Panggilan bom palsu,bom palsu

 
 
 
Bom Palsu
Panggilan Bom Palsu

 

KUALA LUMPUR 10 Mac - Seorang setiausaha sebuah syarikat swasta bakal berdepan tindakan ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) jika didapati bersalah membuat panggilan bom palsu terhadap ibu pejabat Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) di Taman Tun Dr. Ismail di sini pada Khamis lalu.
Sama ada perbuatan lelaki berusia 41 tahun itu bermotifkan dendam atau sekadar bergurau, tindakannya itu ternyata keterlaluan dan melampaui batasan undang-undang.
Suspek yang bekerja di Puchong ditahan di Kelana Jaya, Selangor kelmarin empat hari selepas kejadian itu.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, suspek ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 28 ISA kerana cubaannya mengganggu ketenteraman awam menerusi tindakannya itu.
"Tangkapan lelaki itu hasil tindakan siasatan polis berhubung kes panggilan bom palsu yang berlaku di pejabat SC tempoh hari.
"Siasatan kami ke atas suspek sudah hampir selesai dan kertas siasatan akan kami lengkapkan sebelum diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk pendakwaan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Tempoh tahanan reman terhadap suspek akan berakhir esok.
Sehubungan itu, beliau memberi amaran kepada sesiapa yang gemar membuat panggilan palsu kepada pihak berkuasa supaya menghentikan perbuatan itu atau polis mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka.
Dalam kejadian kira-kira 3.15 petang Khamis lalu, SC digemparkan dengan satu panggilan bom palsu, pertama kali sejak ia mula beroperasi pada tahun 1993.
Berikutan panggilan itu, skuad Unit Pemusnah Bom dan Unit Anjing Pengesan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan pasukan Bomba dan Penyelamat Sri Damansara, mengambil masa kira-kira dua jam membuat pemeriksaan menyeluruh sebelum mengesahkan bangunan itu selamat.


Hotmail: Trusted email with powerful SPAM protection. Sign up now.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Click the Titles below for more details.