Dera Bayi, Bayi didera,Mungkin Cacat

 
Dera Bayi, Bayi didera,
 

Mungkin cacat

Oleh Muhd Izawan Baharin
izawan@hmetro.com.my
2010/03/25
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: Bayi lelaki yang kritikal kerana pendarahan otak dipercayai akibat didera berkemungkinan mengalami kecacatan untuk jangka masa panjang.
SIMPATI...Rosnah melihat keadaan Mohamad Al-Faiz yang cedera di otak dipercayai akibat didera.
SIMPATI...Rosnah melihat keadaan Mohamad Al-Faiz yang cedera di otak dipercayai akibat didera.
Bayi berusia empat bulan itu, Mohamad Al-Faiz Abdullah, bagaimanapun, kini dalam keadaan stabil dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini sejak 11 Mac lalu.
Ketua Jabatan Neuro Surgeri HKL, Dr Mohd Safari Mohd Haspani, berkata pembedahan mengeluarkan darah beku di otak bayi itu dilakukan pada hari dia dipindahkan dari Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), Seremban ke HKL.


"Berdasarkan imbasan, bayi itu mengalami pendarahan di kanan otak dan kami segera melakukan pembedahan mengeluarkan darah beku.


"Otaknya membengkak tetapi keadaannya sekarang stabil dan sudah mula bergerak, cuma dia masih bergantung kepada alat bantuan pernafasan," katanya dalam sidang media selepas lawatan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin ke ICU Institut Pediatrik dan wad kanak-kanak HKL di sini, semalam.


Hadir sama, Pengarah HKL, Datuk Dr Zaininah Mohd Zain dan Ketua Jabatan Institut Pediatrik HKL, Dr Hussain Imam Muhammad Ismail.
 
Dr Mohd Safari berkata, bayi itu memerlukan rawatan rapi dan pemulihan Mohamad Al-Faiz bergantung kepada masa yang tidak dapat ditentukan.


"Kemungkinan berlaku kecacatan itu ada tetapi masih terlalu awal untuk ditentukan dan sekarang kita tumpukan terhadap pemulihannya," katanya.


Harian Metro Selasa lalu melaporkan bayi lelaki itu dipercayai mengalami kesan goncangan yang kuat menyebabkan berlaku pendarahan pada bahagian dalaman kepalanya, sekali gus menyebabkan mangsa bertarung maut. Kisah malang menimpa bayi berkenaan terbongkar apabila dia dibawa seorang lelaki yang mendakwa pengasuhnya ke Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan, 11 Mac lalu.
 
 



Hotmail: Trusted email with powerful SPAM protection. Sign up now.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Click the Titles below for more details.