Setiausaha syarikat gatal

 
Setiausaha syarikat gatal

Setiausaha syarikat 'gatal' buat panggilan bom palsu direman



2010/03/11
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: Tindakan seorang lelaki membuat panggilan palsu kononnya terdapat bom di bangunan Suruhanjaya Sekuriti di Taman Tun Dr Ismail, dekat sini, akhirnya membawa kepada penahanan lelaki itu.
Malah, disebabkan menyalahguna talian kecemasan 999 dengan membuat panggilan bom palsu itu, lelaki itu yang bekerja sebagai setiausaha dengan sebuah syarikat di Puchong, dekat sini, akan disiasat mengikut Seksyen 28 Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana mengganggu ketenteraman awam.
Ketua Polis Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Khalid, berkata siasatan awal pihaknya mendapati lelaki berusia 41 tahun yang ditahan Isnin lalu itu bertanggungjawab membuat panggilan bom palsu pada Khamis minggu lalu.


Beliau berkata, dalam kejadian jam 3 petang itu, pihaknya mendapat panggilan kecemasan berhubung terdapat bom dalam bangunan Suruhanjaya Sekuriti di Taman Tun Dr Ismail.


"Polis terpaksa menghantar Unit Pemusnah Bom dan Unit Anjing Pengesan K9, manakala bomba turut menghantar pasukan bantuan bagi mengesan kedudukan bom yang didakwa itu.


"Selepas berhempas pulas mencari bom berkenaan, pihak berkuasa menghentikan pencarian kira-kira tiga jam kemudian. Siasatan selepas itu mendapati panggilan bom itu adalah palsu," katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Katanya, susulan itu gerakan mengesan panggilan palsu berkenaan giat dilakukan sebelum akhirnya suspek ditahan di Kelana Jaya, kelmarin.


Suspek kini direman hingga hari ini dan disiasat mengikut Seksyen 28 Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).



Hotmail: Trusted email with Microsoft's powerful SPAM protection. Sign up now.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Click the Titles below for more details.