perisian cetak rompak ,Premis jual perisian cetak rompak diserbu lagi

 
 
Perisian Cetak Rompak
Premis jual perisian cetak rompak diserbu lagi

 

KUALA LUMPUR 10 Mac - Sebuah premis di Plaza Low Yat yang pernah diserbu dua tahun lalu kerana menjual perisian cetak rompak sekali lagi diserbu pasukan penguatkuasa atas kesalahan yang sama semalam.

Dalam serbuan pukul 4 petang itu, pasukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) merampas dua unit komputer riba yang digunakan untuk menyimpan perisian cetak rompak itu.
Ketua Pengarah Penguatkuasanya, Mohd. Roslan Mahayudin berkata, tujuh perisian ditemui dalam komputer tersebut iaitu Windows XP 2007 dan Microsoft.
"Bagaimanapun, tiada penahanan dibuat terhadap suspek," katanya selepas mengetuai operasi tersebut.
Roslan berkata, premis itu pernah diserbu atas kesalahan yang sama pada tahun 2008.
"Nampaknya premis ini masih tidak sedar terhadap kesalahannya menjual perisian cetak rompak," katanya.
Menurutnya, premis itu melakukan kesalahan di bawah Akta Hak Cipta 1987, dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM20,000 bagi setiap salinan perisian cetak rompak atau penjara sehingga lima tahun.
Katanya, disebabkan premis itu melakukan kesalahan kali kedua, nilai denda yang dikenakan juga meningkat dua kali ganda jika sabit kesalahan.


Hotmail: Powerful Free email with security by Microsoft. Get it now.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Click the Titles below for more details.