bengkel cantik,cantik wajah,cara jaga muka,kecantikkan muka,kecantikkan wajah,mencantikkan muka,muka cantik,wajah cantik

bengkel cantik,cantik wajah,cara jaga muka,kecantikkan muka,kecantikkan wajah,mencantikkan muka,muka cantik,wajah cantik

 

Bengkel Cantik Sihat di JB


Panduan tentang teknik solekan antara yang diajar pada Bengkel Cantik Sihat Pancaindera 2010.



SETELAH menerima sambutan yang cukup menggalakkan daripada warga Port Dickson, Negeri Sembilan pada hujung minggu lalu, Bengkel Cantik Sihat Pancaindera 2010 yang dianjurkan akhbar Mingguan Malaysia bakal singgah di Johor Bharu, Johor, Ahad ini.
Bertempat di Hotel The Zone Regency, Johor Bharu, bengkel yang akan bermula pukul 9 pagi hingga 4.30 petang itu menyajikan pelbagai tip kecantikan dan kesihatan untuk membantu golongan wanita hidup secara lebih baik.
Dianjurkan secara bersama oleh akhbar Mingguan Malaysia dan Hotel The Zone Regency, bengkel ini menyediakan fasilitator yang cukup dikenali dalam bidang masing-masing.
Antara fasilitator yang akan berkongsi pelbagai tips kecantikan di acara ini ialah pengasas produk Zamri Beauty Inspiration, Zambri Sulaiman.
Jurusolek artis popular ini pernah dipilih oleh pihak Astro selaku jurusolek tetap rancangan Akademi Fantasia musim ke-dua hingga ke-enam yang lalu.
"Apa yang akan saya tekankan melalui bengkel ini ialah dengan pengunaan barangan kosmetik berharga mampu, peserta berpeluang untuk mendapatkan raut wajah yang hebat meskipun tidak mengeluarkan belanja lebih.
"Peserta juga akan diberi pendedahan kepada teknik solekan ke pejabat, ke majlis makan malam yang eksklusif dan juga solekan bergaya 'bintang' seperti yang selalu dikenakan oleh artis-artis popular," kata Zambri.
Selain itu, Pengasas Jamu Mak Dara, ibu Halimah Shuib pula akan berkongsi petua-petua lama orang Melayu dalam menjaga kecantikan dan kesihatan diri.
Turut mengajar peserta bagaimana cara bersenam yang betul demi pembentukan payu dara indah dan punggung yang mantap, ibu Halimah akan memberi lebih penekanan kepada soal kesihatan dalam hubungan kelamin.
"Peserta digalakkan membawa pakaian senaman sendiri kerana ibu akan bersenam bersama-sama dengan mereka diawal pembukaan acara bengkel ini.
"Ibu juga akan menjawab segala kemusykilan dan pertanyaan peserta sekalipun dalam soal yang sensitif yang mungkin sebelum ini malu ditanya kepada pihak lain," kata Halimah yang mesra membahasakan dirinya sebagai 'ibu' kepada peserta.
Selain itu, artis popular Ifa Raziah juga bakal muncul bagi menyerikan acara.
Duta produk Coway ini bakal tampil dengan penekanan terhadap kecantikan luaran yang perlu ada dalam diri setiap wanita, tidak kira sama ada yang berkerjaya mahu pun suri rumah tangga.
"Terimakasih kepada Pancaindera, Mingguan Malaysia kerana memberikan peluang kepada Ifa untuk sama-sama terlibat dalam bengkel Cantik Sihat ini.
"Sebagai artis, Ifa akui kami juga mempunyai peranan ke arah memberi kesedaran kepada masyarakat berkaitan soal kehidupan yang lebih sihat," katanya.
Untuk bengkel di Johor Bharu ini, pihak hotel The Zone Regency juga membuat jemputan eksklusif kepada ahli kad The ZON Community.
Ahli kelab tersebut berpeluang menyertai bengkel secara percuma manakala kepada yang bukan ahli, bayaran serendah RM25 akan dikenakan.


Hotmail: Trusted email with powerful SPAM protection. Sign up now.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Click the Titles below for more details.