Gambar seksi Artis Hollywood,Artis Hollywood seksi,Artis Hollywood Paling Seksi,Artis Nak Berehat,

 
Artis Hollywood Paling Seksi
Artis Nak Berehat
Artis Hollywood seksi
Gambar seksi Artis Hollywood
 
 
 

Meryl mahu berehat



BUKAN kecewa atau merajuk, tetapi sudah tiba masanya untuk Meryl Streep berehat seketika dari dunia lakonan.



ANUGERAH Academy Ke-82 atau nama popularnya, Oscar yang berlangsung pada malam Ahad lalu telah mencipta pelbagai rekod baik dari segi peribadi mahupun penganjuran anugerah itu sendiri.
Bukan itu sahaja, ia turut menyaksikan filem terlaris abad ini, Avatar tewas di tangan filem berbajet rendah, The Hurt Locker yang menggondol enam anugerah termasuk Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik untuk Kathryn Bigelow.
Lebih manis apabila Bigelow menjadi pengarah wanita pertama yang memenangi pengiktirafan tertinggi itu sepanjang 82 tahun Oscar berlangsung.
Avatar hanya mampu berpuas hati dengan tiga anugerah yang diterima khususnya dari sudut teknikal.
Selain itu, kejutan juga tercipta menerusi kategori Lakon Layar Adaptasi Terbaik yang dimenangi oleh filem Precious: Based on the Novel Push by Sapphire (Precious).
Masakan tidak, sebelum ini ramai meramalkan filem Up In The Air akan membawa pulang anugerah itu.
Tetapi, benarlah kata orang Oscar juga gemar menobatkan calon bukan pilihan (underdog) dan kemenangan Precious membuktikan segala-galanya.
Namun begitu, antara yang menarik perhatian ramai malam itu ialah kegagalan seniwati tersohor Hollywood, Meryl Streep yang tewas sekali lagi untuk membawa pulang anugerah Pelakon Wanita Terbaik.
Dia yang dicalonkan menerusi filem Julie & Julia itu tewas di tangan Sandra Bullock biarpun Streep merupakan salah seorang aktres yang menjadi pilihan dalam Oscar kali ini.
Kali terakhir Streep memenangi Oscar untuk Pelakon Wanita Terbaik adalah pada tahun 1983 untuk filem Sophie's Choice.
Sebelum itu, dia memenangi Oscar pertamanya pada tahun 1980 menerusi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik bagi filem Kramer vs. Kramer.
Sesudah 16 kali dicalonkan (13 kali untuk Pelakon Wanita dan tiga kali untuk Pelakon Pembantu Wanita), Streep dengan ini mengumumkan bahawa dia ingin berehat seketika dari dunia lakonan.
Bukan merajuk ataupun kecewa tetapi kata primadona berusia 60 tahun itu, dia sudah penat dan memerlukan masa untuk mengecas tenaganya semula sebelum kembali ke lokasi penggambaran.
Filem komedi romantik, It's Complicated yang dilakonkannya bersama Alec Baldwin sebetulnya merupakan filem terakhirnya.
"Untuk tempoh dua tahun setengah ini, saya telah bekerja terlalu kuat sehinggakan saya tiada masa untuk berehat dan tidak sempat untuk menarik nafas.
"Selalunya, saya hanya akan berlakon sebuah filem setahun atau paling banyak pun, dua buah setahun. Kemudian, saya akan berehat untuk dua tahun sebelum menerima tawaran baru.
"Sebagai anak seni, kalau kita selalu memberi, kita juga perlu berehat dan biarkan tubuh serta minda kita tenang.
"Ia umpama seorang petani yang menuai hasilnya dengan lumayan sebelum dia berehat dan kembali semula memulakan tanaman yang baru," katanya yang telah membintangi tujuh buah filem dalam tempoh dua tahun setengah ini.
Pada masa yang sama juga, seniwati unggul ini gembira dengan pencapaian lakonannya setakat ini biarpun ada sesetengahnya kurang memuaskan dirinya.
Menyifatkan dirinya sebagai seorang yang bertuah, Streep bagaimanapun berpendapat, bukan semua filem lakonannya adalah terbaik.
"Saya bukan seorang penerbit tetapi saya seorang yang akan mengambil peluang yang menarik jika saya merasakan ia mampu memberikan kepuasan kepada saya," ujarnya penuh merendah diri.


Hotmail: Free, trusted and rich email service. Get it now.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Click the Titles below for more details.