dayang norfaizah,dayang nurfaizah,dayang nurfaizah luka mp3,dayang nurfaizah mp3,luka dayang nurfaizah

 
 
BUKAN mudah membina nama untuk menjadi artis yang dikenali ramai. Malah, tidak mudah juga bergelar mentor kepada protege yang memerlukan tunjuk ajar untuk berjaya. Justeru, inilah cabaran besar yang dipikul penyanyi popular, Dayang Nurfaizah.
Tempoh sedekad yang sudah dilalui sebagai anak seni, tentunya diguna pakai sebaik mungkin untuk membantu protege pilihan, Adi Hamiz Johar, 23, mencapai impian. Bahkan, yang pasti Dayang mengakui dia takkan mengajar vokal kepada Adi.

Anak jati Kuching, Sarawak ini antara mentor yang terbabit dalam persaingan Mentor musim ke-4 di samping lima mentor lain iaitu Azmeer, Mus (May), Joe Flizzow, Ziana Zain dan Mas Idayu. Sejauh manakah nasib protege Dayang?

Semalam, konsert pengenalan Mentor 4 sudah disiarkan di TV3, jam 9 malam. Seramai enam mentor menonjolkan bakat enam protege yang menjadi pilihan untuk dinilai juri profesional dan penonton di rumah. Pastinya, bahang Mentor 4 sudah dirasakan.

Menurut Dayang atau nama sebenarnya, Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 29, siapalah dirinya untuk mengajar vokal kepada Adi. Ini kerana, Dayang berasakan dirinya tak layak mengajar vokal memandangkan dia pun tidak memasuki kelas vokal.

"Cara saya membantu Adi ialah berkongsi pengalaman dengannya dan banyak berbincang. Saya bersikap terbuka dengan memberi peluang kepada Adi memilih lagu yang diinginkan untuk persembahannya. Soal vokal, bagi saya Adi tidak banyak masalah.

"Sekarang, tugas saya adalah menggilap bakatnya. Lagipun, saya sanggup memilih Adi sebagai protege kerana melihat kelainan pada dirinya. Tidak dinafikan, selain vokal, saya juga mengambil serius alasan diberikan protege untuk menjadi penyanyi.

"Pelbagai alasan saya peroleh. Kebanyakannya, memaklumkan mereka memilih untuk menceburi bidang seni kerana mahu memperbaiki taraf hidup keluarga. Saya terfikir, apakah kerja lain tak mampu membantu keluarga? Kaya sangatkah seorang artis?

"Malah, ada juga yang menulis alasan sekadar mahu mencuba. Dari situ, saya melihat mereka tidak serius dan buat apa hendak dibantu. Jujurnya, saya mahukan protege yang serius dan menunjukkan kesungguhan untuk berjaya. Ia sangat penting," katanya.

Mesra berbicara, Dayang mengakui dia mengelak daripada memilih protege yang mahu menjadi penyanyi kerana mengejar populariti dan glamor. Dalam bidang seni, kejayaan tak datang sekelip mata tanpa usaha. Ditambah lagi, persaingan yang hebat.

"Justeru, tonjolkan kebolehan dan bakat yang ada untuk membina nama. Selepas itu, satu demi satu kejayaan akan muncul. Apa yang penting, usaha, ikhlas dan sabar. Justeru, Adi perlu menyanyi dengan seikhlas hati supaya melodi itu dirasakan penonton.

"Memanglah, dia menyahut cabaran menyanyikan lagu orang lain, tetapi menjadi tugas Adi mendendangkannya seperti lagu sendiri. Keaslian dalam nyanyian perlu diambil berat kerana tidak mahu gambaran artis lain menjelma dalam persembahan itu.

"Disebabkan itu, saya akan sentiasa berbincang dengan Adi. Pemilihan lagu kena sesuai kerana Mentor 4 kali ini persaingannya saya lihat begitu sengit. Sebenarnya, sebelum bertemu Adi, saya risau juga kerana takut tak jumpa protege diinginkan.

"Bagi saya, kalau menang dalam Mentor 4 adalah bonus, jika sebaliknya saya akan gembira kerana Adi sudah melakukan yang terbaik. Apa yang penting, jauh di sudut hati, saya tak mahu orang terlalu berharap dan Adi perlu usaha kuat," katanya.

Ujar Dayang, dia memilih Adi yang juga berasal dari Sarawak secara kebetulan. Dalam enam nama yang disenarai pendek, dia tak sangka akan memilih Adi. Katanya, dia cuba membantu Adi sedaya termampu dan mereka juga selesa berkomunikasi dialek Sarawak.

Kata penyanyi yang kini popular dengan lagu Sayang itu, peningkatan ditunjukkan Adi menggalakkan. Malah, Dayang juga merancang membawa Adi menyertai persembahannya. Secara tak langsung, serba sedikit ia memberi pendedahan kepada pemuda itu.

Menyentuh Harian Metro (HM) yang dipasarkan di Sarawak selepas 19 tahun beroperasi, Dayang mengucapkan tahniah. Katanya sebagai akhbar harian nombor satu negara, memang tepat langkah diambil HM untuk meninjau pasaran di Sarawak.

"Akhbar di Sarawak, tak banyak memaparkan aktiviti hiburan artis. Jadi, perkembangan karier Dayang di Semenanjung kurang diketahui peminat di sana. Oleh itu, diharapkan HM dapat membantu artis tanah air mendekati peminat di Malaysia Timur.



"Manalah tahu, dengan adanya HM di Sarawak turut membantu protege saya, Adi. Apapun, saya sentiasa doakan HM terus berjaya dan diterima penduduk Sarawak. Menerusi pencapaian HM sekarang, saya percaya tidak mustahil berjaya lagi," katanya.

PROFIL
NAMA: Dayang Nurfaizah Awang Dowty
PANGGILAN KOMERSIAL: Dayang
TARIKH LAHIR: 20 Julai 1981
UMUR: 29 tahun
TEMPAT LAHIR: Kuching, Sarawak
BINTANG: Cancer
ALBUM: Dayang Nurfaizah (7 Mei 1999) Seandainya Masih Ada Cinta (8 Februari 2001) Di Sini Bermula (3 Februari 2002) Hembusan Asmara (28 November 2002) The Best Of Dayang Nurfaizah (24 September 2003) Need A Break (single), Dayang Sayang Kamu (2004) Kasih (2006) Dayang 2007
STATUS: Bujang
KERJAYA: Penyanyi
LAGU POPULAR: Antaranya, Seandainya Masih Ada Cinta, Dayang Sayang Kamu dan Sayang

 
dayang norfaizah,dayang nurfaizah,dayang nurfaizah luka mp3,dayang nurfaizah mp3,luka dayang nurfaizah


Hotmail: Trusted email with Microsoft's powerful SPAM protection. Sign up now.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
There was an error in this gadget

Click the Titles below for more details.