Rahmahjan Sulaiman Khan,Gadis Sandakan,jkhan,Gadis Sabah,Awek Sabah,Model Seksi,Skandal Rahmahjan

Rahmahjan Sulaiman Khan,Gadis Sandakan,Gadis Sabah,Awek Sabah,Skandal Rahmahjan,Model Seksi,Jkhan
 
 
 

JKhan ilham terkini Rahmahjan



Antara fesyen yang menarik di bawah jenama Jkhan.



SEJAK belasan tahun lagi, gadis kelahiran Sandakan, Sabah, Rahmahjan Sulaiman Khan, telah diajar oleh ibunya agar berpakaian kemas, cantik dan bergaya. Terkesan dengan nasihat dari ibunya, Rahmahjan bukan saja memastikan dirinya berketerampilan menarik malah menyimpan cita-cita untuk membuka sebuah butik pakaian wanita.
"Impian saya untuk melihat semua wanita berpakaian cantik. Sejak sekolah menengah lagi saya berangan-angan untuk membuka butik saya sendiri yang menjual pakaian wanita yang eksklusif dan elegan," jelasnya ketika ditemui selepas majlis pertunjukkan fesyen JKhan di Hotel Ritz-Carlton, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Justeru sejak lima tahun lalu, Rahmahjan yang kini bergelar Datin, lahir dengan jenamanya sendiri RJ Couture. Butik RJ Couture tersergam indah di dalam pusat membeli-belah terkenal di Kota Kinabalu, Sabah, 1Borneo sejak Ogos 2008. Butik tersebut menjual pakaian eksklusif yang ditempah khas khusus untuk memenuhi permintaan wanita Sabah yang inginkan gaya elegan dan sofistikated.
Di Sabah, jumlah pereka fesyen mahupun mereka yang bergiat aktif dalam bidang seni fesyen memang boleh dibilang dengan jari. Jenama berjaya mendapat tempat di hati peminat fesyen di Sabah juga tidaklah sehebat di Semenanjung. Justeru label RJ Couture memang mendapat tempat di hati penduduk di Sabah kerana memberikan peluang kepada wanita Sabah mendapatkan pilihan fesyen terkini dan eksklusif.
Menurut Rahmahjan, berfesyen bukan sahaja untuk wanita yang bertubuh langsing tetapi untuk semua asalkan tahu memilih fesyen yang sesuai.
Rahmahjan yang juga aktif dalam arena politik ini membuktikan cita-citanya satu masa dulu bukan omong kosong kerana beliau memastikan jenamanya mencapai ke peringkat antarabangsa.
Rahmahjan juga membuktikan walaupun tidak mempunyai pendidikan formal dalam bidang fesyen, dengan minat yang mendalam beliau buktikan yang kejayaan adalah milik orang yang tidak jemu berusaha.
Tidak hanya berfesyen, Rahmahjan juga memiliki kemahiran seni dalam bidang solekan, rekaan beg tangan dan kasut. Ilmu diperoleh secara tidak langsung dari mereka yang arif dalam bidang seni fesyen.
Kini rujukan utama beliau dalam berfesyen ialah seorang sahabat yang berasal dari Paris, Gracia, yang juga seorang pereka fesyen di negara yang dikenali sebagai syurga fesyen dunia itu.
Secara peribadi, Rahmahjan gemar akan fesyen eksklusif, bergaya, elegan, justeru kebanyakan potongan dari label RJ Couture adalah berbentuk gaun petang, baju kurung moden, baju koktel dan kebaya moden.
Membuahkan kejayaan
Benarlah kata orang jika sudah minat pasti setiap usaha membuahkan kejayaan. Rahmahjan kini boleh berbangga dengan pelancaran satu lagi label yang diilhamkannya iaitu JKhan.
Walaupun baru berkecimpung secara serius dalam bidang fesyen sejak lima tahun lalu, Rahmahjan seperti senior yang tahu segala selok belok dunia fesyen. Malah beliau kini juga bakal membuka butik JKhan di pusat membeli-belah terkemuka, Pavilion, Kuala Lumpur, dalam beberapa bulan lagi.
Perasmian label baru tersebut telah diadakan dalam majlis eksklusif bertempat di Hotel Ritz-Carlton, baru-baru ini.
Majlis pelancaran tersebut juga diserikan dengan kehadiran beberapa tetamu VIP termasuk, Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah dan beberapa artis serta selebriti tempatan seperti Sofia Jane, Ning Baizura, Sasha Bashir, Samantha Schubert dan lain-lain lagi.
Bukan itu sahaja, Rahmahjan juga bakal menyinari pentas peragaan di Milan apabila terlibat dalam minggu fesyen di ibu kota tersebut pada 20 Jun ini.
"Penglibatan saya dalam minggu fesyen tersebut lebih menumpukan kepada jenama JKhan, saya mendapat inspirasi untuk menghasilkan rekaan apabila menonton pelbagai pertunjukkan fesyen di dalam dan luar negara," kata peminat jenama Roberto Cavalli ini lagi.
Bukan sekadar pakaian, JKhan juga menghasilkan beg tangan dan kasut dari jenamanya sendiri
Pakaian di butik JKhan bermula dari harga RM300 hingga RM1,200, malah saiznya juga boleh didapati dari angka 10 hingga 22. Bermakna ia bukan sahaja untuk mereka yang bertubuh langsing, mereka yang berbadan besar juga mempunyai peluang bergaya sama.
Kebanyakan pakaian diperbuat daripada fabrik jenis jersee, crepe, polyester dan campuran pelbagai jenis fabrik lagi.
 


Hotmail: Trusted email with powerful SPAM protection. Sign up now.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Click the Titles below for more details.