berpakaian nipis ,Suami Curang,Cinta Gadis Filipina,Gadis Filipina,Suami Berkhalwat

berpakaian nipis ,Suami Curang,Cinta Gadis Filipina,Gadis Filipina,Suami Berkhalwat
 
 
 
 

Kemaruk cinta gadis Filipina

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Amirul Haswendy Ashari
am@hmetro.com.my
2010/03/25
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: Akibat kemaruk panahan cinta gadis Filipina, seorang suami sanggup meninggalkan isteri dan enam anaknya lebih empat bulan lalu untuk menetap sebumbung bersama gadis berkenaan secara tidak sah.
Bagaimanapun, lelaki dan gadis Filipina berusia awal 20-an terbabit dicekup ahli jawatankuasa surau dan sepasukan polis yang menyerbu sebuah rumah selepas melakukan intipan lebih sebulan lalu. Difahamkan, lelaki tempatan terbabit berusia 40-an ditangkap kerana bersekedudukan dengan gadis warga asing terbabit di sebuah unit pangsapuri disewa di Damansara di sini, kira-kira jam 1 pagi, Sabtu lalu. Isteri lelaki terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Nur, 40-an, berkata operasi membanteras maksiat itu dilakukan ahli jawatankuasa surau dibantu polis selepas menerima aduan penduduk.
"Suami saya sanggup berhabis ribuan ringgit di samping mengirim wang kepada gadis terbabit di negara asalnya supaya dapat datang ke Malaysia untuk hidup bersama. Perkara ini membuat hati saya dan anak-anak terluka.


"Malah, sejak mengenali gadis Filipina itu, suami saya langsung tidak pulang ke rumah, jauh sekali untuk menjenguk keadaan kesihatan atau makan minum dan anak-anaknya," katanya.


Menurutnya, dalam serbuan terbabit, pihak berkuasa mengambil masa hampir 10 minit untuk mengetuk rumah pintu rumah didiami suami dan kekasihnya itu.


"Selepas menunggu, suami saya yang hanya berseluar panjang dan tidak berbaju muncul di depan pintu rumah sebelum ahli surau menyatakan tujuan serbuan itu. "Selepas lampu dipasang, didapati wanita terbabit berada dalam sebuah bilik yang agak berselerak dan hanya berpakaian nipis hingga menampakkan susuk tubuhnya," katanya.
 
Katanya, hasil soal siasat, suaminya itu mendakwa berehat sambil 'mengajar' serba sedikit soal agama berikutan gadis itu dipercayai baru memeluk Islam sebulan lalu.


Berikutan itu, pasport gadis terbabit dirampas dan laporan dibuat di Balai Polis Mutiara Damansara. Bagaimanapun, kedua-dua pasangan terbabit dibebaskan selepas diikat jamin.
 
 
Komen penulis - Mereka yang ada duit di lepaskan selepas membuat maksiat sepatutnya di tahan dan dibicarakan dalam kes Khalwat tetapi di sebabkan berduit dan dibayar ikat jamin mereka di lepaskan. Bagi yang tiada duit akan di tahan dalam lokap.



Hotmail: Powerful Free email with security by Microsoft. Get it now.

1 comment:

tango said...

salam...
suami saya pun tinggal kan saya kerana perempuan filpina...
saya pernah beritahu kakak wanita tersebut...tapi tak ada satu ahli keluarga mereka pun kisah...dan akhirnya saya membuat kesimpulan...oarang filipina nampak baik dan sanagt manis...tapi mereka sebenarnya sangat mementingkan diri sendiri....dan mereka sangat suka berkahwin lelaki warga asing....wanita filipina ini bukan tak kenal saya...kami macam kawan lah jugak....tapi akhirnya.....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Click the Titles below for more details.