Umie Aida,Umie Aida Seksi,Umie Aida Kahwin,Umie Aida Kawin, Umie Aida Nikah, Skandal Umie Aida,Umie bukan cipta sejarah

Umie Aida
Umie Aida Seksi
Umie Aida Kahwin
Umie Aida Kawin
Umie Aida Nikah
Skandal Umie Aida
Umie bukan cipta sejarah



Umie bukan cipta sejarah








PEMILIHAN kota Mekah sebagai lokasi pernikahan aktres Umie Aida, 37, dengan tunangannya, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan, 47, yang direncana berlangsung pada 14 Mac 2010 ini akan menjadi satu sejarah tersendiri buat aktres terkenal negara ini.
Bukan sekadar mencatat kemanisan peribadi, sebaliknya pemilihan Mekah sebagai lokasi ijab kabul mereka menjadikan Umie artis Malaysia pertama berbuat demikian.
Namun memilih Mekah khususnya di Masjidil Haram bukan dibuat Umie untuk mencatat sebarang sejarah. Jauh sekali untuk membangga diri atau menunjukkan kemampuannya bernikah di tanah suci itu. Sebaliknya ia dilunaskan Umie kerana itulah impiannya sejak sekian lama - bernikah di Masjidil Haram.
Selepas beberapa tahun menanam impian, yang ironi tidak diketahui pun impiannya itu bakal termakbul, wanita ini akan selamat dinikahkan bersama lelaki yang berjaya merobohkan tembok hatinya untuk menjadi isteri orang di tempat idamannya itu.



SERI pengantin jelas terpancar pada wajah Umie yang akan bergelar isteri orang dalam tempoh empat hari lagi.



Umie yang ditemui sebelum majlis berinai kecil yang diadakan di kediaman mewahnya di pinggir ibu kota berkongsi rasa terhadap majlis pernikahannya pada Ahad ini. Manis dalam persalinan hitam berperincian mewah ilham pereka busana Man Kajang, dengan solekan dan sanggul rapi, Umie menghuraikan mengapa lokasi impian perkahwinannya jauh sehingga ke kota Mekah.
Beritahu Umie: "Setiap wanita mempunyai impian perkahwinan sendiri. Begitu juga saya. Sewaktu saya menunaikan umrah beberapa tahun lalu, saya memasang impian bahawa Mekah adalah kota jodoh dan ajal saya. Kerana itu akhirnya, apabila saya ingin bernikah, saya memilih Mekah sebagai lokasi pernikahan. Tidak ada sebab lain seperti mencipta sejarah atau sebagainya."
Berkongsi rasa, kakak Umie, pengarah Erma Fatima menjelaskan, usah lokasi pernikahan dipersoalkan. Bernikah di mana-mana saja, bukan di Mekah sekali pun atau hanya di Malaysia, ia seharusnya sama sahaja. Harus mendapat berkat dan keredaan Tuhan kata Erma.


UMIE duduk di pelamin indah sewaktu majlis berinai kecil di kediaman mewahnya.




"Jika saya punya pilihan, dulu pun saya mahu bernikah di Mekah. Siapa yang tidak mahu bernikah di kota suci tersebut? Tapi usah lokasinya dipersoalkan kerana di mana pun kita bernikah, jika niat suci, pasti ia berjalan lancar. Yang penting kita sama-sama mendoakan yang terbaik untuk rumah tangga yang dibina," katanya.
Sementara pada pemilihan tarikh 14 Mac, aktres yang kali terakhir dilihat memberi persembahan berkesannya dalam teater Natrah beberapa bulan lalu ini memberitahu bahawa ia sebagai lambang dedikasi buat kakak kesayangannya, Erma. 14 Mac juga adalah tarikh ulang tahun Erma.
"Tarikh 14 Mac sengaja saya pilih sebagai tarikh pernikahan kami kerana ia juga adalah tarikh ulang tahun Erma. Saya mahu memberi hadiah paling berharga buat Erma iaitu adik ipar," katanya sambil ketawa.
Memberi respons terhadap 'penghormatan' tersebut, Erma memberitahu secara tidak langsung tarikh tersebut dapat merapatkan hubungan antara mereka. Kata Erma separuh berseloroh: "Setiap tahun boleh sambut majlis bersama-sama."
Mas kahwin dalam dirham
Sebaik menjejakkan kaki ke Mekah esok, Umie bersama 20 ahli rombongannya akan mengerjakan umrah. Kata Umie, dia mahu memohon keberkatan serta restu terlebih dahulu sebelum melunaskan hajatnya untuk bernikah.
Akan berada di Mekah bermula 11 hingga 15 Mac sebelum ke Madinah selama dua hari iaitu pada 16 hingga 17 Mac dan 18 Mac pulang ke tanah air, pernikahan Umie tidak dimewahkan seperti majlis pertunangannya pada September tahun lalu.



TUMPANG gembira. Umie bersama teman-teman artis yang hadir meraikan majlis berinai kecilnya malam 8 Mac lalu.



Kali ini, pada majlis pernikahan, tiada sebarang hantaran diberikan Khairuddin seperti yang dilakukan pada majlis pertunangan mereka tempoh hari apabila usahawan tersebut menghadiahkan Umie dengan kondominium mewah sebagai tanda kasih mereka.
Sebaliknya Umie yang merahsiakan jumlah wang hantarannya walau digosipkan bakal menerima hantaran sebanyak RM181, 818. 18, hanya akan menerima sebentuk cincin dan mas kahwin dalam bentuk dirham sebaik sahaja selamat diijabkabulkan oleh jurunikah Malaysia dengan berwalikan abangnya, Ahmad Ridzuan pada sekitar pukul 8 pagi waktu Mekah di Masjidil Haram.
Usai bernikah, mereka akan meraikan majlis tersebut dengan sebuah resepsi sederhana untuk ahli rombongan yang mengikuti perjalanan mereka di Hotel Zam Zam Tower pada sebelah malamnya.
"Semuanya dilakukan secara sederhana. Tiada pertukaran hantaran. Sebaliknya hanya bertukar cincin dan kami membuat majlis makan malam kecil untuk semua rombongan yang terlibat," kata Umie yang bakal menyarung telekung rekaan Jovian Mandagie pada majlis pernikahan tersebut.
Saat ditanya perasaannya menjelang menjadi isteri orang, Umie pantas memberitahu: "Setakat ini memang tidak berdebar. Tapi agaknya pada 13 Mac nanti baru saya akan berdebar."



UMIE (tengah) bersama kakaknya, Erma Fatima, ibunya, Asmah Ali dan bakal ibu mertuanya, Balkish Ahmad (duduk).



Biar mengadakan majlis pernikahan secara tertutup dan sederhana di Mekah, Umie masih tidak menghampakan sanak saudara dan taulan di Malaysia kerana telah merencana sebuah resepsi yang dijadual berlangsung pada 28 Mac depan di Hotel One World bermula pukul 8 malam.
Selesai semua agenda khusus, Umie dan suami bakal meraikan cinta mereka berdua dengan berbulan madu di Eropah. Belum memutuskan tarikh pemergian ke negara penuh rasa cinta itu, Umie sewaktu ditanya tentang perancangan mempunyai cahaya mata memberitahu dia ingin segera menjadi ibu.
Sudah mempunyai dua orang anak angkat iaitu Mohd Daniel Firdaus, 17 dan Mohd Dzulhilmy, 16, kata Umie: "Kalau boleh, dapat seorang cahaya mata dulu pun okay."

Panas Cari Kisah Seks Artis Melayu Terlampau di bawah taip nama artis yang terlampau di bawah.



No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Click the Titles below for more details.