih dulu membuat rakaman selepas tersingkir," katanya.


Bagi Shahir, dia tidak menganggap penyingkiran ini sebagai kegagalan untuk terus mencapai impian sebagai penyanyi, cuma terkilan kerana tidak berpeluang ke final.


"Semua peserta tentunya terkilan apabila gagal ke peringkat akhir. Saya anggap apa yang tertulis itu rezeki saya. "Tapi sepanjang berada di AF8, tenaga pengajar banyak membantu saya. Paling utama, saya bersyukur kerana pengetua sendiri ikon saya.
 
 
ahmad shahir zawawi,akademi fantasia,shahir,shahir af 8,shahir af8,shahir akademi fantasia 8


Hotmail: Powerful Free email with security by Microsoft. Get it now.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Click the Titles below for more details.