bertudung,manis bertudung,tudung pink, gadis melayu bertudung, awek tudung,Intan Hyriatee,penjagaan badan ,

 
bertudung
manis bertudung
gadis melayu bertudung
awek tudung
penjagaan badan
tudung pink
 

Intan Hyriatee serasi dengan Forest'secret



Bahan-bahan semula jadi kandungan utama produk Forest'Secret.



MENJAWAT jawatan sebagai pengurus besar di sebuah syarikat bumiputera yang melangkah ke peringkat global adalah satu cabaran besar bagi sesetengah wanita. Tetapi tidak bagi Intan Hyriatee Mohd. Zawai, 33, tanggungjawab yang diberi oleh Ketua Pegawai Eksekutif Forest'Secret itu dipikul sebaik mungkin. Apatah lagi untuk memasarkan produk berasaskan jenama Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi.
"Forest'Secret mula diperkenalkan pada tahun 2007 di bawah program usahawan glokal yang membawakan produk herba ke luar negara.
"Dalam masa tiga tahun beroperasi, kami kini mempunyai 10 buah kilang, lima di Lembah Klang dan masing-masing satu di Johor, Melaka, Sabah serta Kuala Terengganu," ujarnya dalam satu temu bual yang dijalankan di premis Forest'Secret di The Curve, Mutiara Damansara, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Ketika ditanya mengapa beliau memilih untuk melibatkan diri dalam perniagaan yang berasaskan herba, Intan Hyriatee menjawab dirinya memang suka kepada alam semula jadi dan produk berasaskan herba.
"Di Forest'Secret, semua produk sama ada berasaskan makanan, penjagaan diri dan wajah mahupun kosmetik semuanya melalui proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) secara khusus sebelum sesuatu produk dibangunkan.
"Kami mempunyai kerja sama R&D dengan usahawan bumiputera dan universiti tempatan di samping itu, proses penghasilan produk pula dilakukan dalam dua peringkat," ujar wanita berkulit kuning langsat ini.
Wanita kelahiran negeri Kelantan ini memang mempunyai latar belakang dalam bidang penjenamaan di beberapa buah syarikat korporat sebelum mengambil alih tugasan sebagai Pengurus Besar di Forest'Secret.
"Istimewanya produk Forest'Secret adalah ia dibuat berdasarkan herba dan tumbuh-tumbuhan.
"Minyak kelapa dara, daun lidah buaya, pinang, daun sirih, tongkat ali, kacip fatimah, inai, gamat dan sebagainya.
"Sebagai contoh untuk kesihatan kulit, bahan yang digunakan ialah pinang, sirih, gamat. Semuanya berdasarkan alam semula jadi, jika ada bahan asing pun cuma bahan pengawet sahaja.
"Tetapi untuk bahan aroma terapi ialah 100 peratus, skrub badan dan lulur.
"Satu lagi perkara, produk kami tidak melalui proses ujian ke atas haiwan, disebabkan ia selamat jadi ujian terus ke atas manusia. Dari segi halal pula, pengguna tidak perlu bimbang kerana Forest'Secret memang produk yang halal," jelasnya.
Dalam masa tiga tahun penubuhannya, Intan Hyriatee boleh berbangga kerana telah membangunkan lebih 500 jenis produk. Malah dia juga berjaya memasarkan produk Forest'Secret secara pukal di hotel-hotel tempatan.
"Akan datang kami akan melahirkan produk penjagaan kulit khas untuk remaja. Kami juga dalam proses R&D menghasilkan minyak wangi dari herba yang selamat dan halal untuk semua pengguna," katanya.
Disebabkan kualitinya, maka Forest'Secret telah menerima anugerah jenama terbaik dalam kategori penjagaan badan dan kulit untuk tiga tahun berturut-turut bermula dari 2007 hingga 2009 oleh Brand Laureatte.
"Saya juga secara peribadi memang mengagumi produk Forest'Secret terutama set penjagaan kulit yang memang inovatif.
"Saya juga percaya jenama ini boleh pergi jauh dan untuk itu strategi memang penting. Namun ingin juga saya nyatakan di sini bahawa kami di Forest'Secret bukan sekadar mahukan keuntungan semata-mata yang lebih penting bagi kami ialah membantu usahawan bumiputera untuk ke peringkat global," ujarnya penuh optimis.


Hotmail: Powerful Free email with security by Microsoft. Get it now.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
There was an error in this gadget

Click the Titles below for more details.