Marcell cium Dayang,Marcell perjelas cium Dayang ,Aksi mesra Dayang

 
Marcell Cium Dayang
Aksi Mesra Dayang
 

Marcell perjelas cium Dayang

Oleh Norhayati Nordin
yati@hmetro.com.my
2010/03/10
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
CIUMAN spontan yang dilontarkan Marcell ke pipi penyanyi Sarawak, Dayang Nurfaizah di Hard Rock Cafe (HRC), Kuala Lumpur, Ahad lalu bukan untuk mencetuskan kontroversi.
Marcell menjelaskan, ciuman itu hanyalah satu reaksi mesranya dalam menghayati lagu dendangan bersama Dayang ketika mereka beraksi di kelab hiburan terkenal itu.
"Ciuman saya sekadar menuntut luahan perasaan dalam lagu saja. Saya sudah lama kenal Dayang dan keluarganya. Saya harap perkara ini tak perlu dijadikan kontroversi," pinta Marcell apabila bertemu wartawan selepas persembahan mereka itu selesai.


Marcell berkunjung ke Kuala Lumpur dengan ditemani isterinya, pelakon Singapura, Rima Melati Adam. Kata Marcell, isterinya sangat memahami kerjayanya sebagai penyanyi malah turut meminati Dayang.


"Tak disangka sambutan sangat hebat diberikan kepada kami malam ini, lebih-lagi, ketika lagu popular saya Semusim didendangkan," kata Marcell. Apa yang nyata, kedua-dua penyanyi itu berjaya menghiburkan pengunjung HRC dengan lagu popular mereka.


Tepat jam 11 malam, Dayang dan Marcell memulakan persembahan secara berduet menerusi lagu Hanya Memuji dan Inikah Namanya Cinta. Sebaik muzik bergema dan vokal mereka dilontarkan, peminat mula bersorak.

Nyata, kombinasi Dayang dan Marcell atau Marcellius Kirana Hamonangan Siahaan, 31, cukup serasi. Aura mereka memang hebat dan membuatkan penonton terpukau.


Marcell berkata lagi, sekalipun ruang di HRC itu terhad, tetapi dia berpuas hati dengan persembahan bersama Dayang. Katanya, pemilihan lagu dan susunan muzik sudah dipantau sebaik mungkin.


"Jumlah penonton ramai menyebabkan saya tidak mampu bergerak untuk beramah mesra dengan peminat di belakang. Apapun, saya harap mereka terhibur dengan persembahan kami kerana saya dan Dayang sudah melakukan yang termampu.


Pada acara itu keinginan peminat mereka tetap tidak dihampakan. Sebaik persembahan selesai jam 12.30 tengah malam, Dayang dan Marcell terus melayan peminat dengan sesi autograf.


Di situ juga, single Sayang nyanyian duet Dayang dan Marcell turut dijual. Diedarkan Alibi Music, peminat berpeluang mendapatkannya pada harga berpatutan. Menurut Dayang, dia salah seorang daripada jutaan peminat Marcell. Malah, memang menjadi impiannya untuk bersatu dengan Marcell menghiburkan peminat dalam satu persembahan pentas. "Saya memang tertunggu-tunggu untuk menyanyi dan berkongsi pentas dengan Marcell. Bagi saya, vokalnya hebat dan aura juga menyerlah.


"Justeru, saya gembira apabila Marcell sudi merakamkan lagu Sayang bersama saya. Ia lagu istimewa sempena meraikan 10 tahun saya bergelar anak seni," kata Dayang. Pada persembahan mantap itu, antara lagu didendangkan Marcell ialah Jangan Pernah Berubah, Ketika Kau Menyapa, Candu Asmara, Takkan Terganti, Firasat, Semusim, Mendendam dan Berhenti Berharap. Manakala, Dayang pula menyanyikan lagu Sweet Dreams dan Andai Ku Tahu.


Tidak ketinggalan, Dayang menghiburkan penonton dengan lagu Biar Akhirnya Di Sini, Hilang, Tiba, Tiba, Life With You dan Seandainya Masih Ada Cinta. Bahkan, beberapa lagu duet juga dinyanyikan bagi melengkapkan persembahan.


Antara lagunya ialah Spend My Life, Temani Diriku, Aku Rindu Aku Jemu, Denganmu dan penutup tirai semestinya, Sayang. Sementara itu, peminat Marcell dan Dayang yang berada dihadapan pentas bersorak kuat apabila melihat kemesraan penyanyi itu di sisi Dayang. Itu tindakan biasa yang dilakukan Marcell kerana memang dikenali cukup mesra di pentas dan bersama peminat.


Apapun, aksi mesra Marcell terhadap Dayang berjaya membuatkan penonton yang menyaksikan persembahan mereka terhibur.

 
 
 
 

 


Your E-mail and More On-the-Go. Get Windows Live Hotmail Free. Sign up now.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
There was an error in this gadget

Click the Titles below for more details.