Ethan Ruan ,aktor popular Taiwan,Model popular Taiwan

Ethan Ruan
Aktor popular Taiwan
Model popular Taiwan
 
 

Ethan jelaskan misteri



ETHAN dikesan bermalam dengan seorang wanita yang tidak dikenali di sebuah hotel di Taichung, Taipei baru-baru ini.


 
MODEL dan aktor popular Taiwan, Ethan Ruan menjelaskan bahawa tidak ada apa yang berlaku antara dirinya dengan wanita yang dilihat bersamanya di Hotel Windsor, Taichung, Taipei, baru-baru ini.
Para wartawan sebelum ini ternampak Ethan menempah bilik dan menaiki lif bersama seorang wanita misteri. Pasangan itu tidak meninggalkan hotel sehingga tengah hari keesokannya.
Malah, Ethan telah membayar bil dengan menggunakan kad kreditnya. Aktor berusia 27 tahun itu kemudian memberitahu wartawan bahawa wanita itu merupakan teman wanita kawannya. Dia juga menegaskan mereka tidur berasingan.
"Hari itu, saya bersama dengan sekumpulan kawan. Kami berparti sehingga 5 pagi tetapi saya tidak mabuk. Disebabkan terlalu lewat, kawan saya tidak dapat menghantar teman wanitanya pulang. Saya juga tidak membawa kunci rumah dan tidak mahu mengejutkan ibu saya. Jadi kami semua membuat keputusan untuk tinggal di hotel.
"Kawan saya mahu saya membawa teman wanitanya bersama dan dia menyertai kami kemudian. Saya tidur di ruang tamu dan wanita itu pula tidur di bilik tidur. Kawan saya datang kemudian dan tidur bersama teman wanitanya di dalam bilik," jelas Ethan.
Pekerja di hotel itu tidak dapat memberikan sebarang komen mengenai tetamu mereka itu.
Sementara itu, teman wanita Ethan, Xu Weining dilaporkan berasa sedih apabila mengetahui mengenai insiden tersebut.


Hotmail: Free, trusted and rich email service. Get it now.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Click the Titles below for more details.