Adik Maut Terbakar

Adik maut terbakar
 

Rintihan 3 adik sebelum rentung

Oleh Fuad Hadinata Yaacob
hadinata@hmetro.com.my
2010/03/10
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
BUKIT MERTAJAM: "Saya hanya mampu melihat adik minta tolong sambil mereka menjerit 'takut, takut' berulang kali.
SELAMAT...Encin menceritakan kejadian kebakaran yang meranapkan lima rumah.
SELAMAT...Encin menceritakan kejadian kebakaran yang meranapkan lima rumah.
CARI...anggota bomba mengeluarkan mayat mangsa yang rentung.
CARI...anggota bomba mengeluarkan mayat mangsa yang rentung.
"Saya sedih dan terkilan kerana tak sempat menyelamatkan mereka berikutan api marak terlalu cepat," kata Koay Chin Chin, 15, yang terselamat dalam kebakaran memusnahkan lima rumah di Kampung Bukit Kecil, Jalan Betek di sini, semalam. Dalam kejadian jam 5.40 pagi itu, tiga adiknya, Koay Yin Ying, 12; Koay Peng Teik, 9; dan Koay Sew Nee, 11, ditemui rentung manakala ibu, bapa serta tiga adiknya cedera dan masih mendapatkan rawatan di Hospital Bukit Mertajam.
Chin Chin yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Mertajam berkata, dia terjaga dari tidur selepas mendengar jeritan ahli keluarganya dan apabila tersedar, api sudah marak.


"Saya tak sempat berbuat apa-apa kerana api marak terlalu cepat. Dalam keadaan kelam-kabut itu, saya berusaha menyelamatkan diri, namun tidak sempat menyelamatkan tiga adik yang meminta tolong," katanya yang masih sedih dan trauma dengan kejadian itu.


Chin Chin cedera di tangan manakala ibunya, Phuah Lay Ling, 37, melecur di badan dan kaki sementara bapa, Koay Seng Cheng, 39, serta adik-adiknya, Koay Peng Hooi, 13; Koy Ean Nee, 5; dan Koay Hui Nee, 2, yang turut cedera mendapatkan rawatan di hospital sama.


Ketika kejadian, Chin Chin tidur bersama tiga adiknya dalam sebuah bilik di tingkat atas. Rumah itu mempunyai tiga bilik di tingkat atas dan sebuah di tingkat bawah.

Sementara itu, seorang lagi mangsa, Encin a/p Pikat, 30, berkata tangisan anaknya yang berusia empat bulan menyelamatkan dia sekeluarga.


"Saya terjaga kira-kira jam 5 pagi apabila anak meminta susu dan apabila bangun, saya ternampak api sebelum menjerit memberitahu jiran.


"Ketika kejadian, bapa mentua, (Lee Bak Weng, 80,) sempat menyelamatkan dua adik Chin Chin melalui pintu belakang rumah mereka," katanya yang tinggal bersebelahan dengan rumah keluarga malang berkenaan.


Encin berkata, dia hanya sempat menyelamatkan sedikit pakaian, susu anak serta dokumen penting termasuk sijil kelahiran anaknya.


Sementara itu, Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Wan Azmi Ahmad, berkata pihaknya menerima panggilan jam 5.40 pagi sebelum tiba lima minit kemudian.


Katanya, ketika tiba, api sudah marak, namun pihaknya berjaya mengawal kebakaran dalam tempoh lima minit.


"Kebakaran membabitkan lima rumah dan dalam sebuah rumah, kami menemui tiga mayat rentung berhampiran antara satu sama lain manakala lima penghuni rumah terbabit cedera.


"Difahamkan, ada 10 orang dalam rumah berkenaan dan kami masih menyiasat punca kejadian serta kerugian dialami," katanya ditemui di tempat kejadian semalam.


Menurutnya, dua jentera dari Balai Bomba Perda dan Bukit Mertajam bersama 17 anggota termasuk pegawai terbabit dalam operasi itu.


Mayat ketiga-tiga mangsa dihantar ke Hospital Bukit Mertajam.


Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang menziarahi mangsa di Hospital Bukit Mertajam berkata, kerajaan negeri akan menghulurkan bantuan perlu kepada keluarga terbabit dalam tempoh terdekat.



Hotmail: Free, trusted and rich email service. Get it now.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Click the Titles below for more details.