soseh-soseh

soseh-soseh
 
TAHNIAH SS ucapkan kepada Dayang Nurfaizah atas kejayaannya menang Album Pop Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-17 (AIM17), Ahad lalu. Bagaimanapun, penyanyi Dayang Sayang Kamu itu tidak dapat hadir menerima trofi itu kerana terbabit dalam konsert pengenalan Mentor 4 yang berlangsung serentak dengan AIM17 dan disiarkan secara langsung di TV3.
Mungkin ramai yang terlepas peluang menyaksikan persembahan pertama Mentor 4 kerana mahu memberi tumpuan kepada AIM17. SS dengar, penyanyi Ziana Zain yang juga mentor kepada Thalia, dikejutkan dengan sambutan hari jadinya yang ke-42 yang jatuh pada 2 Mei.
Ziana juga khabarnya tidak dapat menahan sebak ketika dikejutkan pengacara Mentor 4, Ally Iskandar pada konsert malam itu. Mungkin belum terlambat untuk SS mengucapkan selamat ulang tahun buat Ziana dan sempat menghubungi Ziana semalam.


Kata Ziana, dia berasa sebak kerana berpeluang meraikan hari jadinya itu bersama peminat pada malam itu.


"Semuanya bermula apabila Ally meminta saya menyanyi lagu Anggapanmu pada malam itu. Baru saja saya nak menyanyi sedikit lagu itu, tapi tiba-tiba 'key' lain pula keluar dan peminat pula beramai-ramai menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi untuk saya.


"Terus terang, saya memang tidak tahu menahu mereka akan meraikan hari jadi saya pada malam itu. Lebih gembira, dua anak saya, Aiman dan Ammar juga diundang untuk sama-sama meraikan hari Jadi saya," katanya. SS percaya kehidupan Ziana yang juga Duta Slim World 2010 ini sudah lengkap dengan kehadiran anak kembarnya, Muhammad Ariel dan Siti Nour Kaseh, 8, bulan. Nampaknya, kini, sudah sempurnalah kebahagiaan rumah tangga Ziana dan suami, Armin Zaharin bersama empat anak mereka.


Bagaimanapun, kata Ziana pada SS, masih ada lagi impian hidupnya yang belum tercapai. Ziana impikan buat konsert secara besar-besaran dan membeli rumah banglo untuknya sekeluarga hidup dengan lebih selesa pada masa depan.


Hotmail: Trusted email with Microsoft's powerful SPAM protection. Sign up now.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Click the Titles below for more details.