Sudin Ajaib, Nur Hadhirah, Nikah Dalam Kereta

Sudin Ajaib, Nur Hadhirah, Nikah dalam kereta
 
 
 

Menantu 'Sudin Ajaib' dicekup




KERATAN Kosmo! 15 Mac 2010.


 
KOTA BHARU - Setelah hampir sebulan diburu, lelaki yang dilaporkan dinikahkan dengan anak perempuan Shamsuddin Che Deraman, 41, atau dikenali sebagai "Sudin Ajaib", yang berumur 11 tahun akhirnya ditahan polis kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Mazlan Lazim berkata, lelaki yang dikenali sebagai Azhar, 34, (gambar) itu yang berkahwin dengan anak Sudin Ajaib, Nur Hadhirah, ditahan di stesen kereta api dekat Pasir Mas pukul 6.50 petang.
Katanya, lelaki itu kini ditahan reman selama tiga hari bermula semalam bagi membantu siasatan berhubung perkahwinannya itu.
"Polis masih lagi menjalankan siasatan terhadapnya mengikut Seksyen 31(1)(b) Akta Kanak-Kanak 2001 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM20,000 atau sepuluh tahun penjara atau kedua-duanya sekali," katanya di sini semalam.
Baru-baru ini, Shamsuddin dipercayai menikahkan anak perempuannya itu dengan Azhar di dalam sebuah kereta.


Hotmail: Free, trusted and rich email service. Get it now.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Click the Titles below for more details.