Skandal Aizat,Skandal Marcel, Aizat dan Marcell bakal bergabung

 
 
Skandal Aizat,Skandal Marcel
 
 

Aizat dan Marcell bakal bergabung?



MARCELL




PERKHABARAN baru yang Marilyn terima daripada mulut seorang teman katanya, penyanyi remaja kesayangan ramai Aizat bakal berkongsi pentas dengan penyanyi popular seberang, Marcell.
Tambah teman Marilyn lagi, jika persembahan ini benar-benar berlaku ia akan berlangsung di bawah Malam Nada Biru sama seperti yang dilakukan dalam persembahan Yuna dan Najwa baru-baru ini.
Gembira Marilyn mendengarnya. Mana tidaknya, Aizat sudah terbukti mampu menyanyi secara langsung dengan baik dan mempunyai barisan lagu yang mesra telinga, sama juga halnya dengan Marcell yang sebelum ini telah membuat persembahan hebat di Malaysia.

AIZAT



Tambah teman Marilyn, idea untuk menyatukan dua penyanyi ini masih dalam peringkat perbincangan dan masih belum ada kata putus mengenainya.
Pihak pengurusan Aizat ketika disoal mengenai hal ini tidak menafikan tawaran tersebut tetapi kata putus masih belum diberikan.
Marilyn: Ish..ishh, kalau jadilah perkara ini, Marilyn orang pertama beratur beli tiket pasti meletup persembahan gandingan Aizat dan Marcell.


Hotmail: Trusted email with Microsoft's powerful SPAM protection. Sign up now.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
There was an error in this gadget

Click the Titles below for more details.