Penangan Janda Lentik

Penangan janda lentik

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my
2010/03/03
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: Seorang wanita digelar 'janda lentik' dikesan menjadikan tubuh montok selain paras jelita dan kerjaya sebagai jurudandan sebagai topeng menjalankan kegiatan haram.
LESEN MATI...Kang menunjukkan lima bungkusan heroin dirampas daripada wanita Ubezkistan.
LESEN MATI...Kang menunjukkan lima bungkusan heroin dirampas daripada wanita Ubezkistan.
Malah, amat mengejutkan apabila janda beranak satu itu dikesan sanggup berhijrah berpuluh-puluh ribu kilometer dari tanah kelahirannya di Uzbekistan untuk menjalankan aktiviti pengedaran dadah di negara ini sejak hampir empat bulan lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang, berkata wanita warga asing berusia 27 tahun itu diberkas kira-kira jam 12.30 tengah malam, Sabtu lalu.

Menurutnya, suspek diberkas sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Sentul di sebuah salun kecantikan dan dandanan rambut di Bukit Bintang, di sini.
"Ketika serbuan, hanya wanita terbabit berada dalam premis itu. Hasil pemeriksaan polis menemui dan merampas lima bungkus plastik lut sinar berisi serbuk dan ketulan dadah disyaki heroin.

"Siasatan mendapati dadah disembunyikan dalam sebuah bilik di salun terbabit adalah heroin jenis bermutu rendah dianggarkan seberat 2.28 kilogram," katanya di sini, semalam.

Menurutnya, siasatan mendapati, suspek memasuki Malaysia pada 24 November tahun lalu dan dikesan menetap melebihi tempoh dibenarkan di negara ini.

"Hasil soal siasat mendapati, suspek bekerja sebagai pendandan rambut di sebuah salun kecantikan milik seorang ahli perniagaan Timur Tengah

"Berkemungkinan besar, profesion sebagai pendandan rambut itu dijadikan penyamaran untuk aktiviti mengedar dadah terbabit," katanya.

Menurutnya, kebanyakan pengunjung salun terdiri pelancong Timur Tengah dan tidak mustahil pelanggan dadah terbabit.

"Berdasarkan siasatan, semua dadah terbabit boleh menghasilkan 22,800 tiub straw dadah heroin yang boleh dipasarkan dengan harga sekitar RM228,000.

"Saringan awal polis terhadap suspek mendapati wanita terbabit negatif mengambil dadah. Dia kini ditahan reman tujuh hari sehingga Sabtu ini," katanya.



Kang berkata, suspek disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 boleh membawa hukuman gantung sampai mati mandatori jika sabit kesalahan.

"Agak aneh serbuk dadah merah jambu cair daripada jenis dadah bermutu rendah yang biasa digunakan penagih tempatan.

"Suspek mungkin mendapatkan bekalan daripada pengedar tempatan sebelum menjualkannya sebagai orang tengah kepada pelancong asing," katanya.

Polis akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Uzbekistan mengenal pasti identiti wanita itu dan mendapatkan maklumat sama ada suspek terbabit aktiviti pengedaran dadah di negara asalnya.



Your E-mail and More On-the-Go. Get Windows Live Hotmail Free. Sign up now.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Click the Titles below for more details.