Terjahan keras,TERJAH

 
TERJAH

Terjahan keras


Malang... Ramsey mengalami patah kaki selepas diterjah keras oleh Shawcross pada perlawanan Stoke dan Arsenal di Stadium Britannia, baru-baru ini.



SUKAN dan kecederaan memang tidak dapat dielakkan. Apatah lagi jika ia melibatkan sukar lasak seperti bolasepak.
Bagi pemain bolasepak terutama yang bertaraf bintang, kecederaan boleh dianggap lumrah.
Malah kadang-kadang ia cukup parah seperti patah, tercabut sendi dan sebagai hingga memaksa pemain berehat panjang.
Sebab itu, kecederaan juga merupakan antara musuh utama bagi pemain bolasepak.
Sejarah bolasepak telah mencatatkan banyak pemain yang terpaksa menamatkan karier lebih awal, walaupun ketika itu berada di puncak, kerana kecederaan.
Liga bola sepak paling popular di dunia turut mencatat pelbagai insiden kecederaan teruk yang dialami oleh pemain.
Terbaru, pemain Arsenal, Aaron Ramsey patah kaki kanan akibat diterjah oleh pemain Stoke City, Ryan Shawcross minggu lalu.
Akibatnya, karier Ramsey kini mungkin berakhir walaupun usianya baru 19 tahun dan antara pemain yang bakal menjadi bintang dalam skuad Wales.
Ramsey terbaring menahan kesakitan di padang kerana terjahan keras tersebut dan insiden itu mengimbas kembali kecederaan yang hampir serupa yang dialami oleh rakan sepasukannya, Eduardo yang patah pergelangan kaki hampir dua tahun lalu.
Akibat kecederaan tersebut, Ramsey terpaksa diberikan oksigen, sebelum dikejarkan ke hospital menggunakan ambulans.
Pemain yang menerjah Ramsey, Shawcross menangis ketika keluar padang kerana menerima kad merah akibat melakukan terjahan tersebut.
Ramsey merupakan pemain ketiga Arsenal dalam tempoh empat tahun mengalami kecederaan patah kaki ketika beraksi.
Abou Diaby patah pergelangan kaki pada 2006 akibat diterjah oleh pemain Sunderland, Dan Smith.
Eduardo juga mengalami kecederaan yang sama akibat diterjah oleh pemain Birmingham, Martin Taylor.
Dalam hal ini, pengurus Arsenal, Arsene Wenger berkata, pasukannya kehilangan tiga pemain Diaby, Eduardo dan Ramsey, kerana terjahan keras.
"Saya tidak percaya insiden seperti ini berlaku secara kebetulan. Saya tidak percaya pada kebetulan apabila kami menerima malang yang serupa beberapa kali.
Keterlaluan
Pemain Arsenal, Cesc Fabregas pula berkata, Arsenal tidak dilindungi sepenuhnya oleh pengadil menyebabkan malang yang dialami oleh Ramsey.
Katanya, Arsenal adalah mangsa permainan keras.
"Sejak empat tahun lalu, saya menyaksikan tiga pemain patah kaki, Abou Diaby, Eduardo dan sekarang Aaron.
"Apa yang dapat saya katakan? Anda boleh tanya diri sendiri adakah kami dilindungi secukupnya. Saya tak fikir begitu.
"Saya sedar di England kami suka beraksi dan mahu terus beraksi. Saya tahu ia perlawanan yang menarik, dan kami memang sukakan perlawanan seperti ini.
"Tetapi ada ketikanya kami langsung tidak boleh melakukan hantaran dan kadang kala kami menjadi mangsa.
"Bola sepak memang begitu. Setiap kali kami kalah dan dikasari, kami tidak merungut.
"Namun, ada perkara dalam bola sepak sekarang yang agak keterlaluan, melihat tiga pemain patah kaki dalam tempoh empat tahun, ia agak keterlaluan,'' katanya.
Berikut adalah antara insiden pemain yang mengalami kecederaan serius

l Kieron Dyer patah kaki pada perlawanan kedua bersama West Ham.
l Pemain Manchester United, Alan Smith patah kaki dan terkehel pergelangan tangan ketika menahan sepakan bebas.

l Legenda Celtic, Henrik Larsson tidak beraksi selama lapan bulan selepas patah pada dua bahagian kaki.
l Djibril Cisse baru tiga bulan menyertai Liverpool apabila patah kaki ketika menentang Blackburn Rovers pada 2004.
l Pemain tengah Jerman, Ewald Lienen mengalami kecederaan pada 1981 yang bukan sahaja menyebabkan patah tulang. Terjahan keras oleh pemain pertahanan Werder Bremen mengoyakkan paha Lienen.
l Pemain Arsenal, Eduardo da Silva mengalami patah pergelangan kaki akibat diterjah oleh pemain Birmingham City, Martin Taylor. Eduardo dirawat selama lapan minit di padang.
l Cisse patah kaki buat kali kedua pada 2006 ketika perlawanan antarabangsa untuk negaranya, Perancis.

l Pemain Aston Villa dari Belgium, Luc Nilis mengalami keretakan tulang kaki kanan kerana berlaga dengan penjaga gol Ipswich, Richard Wright.


Hotmail: Trusted email with Microsoft's powerful SPAM protection. Sign up now.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
There was an error in this gadget

Click the Titles below for more details.