Baju Dalam,Pakaian Dalam
|
MEMBICARAKAN tentang teknik solekan, ia umpama kisah 1001 malam kerana tiada kesudahannya.Solekan sentiasa diperbaharui mengikut arus perkembangan semasa termasuk kecanggihan teknologi terkini yang digunakan bagi menghasilkan sesuatu produk kecantikan.
Begitu juga dengan bertambahnya harapan dan perubahan gaya hidup, maka Lancome berusaha menghadirkan satu perjalanan ritual perawatan sempurna untuk memperoleh kecantikan yang dimahukan.Jenama dari kota Paris ini, tidak terkecuali mencari kelainan bagi menghasilkan koleksi terbaru, bersesuaian dengan logo Lancome yang menampilkan gambar bunga mawar dirasakan cukup simbolik. Tekstur baldu pada kelopak bunga mawar dan haruman wangian semula jadinya, seolah-olah menggambarkan produk Lancome dapat mencantikkan kulit wajah wanita sama seperti bunga mawar.Falsafah yang dipegang oleh Lancome itu adalah mudah. Untuk menjadi seorang wanita yang cantik ia perlu bermula dari dalam diri. Begitulah juga rawatan yang diberikan, daripada penghasilan produk yang berkualiti hinggalah ke pusat rawatan yang serba canggih, berteknologi dan amat selesa. Semuanya berkait rapat demi memberikan kecantikan menyeluruh dalam dan luaran bagi seorang wanita.Malah sempena sambutan ke-75 tahun, jenama Lancome bakal memulakan penjelajahan di seluruh negara bagi memberi peluang kepada wanita Malaysia menyertai peraduan Shine with Lancome dengan menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM62,000 .Menurut Pengurus Jenama, Elida Wong peraduan yang diadakan itu adalah bersempena sambutan ke -75 tahun penubuhan Lancome serta sebagai tanda untuk menghargai wanita yang mementingkan gaya dan kecantikan sejati.''Sejak 75 tahun lalu, Lancome membuktikan bahawa kecantikan itu bukan sekadar rupa paras semata-mata tetapi merangkumi emosi sejati .''Kecantikan sebenar datangnya dari dalaman iaitu keyakinan diri, kepuasan, kegembiraan dan keserian dalaman seseorang itu,'' ujarnya.Katanya lagi, peraduan tersebut terbuka kepada kepada wanita Malaysia dari lingkungan umur 20-an hingga 50-an.''Wanita yang kami cari adalah mereka yang memiliki sifat kewanitaan dan penuh ekspresi,''ujarnya lagi.Bagi mereka yang berminat menyertai peraduan itu, caranya mudah saja. Mereka hanya perlu melawat tapak pameran bergerak Lancome dan membeli baucar RM150 untuk layak:lMenyertai peraduan Shine with Lancome. lMenebus produk Lancome bernilai RM130.lDisolek oleh mekap artis Lancome dan pendandan rambut profesional.lMerakam potret bersaiz A4.Kemudian, peserta perlu menghantar gambar sebelum dan selepas sesi solekan yang dirakamkan oleh jurugambar Lancome di lokasi pameran. Hantarkan bersama borang penyertaan dan lengkapkan slogan bagi merebut hadiah bernilai sehingga RM62,000.Kata Elida lagi, seramai empat finalis dari setiap kategori umur 20-an, 30-an, 40-an dan 50-an akan dipilih untuk mengambil bahagian dalam peringkat akhir yang diadakan pada bulan Ogos 2010. ''Pemenang hadiah utama setiap kategori bakal membawa pulang hadiah bernilai RM15,500, yang terdiri daripada produk dan perkhidmatan Lancome yang bernilai RM5,000, baju gaun Carven Ong Couture bernilai RM4,500,''Selain itu, mereka turut berpeluang untuk mendapat pakaian dalam mewah Perancis Valisere bernilai RM2,000, jam tangan mewah TW Steel bernilai RM2,000 serta wang tunai RM2,000 sumbangan majalah Sisters dan Next Trend Publications Sdn. Bhd.,'' terangnya lagi
Hotmail: Trusted email with Microsoft's powerful SPAM protection. Sign up now.
No comments:
Post a Comment